Ambil medical card ketika SIHAT....

Assalamualaikum, 

Just nak berkongsi, ada salah seorang dari agent saya update kepada saya, ada seorang client dia, kena buat macam2 requirement (medical check up la, blood test sampai 2 kali la, urine test semua)...lepas tu pulak, questionnaire punya melambak...umur client dalam awal 40-an, kerja syarikat oil and gas dan mempunyai income yang pada saya kalau makan gaji tu mmg sangat besar la, sebab kepakaran dan pengalaman beliau.

Asal ceritanya, dulu beliau tak nak pun amik medical card nie sebab comfort dengan company punya (tempat beliau bekerja)....yang cover unlimited. So, agent nie, tak nak paksa2...cuma ada satu soalan agent nie tanya " Encik nak retire berapa tahun lagi?"...client tu pun start berkira2, dalam 12 tahun lagi...and agent pun bertanya "Lepas 12 tahun, company Encik nie cover Encik lagi tak?"...beliau kata "Tidak"...dan dari situ la terbuka hati nak amik medical card.


As usual, proses permohonan dibuat, disebabkan beliau pernah mendapatkan rawatan di hospital (pakai medical card company)...sakit sikit2 terus ke panel specialist (Damansara Specialist)...jadi, kena le declare. Kalau tak declare, nanti non-disclosure lagi susah. So, lepas declare, masuk dalam system, keluar le requirement macam2.
Requirement Ibrahim Jamari
Bila dah keluar macam2 requirement nie, as an agent, macam biasa la, settled kan la satu persatu, dekat 2-3 bulan jugak, ulang alik ke klinik utk check up, amik medical report dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, isteri client ada amik policy jugak, tapi sebab tak de masalah kesihatan, policy dan medical card dah approved dan coverage dah start berjalan dah.

And lepas satu persatu requirement di hantar (bukan sesenang terus approved)....keluar le CONDITIONAL ACCEPTANCE LETTER (syarat2 tambahan kepada policy tersebut). So, bila keluar syarat dalam system (saya tengok je saya dah tahu apa dia punya end result"...

1- Loading sebab ada macam2 risiko penyakit yang berkaitan dengan darah (Hypertension, Hep B dan glucose yang akan tak normal)....and pada saya yang ini masih ok lagi, sebab duit kita boleh adjust atau boleh usahakan.

2- Death benefit kena revised, dari RM 10,000 ke 48,000 due to sum assured multiple limitation, (sebab kami proposed dia amik basic sum covered sebab ini adalah policy tambahan yang focus lebih kepada medical)....alamakk...ini mesti declined medical card, kalau tak takkan jadi macam nie punya (based on my experienced)....

There......sekali keluar surat Condition Acceptance Letter, confirm le medical card KENA DECLINED.....and kena loading....client pun berat nak amik, sebab tujuan utama apply policy medical card utk dapatkan manfaat medical card, kalau tak dpt medical card lebih baik tak payah...

So, moral of the story..

1- Amik policy medical card ketika masih sihat dan tiada sebarang sejarah masalah kesihatan. 

2- Amik ketika masih muda, risiko penyakit kurang

3- Jangan terlalu yakin dengan medical card company, sebab medical card company hanya cover selagi mana kita bekerja di company tersebut. Macam rumah quarters, masa berkhidmat, kita boleh duduk kat quarters, dah tak berkhidmat, kena duduk rumah sendiri. Walau apa pun, mesti kena ada rumah sendiri. And takkan le dah nak retire baru nak beli rumah sendiri. Sure masa tu, rumah dah makin mahal, loan tak boleh amik tinggi, loan tenure pun tak boleh amik panjang....bila bayaran pendek, monthly commitment pulak tinggi...so, kena beli rumah jugak awal2 walau pun duduk quarterskan?...Itu nama dia perancangan. Kalau ramai yang boleh terima idea rumah quarters nie, tapi kenapa tak terfikir benda yang sama jugak applied kepada process nak mulakan perancangan kewangan?

So, walau pun ada medical card company, kena stand by jugak medical card sendiri. Sama2 kita pertimbangkan.

