Assalamualaikum,
Saya biasa akan gunakan sales kit dalam aktiviti presentation. Sebab senang nak terangkan kepada client/prospect mengenai plan dan term & condition yang ada dalam plan tersebut. Dengan menggunakan sales kit ini, saya banyak membantu agent2 baru untuk belajar membuat penerangan kepada prospect dengan lebih cepat dan berkesan. Walau bagaimana pun, ilmu asas presentation yang memerlukan kita menulis di atas kertas pun amat penting. (i.e 2 lines presentation and life line presentation)
Sales kit ini lebih kepada alat bantuan presentation sekiranya kita belum mahir menggunakan teknik presentation di atas kertas kosong.
Ini adalah antara gambar dan bentuk sales kit yang saya gunakan dan sediakan kepada agent-agent saya.
Muka depan sales kit. Saya letakkan "The Face You Can Trust" di depan sekali. Kenapa agaknya?....sebab untuk yakin kan prospect, yang Prudential merupakan syarikat insurance/takaful yang established dan pernah dapat anugerah "Trusted Brand" di Malaysia & Asia. Ini penting, sekiranya prospect bertanya kepada kita...kenapa saya perlu amik plan Prudential...so, biasa, ayat ini yang saya akan keluarkan. Ada ayat2 lain, tapi yang itu kena masuk training laa...:D
Sales kit ini dihasilkan daripada pengalaman saya dan beberapa pengalaman dari agent2 yang top di group kami Al Isra'. Tujuan tak lain dan tak bukan, untuk memudahkan dan membantu agent2 baru untuk membuat presentation dengan lebih teratur dan sistematik.
Bahagian ini menerangkan keseluruhan plan secara ringkas dan bahagian2 perlindungan dan manfaat lain. Pada saya, ini memudahkan agent2 menerangkan kepada prospect mengenai plan Prudential (takafulink/prulink) secara keseluruhan. Di sebelahnya pula, senarai hospital panel yang mana biasa saya akan tunjukkan kepada client senarai hospital yang berdekatan dengan mereka yang boleh mereka pergi untuk mendapatkan rawatan dan bayaran kos rawatan dibayar secara online terus ke Hospital. Bukan client bayar dulu baru claim. Cuma kena settlekan co-insurance / co-takaful sahaja.
Ok, selepas tu, contoh claim pulak. Biasa la, insurance/takaful ni, kalau tak de contoh claim saya rasa susah sikit nak confidentkan orang. Jadi, kalau ada contoh claim, lagi senang kita nak tunjukkan macam mana plan ini dapat membantu prospect atau client sekiranya memerlukan kos rawatan perubatan. Dan macam mana pulak elaun hospital di bayar.
Bahagian ini pulak pada saya penting sebab biasanya client/prospect tanya, bila start coverage. So, kalau ada diagram macam nie lebih senang nak terangkan. Kalau kita tak ingat pun, kita boleh terangkan dengan yakin. Dan yang paling penting prospect atau client senang nak faham. Bila senang nak faham , peluang untuk dia sign up on the spot lebih cerah. Dan saya biasa gunakan bahagian ini untuk tekankan, kenapa Prospect perlu amik plan ini sekarang.
Sebelahnya pulak, contoh penyakit breast cancer yang selalu kita dengar dan sekarang nie macam dah jadi common illness. So, kenapa pentingnya medical card yang bayar secara online, tanpa kita bayar duit kos rawatan terlebih dahulu dan kemudian baru claim. Dan kenapa kita, walau pun dah ada manfaat penyakit kritikal dalam polisi kita, kalau tak de medical card akan menyusahkan kita untuk mendapatkan rawatan segera, sebabnya, manfaat penyakit kritikal akan dibayar bila stage cancer 3 atau 4...so, kalau cancer tu dikesan pada tahap 1 atau 2, dan boleh dirawat, tapi pampasan sakit kritikal tak boleh nak claim lagi...
Jadi, kat situ datangnya kepentingan medical yang bayar secara online.
Setiap orang ada cara masing2, sekadar berkongsi cara saya buat presentation, handling objection dan closed case.
Tapi, kalau ada sales kit pun, tak jumpa seramai mungkin orang, tak guna jugak....:D
Nota : sesiapa yang nak order sales kit yang saya buat nie, boleh masuk sini
Order Sales Kit
Sekian.
No comments:
Post a Comment