Wealth Creation, Accumulation, Protection & Distribution

Salam semua kepada pembaca-pembaca sekalian.

Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan pengalaman saya serta beberapa perancangan yang saya laksanakan berkenaan perancangan kewangan.

Berbincang mengenai perancangan kewangan ni, kita tak boleh lari dari 4 perkara utama.

Iaitu


1- Wealth Creation

Rata-rata antara kita bermula daripada sifar (tiada kekayaan)....dan yang bernasib baik mungkin ada antara kita yang memiliki kekayaan hasil dari peninggalan generasi yang lepas. Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, bagaimana kita bermula mengumpul kekayaan dari 0. Saya akan berkongsi cara2 yang ada (setakat yang saya tahu, pada pembaca mungkin boleh tambah komen)...dan saya juga akan berkongsi apa yang saya buat..




Pada saya kekayaan ini tidak datang dengan mudah dan sekelip mata. Perlu ada perancangan, usaha dan peluang untuk kita memulakan pencarian kekayaan ini.

Banyak teknik yang digunakan, dan ramai yang memilih untuk BUAT BUSINESS...

Teknik ini biasa orang katakan. Tapi persoalannya, bagaimana?..nak buat business apa?...macam mana nak mula?..macam mana nak jalankan? dan sebagainya....

Ada banyak business kita boleh buat sama ada business kecil2an atau franchise. (Saya takkan sentuh orang buat business yang besar2, sebab saya tak expert bahagian tu)...saya hanya focus kepada business kecil2an, tapi sekurang2nya kita boleh mula untuk mencipta (create) kekayaan.

Ada orang buat business trading, services, sama ada dengan bukak kedai atau online, apa2 cara pun ok sebenarnya...ada jugak yang buat business networking (MLM) dan sebagainya....pun ok...tapi rata2 bila kita lihat, terutama bumiputera, baru je setup business....terus nak buat commitment yang pada saya tak de benda tu pun boleh kembangkan business....Terpulang kepada masing2...cuma apa yang saya lihat ...rata2 bab CASH FLOW tidak dijaga. Duit masuk nampak banyak, tapi tak nampak kat mana.....jadi, untuk mulakan membina kekayaan nie, cash flow kena jaga. Kalau rasa benda tu kita tak perlu beli dulu, kita hold dulu....lebih baik kita simpan atau salurkan ke tempat yang boleh mendatangkan pulangan lebih tinggi.

Saya bukanlah sehebat orang2 yang dah berjaya yang dah jadi jutawan, tapi Insyallah, saya akan ke arah itu, sebab apa yang saya baca, saya belajar, saya dapat info dari internet, saya amalkan...Alhamdulillah, nampak dah hasilnya...

Kalau ikutkan pengalaman saya yang asalnya dulu bekerja makan gaji, kita nak start menyimpan duit nie, cukup susah..sebab?..kita dah tersangkut dengan hutang....pinjaman ansuran, pinjaman peribadi dan sebagainya....Jadi, sebelum apa2 sekali pun, kita perlu susun hutang2 kita. Buang tabiat suka berlebih2 atau menunjuk2....pakai atau beli yang perlu sahaja....itu kita kena latih diri kita dulu....

Selepas dah susun hutang, kita kena usaha dengan cara yang ada (cari info kat forum2 kewangan....ada banyak cara nak settlekan hutang dengan lebih cepat, terutama credit card)....utk langsaikan hutang2 tersebut, pada masa yang sama mulakan tabiat menyimpan. Kalau kita tak mulakan, sampai bila pun kita takkan bermula. Just nak share pengalaman saya dulu, masa duit saya dalam ASB cuma ada RM 1,000, memula saya simpan, saya rasa anytime je nak keluarkan...sebab tak nampak banyak...kemudian, rezeki saya dapat duit lebih sikit...bonus RM 5K...saya terus simpan semuanya...saya tak beli apa2 pun dengan bonus tu...jadi balance RM 6,000 (terus rasa sayang nak keluarkan kalau bukan sebab emergency)...dan dari situ saya terus menyimpan RM 500 sebulan, jadi setiap 2 bulan, angka ribu akan berubah....dari 6,500 jadi 7,000 jadi 7,500 jadi 8,000 dan seterusnya...begitulah seterusnya...dan cukup setahun dapat pulak dividen dari ASB...tak banyak sangat pun, tapi cukup untuk memberi motivasi kepada saya untuk simpan lebih banyak...