Akhir kata "MEDICAL INSURANCE NIE, MASA KITA LAYAK AMIK, KITA TAK NAK AMIK, MASA KITA NAK AMIK, ADA KEMUNGKINAN KITA TAK LAYAK NAK AMIK"

Jadi fikir2kan bersama sebagai pengajaran. Belajar dari pengalaman orang lain, kalau nak tunggu pengalaman sendiri (kena reject medical card baru nak belajar)...masa tu mungkin terlambat. 

Apa2 pun, ini semua adalah ikhtiar kita, walau pun ada medical card, belum tentu hidup kita senang kalau sakit, and walau pun tak de medical card, belum tentu hidup kita susah kalau sakit. Jadi, ingat, ini adalah IKHTIAR kita, penentuan kita senang ke susah, adalah hak milik MUTLAK ALLAH S.W.T...semoga kita diberikan rahmat oleh-Nya di dunia dan di Akhirat...Amin.

p/s: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai medical card nie, boleh hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau agent saya - 013-388 2177 (Noorazilla)...jangan segan, jangan malu, kalau perlu tanya dahulu. Tiada sebarang caj dikenakan. FREE CONSULTATION, NO OBLIGATION.

TQ

Purata Income Agent Insurance / Takaful

Saya ada terjumpa satu keratan akhbar di Facebook....seperti di bawah.


Purata Income agent Insurance

Mungkin ramai yang sebelum ini, bila saya post kat blog, forum atau facebook mengenai potensi income agent insurance atau takaful mencecah hampir 5 angka sebulan atau 5 angka sebulan...dan manager atau leader2 mereka mencecah ratusan ribu ringgit pendapatan sebulan. Now ada statistik yang dikeluarkan di paper, dari mana sumber tersebut, saya tak sure kat mana wartawan ni amik, tapi, saya yang berada dalam industri insurance ni yang hampir 10 tahun, memang merasakan ianya betul sebab saya dah pernah laluinya.

Cuma, ada beberapa faktor yang kita kena amik tahu utk dapatkan income yang banyak dalam insurance nie, memerlukan pembentukan sikap yang menyeluruh. Tak cukup dengan skill dan knowledge sahaja, tanpa sikap yang positive, agent tersebut juga tidak akan ke mana.

Ramai yang beranggapan, jadi agent nie sebab tiada pendapatan tetap (sebab 100% commission based)...so, mereka takut nak join. Pada saya, apa yang penting adalah ILMU (maklumat) mengenai business tersebut. Anda perlu amik tahu, buka minda sedikit, dan jangan sempitkan pemikiran kita, mungkin di sini lah rezeki kita yang kita dok cari2 selama ini...jadi, tenangkan fikiran, buka minda dan fahamkan...

Saya bagi pemahaman mudah supaya anda mudah faham, dan mudah2an tergerak hati untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

1- Sekarang nie, market (orang ramai atau prospect atau potential client insurance/takaful) telah faham kepentingan insurance / takaful sebagai salah satu "FINANCIAL PROTECTION TOOLS" dalam menjalani mualamah dan kehidupan seharian. Dengan kepentingan manfaat asas atas risiko atau kesan dari segi kewangan sekiranya :

- Meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan
- Mengidap sakit kritikal yang mempunyai harapan tipis untuk sembuh sepenuhnya
- Kemalangan maut atau yang menyebabkan kecacatan
- Kos rawatan perubatan (sama ada minor or major)
- Simpanan pada hari tua atau simpanan untuk anak.

Jadi market memang faham dan nampak ia nya satu keperluan sekarang nie. Maksud saya adalah, Insyallah boleh dapat business yang berterusan. Walau pun tak dinafikan ada orang yang tak percaya atau tak yakin dengan insurance atau takaful. Itu tak berapa penting, sebab yang percaya pun ramai jugak.

