Tugas-Tugas Sebagai Agent

Mungkin ramai yang diluar sana tertanya-tanya, apa sebenarnya tugas-tugas agent. Mungkin tanggapan orang yang bukan di dalam industri ini ingat kami (agent insurance) hanya buat sales dan servicing client. Dan tak kurang juga yang mengganggap business insurance nie hanya dibuat dirumah secara sambilan.

Di Agency kami Al Isra' Associates Sdn Bhd, agent yang join ada 2 kategori.

1- Full time

Structured Day untuk agent full time

  • WAJIB datang office setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat tepat pukul 8.00 am.
  • Setiap pagi yang datang ke office ada morning meeting. Isnin pagi 8.00 am sampai 11.00 am, weekly meeting and presentation. Rabu dan Jumaat, 8.00 am sampai 8.45 am.
  • Selasa dan Khamis tidak diwajibkan untuk datang ke office pagi, agent terus pergi ke appointment pagi bersama client atau breakfast appointment bersama client atau prospect. Akan tetapi, sekiranya tidak ada sebarang appointment, agent perlu datang ke office untuk membuat phone call dan kerja2 office yang tertunggak (back log)
  • Selepas meeting pagi, agent perlu buat 30 call tanpa gagal, biasanya antara 1 jam hingga 1 jam setengah. Selepas itu, agent perlu keluar untuk appointment. Sekiranya tiada appointment, agent perlu keluar untuk dapatkan appointment (fight for an appointment).
  • Sebelah petang, normally pukul 6.00 pm, perlu datang ke office untuk prepare quotation atau paper work untuk appointment esok. Dan seterusnya bagi agent2 baru, perlu berjumpa dengan senior agent atau manager untuk post mortem presentation dan role play untuk tingkatkan skill.
  • Setiap Sabtu, pagi hingga tengahari, datang ke office untuk buat planning dan susun semua details prospect (prepare quotation, proposal dan paper work yang berkaitan, susun nama untuk di call pada minggu berikutnya) selain menyediakan policy yang dah diterima untuk dihantar kepada client pada minggu berikutnya. Hari ini juga biasanya akan diadakan group meeting (synergistic group)...
  • Setiap Jumaat minggu pertama pukul 8.00 pm sampai 10.00 pm, wajib hadir agency meeting.
  • Setiap Sabtu minggu pertama setiap 3 bulan, wajib hadir untuk Agent Planning Workshop, biasanya kami buat di Janda Baik, luar KL....untuk buat DOME (Diagnostic, Objective, Method dan Evaluation)
  • Wajid sertai activity agency seperti Booth, Blitz dan sebagainya sama ada yang telah ditetapkan oleh group atau agency.

2- Part time

Kami menerima agent part time, tapi kami akan tetapkan antara 6 bulan hingga setahun, agent tersebut perlu membuat keputusan untuk menjadi agent full time. Nak tau sebab apa?..contact saya 019-323 2121 (Aziz Riadi)

Antara tugas-tugas agent part time :
  • Agent part time tak wajib hadir morning meeting. Tapi perlu hadir pada sebelah malam untuk training, submit application client, buat quotation, dan paper work.
  • Wajib hadir agency meeting, setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan
  • Wajib hadir Agent Planning Workshop di Janda Baik
  • Wajid sertai activity yang telah ditetapkan oleh agency seperti booth, blizt dan sebagainya.
  • Wajib hadir pada hari sabtu untuk planning dan role play bersama manager bagi meningkatkan skill sales cycle.
  • Wajib buat call 30 call sehari, untuk dapatkan appointment setiap minggu.

Pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my

No comments:

Post a Comment