itu cerita masa makan gaji, bujang lagi, so, pakai kereta 2nd hand, pergi kerja naik motor, kereta pun pakai utk balik kampung, balik kampung pun nak jimat punya pasal, ikut jalan luar, tak ikut highway...hehehehe, nak simpan duit punya pasal...fixed RM 500 sebulan...dalam ASB..

Lepas tu, buat business...kita boleh control income kita, naik setiap bulan dan setiap tahun, kemudian, dapat bonus....dari situ saya terus simpan dan mula beli rumah apartment. Saya beli sebelum kahwin, sebab saya tak nak menyewa bila dah kahwin nanti...walau pun masa tu tak tau lagi bila nak kahwin dan nak kahwin dengan siapa....tapi, nasihat kengkawan yang lebih senior, beli jee....then beli...Alhamdulillah...lepas kahwin, duduk rumah apartment tu selama 3 tahun, mampu beli umah teres pulak. Beli rumah teres, rumah apartment sewakan......dan ini dah masuk topik WEALTH ACCUMULATION dah nie...

2- Wealth Accumulation Setelah kita ada sedikit pelaburan, sebagai jump start, kita jangan le cepat sangat rasa berpuas hati. Sebab ada satu lagi step yang kita perlu fikirkan, iaitu bagaimana untuk buatkan pelaburan kita tu bekerja untuk menambahkan pelaburan yang sedia ada sekuat mana kita bekerja atau lebih kuat lagi. So, di peringkat nie, kena ada banyak ilmu pasal financing, ASB, Over Draft dan sebagainya....sebab kalau ada ilmu nie, process pengumpulan kekayaan kita menjadi lebih mudah.

Saya kongsikan kat sini, apa yang saya buat...
Bermula dengan sebuah apartment, tambah satu rumah teres, apartment tu disewakan...walau pun tak mahal, kira cover le bulanan punya installment....ada lebihan pendapatan kat situ, simpan lagi dalam ASB...dapat lagi dividen dan bonus...kemudian, ada bank offer untuk refinance rumah apartment tersebut. Saya memula rasa tak perlu, nak buat apa refinance....tapi cari maklumat kat internet...rupanya, refinance boleh dapat extra cash utk kita tambahkan dan kumpul pelaburan kita...kira punya kira saya buat dan dapat cash dalam RM 40K...beli 70K, refinance RM 110K....monthly tambah sikit je, tapi since rumah tu ada penyewa, kira loan tersebut dah cover dengan duit sewa.

RM 40K...tambah dengan duit saving...ada dekat RM 80K...baca lagi forum2 kat internet...dapat pulak ilmu pasal Over Draft a.k.a OD, dan dari situ saya terus manipulate OD dengan loan ASB, dengan rumah lelong atau rumah2 kos sederhana yang ada potensi tinggi untuk disewakan....dengan projek lembu kat kampung....sekarang nie, semua tu sedang berjalan dan process pengumpulan harta (wealth accumulation)..sedang berjalan...Mungkin ada yang lebih hebat daripada saya, bagus lah kalau macam tu, tapi tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk orang yang tak tau macam mana nak mulakan semua benda nie...supaya mereka lebih cepat tahu dan lebih cepat buat...