2. Orang bayar insurance / takaful nie, bukan dalam tempoh yang pendek, jadi, setiap bulan mereka mencarum, agent akan dapat % commission, tapi ianya hanya bertahan 6 tahun sahaja dan semakin lama semakin sikit % commission, dan agent kena service client sampai tamat tempoh policy. Tapi, takpe, sebab setiap tahun, agent akan cari new business dan biasanya makin lama makin senang sebab client based dah besar, sebahagian new business biasanya akan dapat hasil dari recommendation kita punya client. So, tiada masalah dari continuity of the income Insyallah.

So, atas 2 faktor simple ini, macam mana income sebagai agent insurance / takaful menjadi lebih consistent dan sentiasa bertambah berbanding dengan orang yang kerja makan gaji.

Sebagai contoh kiraan yang amat simple...

1. Kerja makan Gaji

- Katakan gaji permulaan RM 2500, Setahun naik income RM 150 - RM 200, kalau sepuluh tahun, siap dengan salary adjustment, katakan dapat tambahan income RM 2,500....selepas 10 tahun, income RM 5,000 sebulan. 

- Bonus bergantung kepada keuntungan syarikat dan prestasi kita sebagai pekerja...

2. Agent Insurance / Takaful

- Commission permulaan 0, selepas tu, sebulan closed deal 10 orang yang amik caruman RM 150 sebulan, increment...RM 375, sebulan. So, 12 bulan RM 4,500...itu baru setahun.

- Tahun kedua buat benda yang sama, dah double income RM 8,000 - RM 9,000. Dan seterusnya....

- Selepas 4-5 tahun, biasanya average income RM 15,000 - RM 20,000 sebulan. Anggaran kasar saya. Tapi, saya boleh tunjukkan kepada anda sekiranya anda berminat nak tahu betul ke boleh dapat macam tu. And nak tahu cara nak buat macam mana. Call saya, 019-323 2121 (Aziz Riadi)..kita set appointment dan saya akan terangkan. Simple.

Itu tak termasuk bonus tahunan yang kita dah dapat tahu berapa kita akan dapat sebelum bonus masuk.

Dan, kalau anda join kami, kami bukan hanya ajar secara teori..cara kami...

"BELAJAR - AMAL - KONGSI"....so, belajar sikit, kena practice dan kemudian kita sharing pengalaman kita dan mentor (Leader, Manager atau senior agent) akan jadi pemudahcara. 

Selain itu, kami juga sediakan platform untuk anda practice. Macam kalau kita belajar kat universiti dulu laa...sebelum kita grad, kena buat latihan industri dulu supaya ada sedikit pengalaman berkerja....

Untuk platform yang kami sediakan, anda boleh belajar dengan lebih cepat dan mendapat hasil dengan lebih cepat dan mudah.

Antara platform yang kami sediakan, sebenarnya banyak lagi, tapi ini antaranya :

http://www.azizriadi.com/2010/12/md2-sales-activity.html

Boleh tengok sendiri. Kalau anda berminat, dan tidak menjadikan alasan sebagai satu penghalang untuk anda mencapai impian hidup anda dari segi kewangan atau apa sahaja, Insyallah kami boleh bantu anda. Kalau penuhkan dengan alasan dan asyik complaint itu tak cukup, ini tak cukup..saya rasa better anda stay di mana anda berada. 

Nak jadi agent...memang kena rajin, dan kerja kuat ikut system yang telah dibuat. Kalau tak ikut sistem, itu yang buat2 tapi hasil kurang. Sebab, buat tak seperti yang disuruh. Kecuali agent tu, dah matured, maksudnya dah lama dalam business dan pernah handle case2 yang complext.... boleh le nak cara mereka sendiri. Kalau yang baru2 nie, just follow sahaja.

TQ

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Dapatkan Agent CODE

Agreement Pics 

Senarai Document yang diperlukan untuk mendapatkan agent code.

1. Salinan keputusan Lulus Exam : Pre-Contract Examination, Investment Link Exam (CEILLI) dan TBE (Takaful Basic Examination).

