Jika anda ingin tahu mengenai kelebihan melanggan insurans dan takaful melalui prudential (PruBSN Takaful)sila sms/call/whatsapp to: 0177686469 (Raffiey Azman)
Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card...
Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.
PERTAMA- Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."
KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?...." atau "Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.
Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.
Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.
Sekiranya nak tahu bagaimana plan Prudential BSN Takaful ni boleh bantu anda supaya tak jadi seperti yang dalam berita nie, hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau emailkan maklumat anda ke abdriadi@prupartner.com.my untuk dapatkan quotation percuma. Atau masuk sini : http://www.azizriadi.com/request-for-quotation-rfq.html
Sekian.
-> Kembali ke Artikel Insurance / Takaful
Al Isra' : Agent Planning Workshop 2009
Sabtu 10 Januari 2009 yang lalu, kami telah pun selesai melakukan perancangan dan sasaran jualan (sales target) untuk tahun 2009. Beginilah setiap awal tahun, agency kami akan mengadakan satu program khas untuk agent-agent membuat perancangan dan target sales untuk tahun tersebut.
Penting sangatkah workshop seperti ini diadakan?....Kalau dari pengalaman saya, cara ini amat berkesan untuk kita clear dengan apa yang kita nak buat dan macam mana kita nak buat.
Perancangan dan sales target amat penting dibuat pada awal tahun antara kelebihannya (pada pendapat saya)
1- Agent lebih focus dengan apa yang perlu dilakukan
2- Agent ada guideline mengenai aktiviti yang diperlu dilakukan untuk mencapai sasaran jualan pada tahun itu.
3- Memastikan motivasi dan momentum agent sentiasa berkekalan sehingga hujung tahun.
4- Memberi kelebihan kepada agent-agent yang baru untuk belajar bagaimana menguruskan perniagaan insurance / takaful dengan lebih sistematik dan tersusun.
5- Membolehkan agent-agent menjalankan perniagaan insurance dengan lebih effisien.
6- