Anda masih ingat (kalau ikutkan apa yang kita belajar dulu....misi naik ke bulan?)...siapa orang pertama sekali menjejakkan kaki ke bulan? Neil Armstrong....ya betul.
Kita lihat, apa pengajaran yang kita boleh perolehi dan kita kaitkan dengan business yang kita nak buat.
Dalam usaha manusia mencipta sejarah untuk menjejakkan kaki ke bulan, bukan Neil Amstrong sahaja yang terlibat. Tapi, ada orang2 yang mungkin tidak sedar akan kehadirannya...iaitu crew2 yang berada di menara kawalan (control center)...mereka2 inilah yang akan memberikan petunjuk kepada angkasawan untuk menghalakan roket menuju ke bulan. Dengan pengalaman, pengetahuan, kemahiran crew2 ini lah, angkasawan dapat sampai ke sasaran yang ingin dituju. Dan amat penting sekali, jangan sesekali angkasawan tersebut melanggar arahan yang diberikan dari Control Center.
So, siapa orang yang di dalam Control Center tersebut? Diorang lah yang kita panggil NAVIGATOR , yang memberi setiap arahan untuk menghala ke bulan.
Sama lah jugak kalau kita kaitkan dengan business nie. Kita kena ada MENTOR yang bertindak sebagai NAVIGATOR supaya sekiranya kita tersalah hala tuju, mereka akan perbetulkan. Sebab MENTOR nie, biasanya dah ada pengalaman dan mereka agak expert dalam bidang tu. So, amat penting untuk dengar dan ikut apa yang mereka suruh. Sekiranya terdapat sebarang masalah seperti berselisih pendapat atau fahaman dengan kita punya MENTOR atau manager (yang biasanya jadi kita punya MENTOR), perlu duduk berbincang dan fikirkan jalan penyelesaiannya.
-> Kembali ke Module Agency Foundation Training
No comments:
Post a Comment