Medical Card Prudential / PruBSN Takaful dan H1N1

Ramai yang menghubungi saya (terutamanya klien saya) sama ada melalui telefon, email, YM, Facebook dan pelbagai media bertanyakan status Medical Card Prudential berkenaan penyakit H1N1.

Jadi disini, saya ingin memaklumkan, apa maklumat yang saya terima daripada Syarikat, bahawa medical card Prudential akan cover penyakit H1N1.

Jadi, kepada pemegang policy Prudential / PruBSN yang mempunyai medical card Pru Major Med (PMM), Major Medical Cover (MMC) dan PruHealth. Anda tidak perlu risau sama ada penyakit H1N1 ini dilindungi oleh insurans / takaful Prudential atau tidak. Antara kebimbangan masyarakat (khususnya klien saya) adalah, baru-baru ini, ada beberapa orang membuat aduan yang insurans kesihatan mereka tidak melindungi kes penyakit H1N1, dan terpaksa membayar sendiri segala kos rawatan. Akhirnya mereka membuat kenyataan di blog dan akhbar meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Sebagai rujukan, anda boleh lihat keratan surat daripada Prudential mengenai perlindungan medical card terhadap penyakit H1N1.



Sedikit maklumat tambahan :

Prudential asalnya ada beberapa siri medical card.
1- PMM, PMM2, PMM3, PMM4, PMM5 a.k.a PruMajor Med (2,3,4&5 tu series dia..i.e ada perubahan dari segi term and condition e.g co-insurance, caj dan amount benefit). Yang ini mmg cover H1N1...tak de masalah, dalam policy tak de mention pasal exclusion of the epidemic.

2- MMC & MMC2 (Major Medical Cover )...ini untuk PruBSN Takaful punya medical card....pun sama term and cond macam yang atas.

3- PruHealth...medical card nie beza dengan PMM & MMC adalah dari segi NCB...No Claim Bonus, so siapa yang tak claim dapat duit balik...mcm insurance kereta...and boleh add option utk waive annual limit...i.e ada satu limit sahaja iaitu life time limit...so, kalau masuk wad takde had tahunan, min coverage 500K and maximum coverage 1.5M...so, kalau ada case sampai nak pakai medical fund 150K...boleh claim terus...*term and cond applied..dari segi co-insurance.So, PruHEALTH nie...(haaa, yang ini mmg ada mention dalam policy tak cover epidemic like H1N1 dan yang sewaktu dengannya)...Tapi, dah dapat circulation daripada company...boleh rujuk attachedment letter ni.



Cuma yang paling penting sekarang, walau pun policy cover, kena ingat beberapa perkara
- Pastikan policy inforced (in full forced)..kalau partial lapsed pun tak cover. So, payment kena up to date.
- Pastikan dah lepas waiting period (tempoh menunggu)..sebab H1N1 cover selepas 30 hari dari tarikh policy lulus atau tarikh kat Kad (senang nak refer)
- Pastikan masuk. Kalau positif H1N1 tapi tak masuk wad, kena kuarantin kat rumah. Tak dikira..sebab kena masuk wad and caj room and board, baru entitled untuk claim under medical card.
- Sesiapa yang dah plan nak sign up tapi masih fikir-fikir tu, baik percepatkan. Jangan nanti dah sakit / demam baru nak amik. Still boleh sign up, tapi belum tentu company akan terima terus. So, jangan berlengah lagi. Dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya di 019-323 2121 atau email abdriadi@prupartner.com.my

No comments:

Post a Comment