Untuk projek OD-ASB ( saya dah pernah dapat dividen beberapa kali, so far on track dengan planning yang saya buat)...now tengah kumpul pulak kat ASW....Alhamdulillah, saya dapat mendidik wife saya untuk sama2 accumulate wealth nie..walau pun pada mulanya beliau kurang setuju sebab dia tak study habih lagi...saya dah bermalam2 asyik mengadap forum kat internet mengkaji secara mendalam, sampai join TT tengah malam..untuk dapatkan ilmu ini...

Alhamdulillah, sekarang nie dah nampak hasilnya....

Hasil dari pengumpulan asset yang saya sebutkan tadi, saya dapat tambah satu lagi apartment, baru je dapat kunci, tak pasang grill lagi, dah ada tenant...sebab tempat agak hot, walau pun infra tak compelete lagi, tapi pada masa akan datang, Insyallah tempat tu akan jadi hot...boleh jadi sumber pendapatan pasif setiap bulan...:D.

Now saya tengah explore pelaburan dalam emas pulak, sebab saya ada beberapa sahabat yang dah berjaya buat benda nie...jadi, bermula dengan sedikit ilmu, kita dapat kumpul duit, settlekan credit card, ada surplus simpan, dan kumpul...akhirnya macam2 kita boleh buat....


3- Wealth Protection

Yang nie, pulak, memang berkaitan terus dengan apa yang saya buat sekarang nie...i.e Insurance/Takaful...Kekayaan yang kita bina, kita perlu lindungi..bukan lindungi daripada dirampas oleh orang lain, tapi lindungi daripada dirampas oleh kita sendiri...

Saya bagi analogi macam nie, kita simpan duit, kumpul asset, tapi, kita tak de insurance (sama ada life insurance atau medical card)...tapi saya lebih pentingkan medical card...sebabnya....kalau Allah nak uji kita dengan sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi?....kalau kita tak sediakan emergency fund, semua asset yang kita kumpul kita kena cairkan...dan bila dah start cair, kita nak kumpul, bukan boleh dapat dalam jangka masa yang singkat...kalau kita dah kumpul semua aset tu dalam masa 10 tahun, tetiba perlukan duit utk biaya kos rawatan, dalam masa seminggu habih semua duit tu bayar kat Doktor....so, 10 tahun punya usaha, habih dalam masa semingu...

Ini contoh ringkas. Sebab tu saya dah prepare emergency fund saya (medical card)..bukan sahaja untuk saya, malah untuk anak isteri sekali. Sebab kalau kita ada sekali pun, kalau isteri dan anak takder perlindungan, kalau kena kat diorang, kita jugak kena keluarkan duit....jadi, jangan sampai kita sendiri yang terpaksa keluarkan duit untuk tu. Jadilah bijak dengan amik perlindungan kewangan secukupnya...

4- Wealth Distribution

Akhir sekali, pengagihan kekayaan....atau yang paling mudah adalah wasiat...benda nie amat penting...sebab kita develop business atau kekayaan untuk kita wariskan kepada generasi kita akan datang....jadi, kalau kita tak channelkan dengan cara yang betul, sesilap semua asset yang ada terpaksa dibekukan sehinggalah process pembahagian harta tersebut selesai....

Begitulah serba sedikit perkongsian saya dan apa yang saya buat...Alhamdulillah, saya dalam business insurance dan takaful, dapat mengumpul semua ini...tapi ini bukanlah segala2nya....kita kumpul didunia untuk bekalan di Akhirat...itu adalah matlamat utama...

Sekian. Selamat mencuba...

Kepada sesiapa yang ingin mulakan proses pencarian kekayaan dan pengumpulan kekakayan dengan menceburkan diri dalam bidang insurance atau takaful bersama PruBSN Takaful dibawah bimbingan saya, jangan malu dan jangan segan, hubungi saya..019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya : abdriadi@prupartner.com.my

Tapi, jangan jadikan kekayaan didunia sebagai matlamat akhir, jadikan ia sebagai jambatan untuk ke akhirat.

No comments:

Post a Comment