2. Salinan IC

3. Salinan Sijil Akademik tertinggi, minimum SPM (dengan 5 subjek lulus)

4. Borang permohohan untuk menjadi agent

5. Borang Interview (Selection Interview Sheet)

6. Agency Agreement (2 set Prudential dan 2 set PruBSN Takaful)

7. Borang untuk account bank (auto credit commission) - sertakan sekali salinan  buku bank atau kalau yang tak de buku bank, boleh print account summary dari internet banking contoh Maybank2u. Account yang boleh digunakan - Maybank, Public Bank dan HSBC Bank. Tapi, says cadangkan kalau boleh Maybank, senang sikit. Ini penting, sebab commission masuk dalam ni.

8. Borang Insurance Kelompok (wajib untuk setiap agent sebab agent takde EPF or Socso, so kena amik insurance sendiri) - Sebab meniaga sendiri kan, takkan nak harapkan orang lain...:).

9. Borang Kod Etika

10. Surat Penjamin (Letter of Guarantee)

11. Cheque RM 65 (sebagai bayaran 

Note : Tapi semua document ini akan disediakan oleh agency. So, tak perlu risau. Cuma saya ingin beritahu awal, at least anda tahu apa document yang perlu disediakan sebelum dalam agent code.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi leader anda atau yang berminat nak join saya, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi).


Exam Resources

Seperti yang sedia maklum, untuk melayakkan anda menjadi agent yang bertauliah. Anda perlu amik exam. Ada 3 Exam yang anda perlu amik.

1. PCE : Pre Contract Examination

2. CEILLI : Certificate Examination In Investment-Linked Life Insurance

3. TBE : Takaful Basic Examination

Jadi berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai exam ini.

1. Tarikh, masa dan Lokasi Exam.

Tarikh dan lokasi exam bergantung kepada jadual yang dikeluarkan oleh pihak MII (PCE dan CEILLI) dan IBFIM (TBE).

Pihak agency akan memaklumkan kepada anda berkaitan dengan tarikh, masa dan lokasi yang telah dipersetujui.

2. Document yang diperlukan

- Salinan sijil akademik tertinggi dan minimum adalah SPM dengan 5 subjek lulus.
- Salinan Kad Pengenalan (untuk rekod agency) pada masa akan datang

Untuk mendaftar PCE dan CEILLI di MII, hanya perlukan salinan sijil akademik. Untuk TBE pula, semasa pendaftaran ONLINE, tidak perlu sertakan salinan sijil akademik, akan tetapi, PERLU BAWA SIJIL ASAL ketika nak masuk dewan exam. Ini amat penting, kalau tidak anda takkan dibenarkan menduduki exam TBE. Sila semak syarat tersebut di www.takafuleexam.com

3. Kos Exam dan pendaftaran

- PCE : RM 80
- CEILLI : RM 95
- TBE : RM 80
- LIAM : RM 35
- MTA : RM 30
- Admin Fee : RM 5

Total : RM 325.

Duit boleh bank in ke account saya : 514057059672 (Maybank) Abd Aziz Bin Riadi. Sila email kepada abdriadi@prupartner.com.my apabila bayaran telah dibuat dan sila maklumkan maklumat bayaran tersebut untuk bayaran apa.

Nota Exam boleh diperolehi di sini.

Kami juga menyediakan set soalan percubaan interactive untuk memudahkan anda mengulangkaji. Tapi, walau macam mana pun, anda kena baca jugak nota yang di download tu. Sebab set soalan yang anda download nie hanya ringkasan nota dan set soalan percubaan. Jadi, jangan ambil jalan mudah tanpa baca nota langsung. Itu pesanan saya.

Berikut adalah link download untuk contoh soalan exam PCE, CEILLI dan TBE untuk rujukan anda.

A. Contoh Soalan Exam PCE dan CEILLI
     - Files 1
     - Files 2
     - Files 3

Nota : Download ketiga-tiga files tersebut dan extract dengan menggunakan software Winrar. Sila dapatkan password daripada saya.

B. Contoh Soalan Exam TBE

Gambar CD Exam copy

Oleh kerana kandungan CD ini adalah hakcipta terpelihara Prudential Business Academy, saya hanya memberikan password kepada agent2 under pengawasan saya sahaja. Agent2 bukan dari pengawasan saya saya tidak boleh berikan password disebabkan oleh kekangan hakcipta. Sila berhubung dengan leader masing2 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekian.