Ok, ini sambungan dari part 1
Alhamdulillah, sekarang nie tahun 2012, setelah hampir 9 tahun lebih, saya dah jadi Agency Manager. Terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga saya terutama ibu bapa saya, isteri dan anak2..serta ahli keluarga saya yang support saya. Tak lupa, client2 saya dan sekarang nie agent2 saya.
Kalau nak citer dengan ringkas, memang le sekarang nie dah jadi Agency Manager dan nampak macam mudah je betul tak?. , tapi ada beberapa perkara yang saya nak kongsi semasa saya jadi agent. Sebab sekarang nie saya tengok ada diantara agent yang rasa susah sangat dan asyik dengan masalah dan sebagainya. So, saya nak share sikit beberapa masalah yang saya hadapi dulu masa jadi agent. Cuma beza nya saya hanya share benda nie selepas saya berada dalam keadaan sekarang ini (Agency Manager)...dan bukan masa saya jadi agent. Masa saya jadi agent, saya hanya simpan perkara ini dan apa yang penting masa tu adalah cari solution, jalan penyelesaian, dan bukan asyik focus dengan masalah sahaja.
1. Masalah Kewangan
Ini biasa bagi sesiapa yang join full time dengan financial backup yang tak strong atau yang ada komitmen tinggi. Saya tak de le sangat commitment tinggi, saving ada, tapi sebab saving saya saya dah lock utk kahwin, saya tak boleh nak usik. So apa yang saya buat. Kena cut off budget la. Sebab budget utama utk business.
- Transport.
Memula saya memang lower down saya punya life style, pakai motor kapcai EX5 saya, zaman saya student lagi. So, saya belasah motor tu, utk buat sales, servicing, malah recruitment. Walau pun tak de kereta besar, saya dah start buat recruitment. So, pakai motor dapat jimat beberapa kos, spt parking, toll, minyak motor serta menjimatkan masa. Tapi, masalah utama adalah bila hujan. So, memang kantui nak buat appointment. So, focus kepada penyelesaian.
Hujan, so beli le baju hujan. So, beg macam mana?..beli tong kat belakang motor. So, kalau hujan, beg simpan dalam tong (sebelum tu bungkus plastik)...takut air masuk. Then, pakai baju hujan. Memula pakai baju hujan selapis je, sekali hujan lebat sangat, habih basah lencun. So, beli 2 lapis...lepas, kasut pulak, standby selipar dalam raga motor. Kalau hujan, pakai selipar, kasut bungkus dalam plastic, letak dalam raga. So mcm tu la. Kalau lebat sangat, kat hiway mmg lepak bawah jejambat le jawabnya.
- Tayar pamcit...
Bila naik motor nie, satu pulak masalahnya, jalan kat KL nie, kekadang lopak, selalu pamcit....bukan sebab paku, sebab tiub tersepit dengan tayar, so, asyik bocor je. Kalau bocor dekat dengan kedai tayar tak pe, kalau jauh?..dah kena "pow" pulak dengan pomen bergerak. So, asyik bocor je, masalah kan?...so, fikir masalah ke fikir solutions?...fikir solutions. Modalkan sikit beli sport rim, then pakai tubeless...Alhamdulillah, tak bocor kecuali kena paku. Kalau setakat langgar lubang tu, Insyallah tak bocor la. Settled masalah.
- Services motor
Masa memula takde duit, sampai nak jimat punya pasal saya service sendiri motor. Beli minyak pelincir kat kedai, balik umah, tukar sendiri. Dapat jimat sijit duit RM 5. So, bayangkan, sampai macam tu sekali nak berjimat. Sebab saya tak minta pertolongan sesiapa, saya tak de pinjam duit sesiapa, saya tak de buat loan dengan sesiapa. Mana2 yang saya boleh jimat, saya jimat. Tapi, motor memang cukup masa services, sebab takut breakdown lagi susah. Itu tak termasuk lagi tukar rantai, sproket depan belakang. Semua buat sendiri. Sebab upah kekadang RM 10 - RM 15.
- Makan
Haaa, yang ini paling best. So, masa saya memula buat insurance, saya jarang breakfast dengan kengkawan kat kedai makan mamak atau sebagainya. Sebabnya, masa tu saya dah kahwin, so, wife bangun pagi masak nasi goreng untuk breakfast. So, saya bawa bekal ke office. Sebab kekadang kat umah tak sempat nak breakfast. So, saya bawak sekali bekal air. Semua tinggal kat dalam bakul motor. So, bila habih morning sharing, saya buat phone call, then ada appointment or tak de, terus keluar...then, cari le port mana2 bawah pokok ke, pump minyak ke, yang ada tempat duduk atau redup2, saya akan makan bekal saya. And masa tu, kalau nasi goreng tu. Saya makan separuh je, sebab separuh lagi simpan untuk makan tengahari...biasa dalam pukul 1 atau 2 ptg. Then, air?..air kosong je la...mcm biasa. Kalau jumpa client, atau prospect, saya bgtau saya dah makan, or kalau order pun order air suam then bgtau sebab saya dah banyak minum air manis hari nie...Tapi, kekadang, kalau time dapat commission, saya spare duit makan tu utk makan dengan client. So, boleh bayar duit makan client sikit2, kira ok lah, sebab saya dah jimat makan pagi. Kalau belanja client makan petang, pagi dan tengahari saya dah jimat dah sebab makan bekal.
Memang hadapi masalah, tapi, kepala hotak masa tu fikirkan solutions sahaja. Sebab tak nak business terganggu disebabkan oleh masalah kewangan.
- Pakaian
Yang ni, kalau setakat pakaian untuk harian, memang saya pakai baju yang murah2 je. Atau pun pakai baju2 free yang prudential bagi atau dulu masa saya kerja Telekom, saya dapat banyak T-Shirt free. So, saya dok ulang pakai baju tu je la. Jeans pulak, cari kat bundle...:D...nak budget duit punya pasal. Tapi, setakat nie tak pernah orang tanya saya beli seluar kat mana and diorang pun tak pernah tahu kat mana saya beli seluar tu sampai le saya bgtau sekarang nie...so?...apa masalahnya?..yang penting duit boleh jimat.
Ok, saya jimatkan duit, bukan hanya kurang duit masa memula buat business. Income bertambah. Tapi, masa tu, komitment utk bayar management Fee (agency punya fee), beli sampul policy, beli flyers, bayar duit booth, bayar SBU fee, beli thank you card, beli diary atau free gift utk client, dan macam2 lagi, itu belum kena denda sebab tak bawak agent masa Business Opportunity Presentation lagi....memang perit. Tapi, semua saya telan dan apa yang penting?..SOLUTIONS...Sebab business kena ada modal, dan modal utk business tak boleh kompromi. Biar kurang makan, kurang pakai, kurang minum, tapi utk business tak boleh kompromi. Kena spare duit.
Satu lagi, sebab walau pun dah tukar jadi agent insurance dan income belum stabil sebab nak cover balik income masa kerja makan gaji, tanggungjawap untuk bagi duit kat Mak Ayah sekali pun tak missed. Mereka tak tahu pun macam mana saya manage duit saya. Tapi setiap bulan memang ada allocation untuk mereka. Itu dah tetap. Walau pun makan minum saya sendiri tak tetap.
2. Masalah Tekanan Emosi
Yang ini, emosi bila kena reject. Biasa la...tapi, macam yang saya pernah share dalam part 1. Bukan mereka yang bagi saya makan?..Allah yang bagi rezeki. So, kalau kena reject, sebenarnya nya mereka bukan reject kita. Mereka reject idea kita. So, teruskan berkawan dan sampai message. Kalau mereka refused, saya cari orang lain, saya cari kawan lain dan sebagainya.
So, yang ini memang kita kena dekatkan diri dengan Allah. Solat jgn tinggal. Baca Al Qur'an (saya pun masih banyak kelemahan dan kekurangan)...amalkan apa yang dipelajari. Then sentiasa memberi semangat kepada orang lain, walau pun masa tu kita down. Sebab saya believed one day income saya akan jadi 5 angka. Cuma masa tu, belum sampai masa lagi. Tapi always yakin, one day akan sampai. Then, bila dah dapat, datang rejection macam mana pun, tak de effect langsung dari segi emosi. Sebab kita dah boleh kawal dengan baik.
3. Masalah Pengurusan masa
Semua orang ada masalah ini, cuma macam mana kita melihat solution untuk settlekan masalah ini. Masa2 mula saya jadi agent, client tak ramai, dan masa tu case claim pun tak banyak, so, apa lagi. Saya akan all out jumpa orang. Saya akan tegur, kenal2...kalau boleh dapat business card. Then, kalau ada peluang sharing pasal kepentingan medical card, saya akan cerita.
Kemudian, bila start sibuk, kena curi2 masa. Kadang2 kat booth, tak de prospect sangat, amik proposal form yang tak siap diisi, isi sikit2....dapat le 2 pages. Then, ada masa lagi, isi lagi. Sampai le siap. So, mcm tu saya gunakan masa saya.
Then, tak lama selepas setahun, income dah start ada, baru le saya kongsi2 dengan kengkawan amik staff. So, memang senang kerja sikit, sebab banyak paper work staff yang buat.
Kemudian, tahun ke-2 saya dilantik jadi LMT (Leadership Management Team)..handle system and communication. Sib baik le saya ni dulu kerja computer, so tak de le masalah sangat handle portfolio tu. And Alhamdulillah, disebabkan saya pegang benda tu, dan saya nampak banyak masalah...so, dari masalah tu saya mula berfikir untuk cari solutions. Alhamdulillah...berhasil. Itu yang puas tu.
So, pendek kata, apa yang mungkin ramai agent baru2 lalui sekarang nie, saya pernah lalui. Cuma, adakah anda berfikir macam mana saya berfikir atau lebih baik dari saya berfikir, atau anda hanya focus kepada masalah sahaja. Kalau focus kepada masalah, masalah akan GROW. Kalau focus kepada solution, solution akan settledkan masalah. So, fikir baik2. Apa yang kita fikirkan dan bagaimana mindset kita. Adakah mindset seorang businessman / usahawan, atau mindset macam orang makan gaji yang hanya bergerak kalau tak de masalah langsung.
Saya dapat jadi agency manager ni, bukan pergi interview di Prudential, bawak sijil atau resume, then Prudential berikan saya pangkat Agency Manager. Saya melalui zaman2 susah sebagai agent. Tapi, disebabkan saya susah masa agentlah saya belajar banyak benda. Alhamdulillah, sekarang nie semua ilmu, pengalaman dulu banyak bantu saya develop agent2 saya.
So kesusahan semasa menjadi agent. Ada jugak cabaran2 yang saya nak share masa saya jadi manager.
Unit Manager 2009
Alhamdulillah, rezeki Allah berikan dan hasil sokongan dan tunjuk manager2 Al Isra' (Hj Fazli, Hj Othman, Hj Rosli, Hj Sahrom dan Solehan)...dan komitmen agent2 saya, saya dapat naik ke Unit Manager pada 2009.
Insyallah nanti saya akan sambung....
No comments:
Post a Comment