_________________________________________________________________
Pembuka tazkirah dengan ayat Al Qur'an surah Adz-Dzaariyaat: ayat 56.
Allah menciptakan manusia ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Itu yang kita kena faham. Hanya untuk beribadah...bukan untuk perkara lain.
Jadi, dalam sehari semalam, Allah memberikan kita masa selama 24 jam. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lebih dan tiada sesiapa pun yang dapat kurang. Dan seperti yang Allah janjikan, kita akan dipertanggungjawabkan ke manakah umur kita, usia kita digunakan atau di penuhkan sepanjang hidup kita di dunia. Jadi, diringkaskan di sini, hidup kita perlu dipecahkan kepada 4 bahagian.
1/4 : Masa yang mesti diluangkan untuk beribadah secara terus (direct) antara hamba dan penciptaNya.
- Ibadah yang dimaksudkan adalah seperti Solat, membaca Al Qur'an, Zikir dan sebagainya...
- Jadi, kita renungkan, kalau sehari semalam selama 24 jam, berapa jam yang kita gunakan masa / umur yang Allah kurniakan untuk beribadah kepadaNya?...1/4 daripada 24 jam = 6 jam?..adakah kita sudah luangkan masa kita sebanyak 6 jam sehari beribadah secara terus (direct) kepada pencipta kita? Kita sama-sama renungkan.
- Tambahan pula bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan untuk kita melipatgandakan ibadah kita kerana pada bulan ini juga Allah melipatkan gandakan pahala dan ganjaran kepada orang yang beribadah
- Berkenaan dengan solat, kita harus tahu konsepnya...Kenapa Allah suruh kita mendirikan solat dan bukan mengerjakan solat? Terdapat perbezaan antara mendirikan solat dan mengerjakan solat. Apakah perbezaannya?
Mengerjakan solat : Asal solat i.e asal buat je.
Mendirikan solat : Terdapat 6 perkara yang kita kena penuhi
- Jangan tinggalkan solat. Tidak boleh tinggal walau pun sekali. Kekuatan umat Islam bergantung kepada kekuatan dalamannya..dan ia boleh dinilai dari segi solat nya. Seperi mana ada yang menyatakan bahawa orang Yahudi tidak akan gentar kepada umat Islam selagi mana solat subuh di masjid tidak sama banyaknya seperti solat jumaat.
- Jangan lambatkan solat. Maksudnya kena jaga waktu solat. Waktu solat terbahagi kepada beberapa bahagian, Awal, Tengah, Akhir. Jadi kena fahamkan apa fadhilat2 solat di awal waktu. Adakah apabila diserukan azan kepada kita, kita terus bangkit dan mengambil wuduk dan bersedia untuk bersolat? Atau sebaliknya kita hanya berkata di dalam hati..nanti dulu?
- Jangan buat di rumah. Maksudnya, kena buat di masjid atau surah secara berjemaah. Ini saya nak kaitkan juga dengan no. 1 di atas.
- Jangan berseorangan. Kena solat berjemaah.
- Kerjakan dengan khusyuk. Khusyuk bacaannya, pergerakannya, hatinya dan fikirannya.
- Tambahkan yang sunat.
1/4 : Masa digunakan untuk menuntut ilmu.
- Untuk pengetahuan pembaca semua, 2/3 daripada kandungan Al Qur'an Allah turunkan adalah mengenai ilmu. Allah menyuruh manusia berfikir, orang iman berfikir...mengenai kejadian yang Allah ciptakan...seperti mengambil iktibar daripada binatang-binatang, kejadian alam dan sebagainya. Ini kerana pada binatang-binatang tersebut tersembunyi rahsia yang kita sebagai manusia perlu kaji. Terdapat tanda-tanda kebasaran Allah di situ dan ia akan menjadikan kita lebih bertakwa. Kalau kita tidak boleh mengambil iktibar daripada binatang, maknanya kita lebih teruk dari binatang.
- Di dalam Al Qur'an, Allah menyuruh manusia berfikir mengenai kejadian haiwan yang bernama unta. Apa istimewanya unta ini?...kita lihat dia bagaimana boleh hidup tanpa air di padang pasir dalam satu tempoh yang lama? dan pelbagai lagi perkara2 yang kita boleh pelajari
- Juga Allah ada sebutkan mengenai lebah dalam surah An Nahl. Apa yang dibuat oleh lebah?..mencari madu bukan?..dan apabila dia keluar mencari madu, dia hanya memilih makanan (bunga2) yang baik-baik dan terpilih. Itu sebabnya madu yang kita minum/makan mempunyai khasiat.
- Kemudian ilmu yang diperolehi tersebut perlu diamal dan disampaikan kepada orang lain. Agar ia juga memberi manfaat kepada orang lain. Bertepatan dengan Hadis Rasulullah S.A.W "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).”
1/4 : Bekerja dan berusaha untuk kehidupan dunia.
- Allah tidak menghalang kita daripada mencari harta dunia. Namun kita perlu kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.
- Bertepatan kata-kata khalifah umar bin Abdul Aziz ini sebagai panduan hidup kita iaitu: "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."
1/4 : Tidur dan beristirehat
- Firman Allah S.W.T, “Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (Al-Qasas: 72-73)
Wassalam
Nota : Saya menyampaikan semula tazkirah ini mengikut gaya bahasa saya dan apa yang saya fahami. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, ia adalah disebabkan oleh kelemahan saya sendiri dan saya memohon ribuan kemaafan. Cuma, niat saya adalah. untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu-ilmu berguna yang saya dapat, agar ia juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment