Purata Income Agent Insurance / Takaful

Saya ada terjumpa satu keratan akhbar di Facebook....seperti di bawah.


Purata Income agent Insurance

Mungkin ramai yang sebelum ini, bila saya post kat blog, forum atau facebook mengenai potensi income agent insurance atau takaful mencecah hampir 5 angka sebulan atau 5 angka sebulan...dan manager atau leader2 mereka mencecah ratusan ribu ringgit pendapatan sebulan. Now ada statistik yang dikeluarkan di paper, dari mana sumber tersebut, saya tak sure kat mana wartawan ni amik, tapi, saya yang berada dalam industri insurance ni yang hampir 10 tahun, memang merasakan ianya betul sebab saya dah pernah laluinya.

Cuma, ada beberapa faktor yang kita kena amik tahu utk dapatkan income yang banyak dalam insurance nie, memerlukan pembentukan sikap yang menyeluruh. Tak cukup dengan skill dan knowledge sahaja, tanpa sikap yang positive, agent tersebut juga tidak akan ke mana.

Ramai yang beranggapan, jadi agent nie sebab tiada pendapatan tetap (sebab 100% commission based)...so, mereka takut nak join. Pada saya, apa yang penting adalah ILMU (maklumat) mengenai business tersebut. Anda perlu amik tahu, buka minda sedikit, dan jangan sempitkan pemikiran kita, mungkin di sini lah rezeki kita yang kita dok cari2 selama ini...jadi, tenangkan fikiran, buka minda dan fahamkan...

Saya bagi pemahaman mudah supaya anda mudah faham, dan mudah2an tergerak hati untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

1- Sekarang nie, market (orang ramai atau prospect atau potential client insurance/takaful) telah faham kepentingan insurance / takaful sebagai salah satu "FINANCIAL PROTECTION TOOLS" dalam menjalani mualamah dan kehidupan seharian. Dengan kepentingan manfaat asas atas risiko atau kesan dari segi kewangan sekiranya :

- Meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan
- Mengidap sakit kritikal yang mempunyai harapan tipis untuk sembuh sepenuhnya
- Kemalangan maut atau yang menyebabkan kecacatan
- Kos rawatan perubatan (sama ada minor or major)
- Simpanan pada hari tua atau simpanan untuk anak.

Jadi market memang faham dan nampak ia nya satu keperluan sekarang nie. Maksud saya adalah, Insyallah boleh dapat business yang berterusan. Walau pun tak dinafikan ada orang yang tak percaya atau tak yakin dengan insurance atau takaful. Itu tak berapa penting, sebab yang percaya pun ramai jugak.

2. Orang bayar insurance / takaful nie, bukan dalam tempoh yang pendek, jadi, setiap bulan mereka mencarum, agent akan dapat % commission, tapi ianya hanya bertahan 6 tahun sahaja dan semakin lama semakin sikit % commission, dan agent kena service client sampai tamat tempoh policy. Tapi, takpe, sebab setiap tahun, agent akan cari new business dan biasanya makin lama makin senang sebab client based dah besar, sebahagian new business biasanya akan dapat hasil dari recommendation kita punya client. So, tiada masalah dari continuity of the income Insyallah.

So, atas 2 faktor simple ini, macam mana income sebagai agent insurance / takaful menjadi lebih consistent dan sentiasa bertambah berbanding dengan orang yang kerja makan gaji.

Sebagai contoh kiraan yang amat simple...

1. Kerja makan Gaji

- Katakan gaji permulaan RM 2500, Setahun naik income RM 150 - RM 200, kalau sepuluh tahun, siap dengan salary adjustment, katakan dapat tambahan income RM 2,500....selepas 10 tahun, income RM 5,000 sebulan. 

- Bonus bergantung kepada keuntungan syarikat dan prestasi kita sebagai pekerja...

2. Agent Insurance / Takaful

- Commission permulaan 0, selepas tu, sebulan closed deal 10 orang yang amik caruman RM 150 sebulan, increment...RM 375, sebulan. So, 12 bulan RM 4,500...itu baru setahun.

- Tahun kedua buat benda yang sama, dah double income RM 8,000 - RM 9,000. Dan seterusnya....

- Selepas 4-5 tahun, biasanya average income RM 15,000 - RM 20,000 sebulan. Anggaran kasar saya. Tapi, saya boleh tunjukkan kepada anda sekiranya anda berminat nak tahu betul ke boleh dapat macam tu. And nak tahu cara nak buat macam mana. Call saya, 019-323 2121 (Aziz Riadi)..kita set appointment dan saya akan terangkan. Simple.

Itu tak termasuk bonus tahunan yang kita dah dapat tahu berapa kita akan dapat sebelum bonus masuk.

Dan, kalau anda join kami, kami bukan hanya ajar secara teori..cara kami...

"BELAJAR - AMAL - KONGSI"....so, belajar sikit, kena practice dan kemudian kita sharing pengalaman kita dan mentor (Leader, Manager atau senior agent) akan jadi pemudahcara. 

Selain itu, kami juga sediakan platform untuk anda practice. Macam kalau kita belajar kat universiti dulu laa...sebelum kita grad, kena buat latihan industri dulu supaya ada sedikit pengalaman berkerja....

Untuk platform yang kami sediakan, anda boleh belajar dengan lebih cepat dan mendapat hasil dengan lebih cepat dan mudah.

Antara platform yang kami sediakan, sebenarnya banyak lagi, tapi ini antaranya :

http://www.azizriadi.com/2010/12/md2-sales-activity.html

Boleh tengok sendiri. Kalau anda berminat, dan tidak menjadikan alasan sebagai satu penghalang untuk anda mencapai impian hidup anda dari segi kewangan atau apa sahaja, Insyallah kami boleh bantu anda. Kalau penuhkan dengan alasan dan asyik complaint itu tak cukup, ini tak cukup..saya rasa better anda stay di mana anda berada. 

Nak jadi agent...memang kena rajin, dan kerja kuat ikut system yang telah dibuat. Kalau tak ikut sistem, itu yang buat2 tapi hasil kurang. Sebab, buat tak seperti yang disuruh. Kecuali agent tu, dah matured, maksudnya dah lama dalam business dan pernah handle case2 yang complext.... boleh le nak cara mereka sendiri. Kalau yang baru2 nie, just follow sahaja.

TQ

No comments:

Post a Comment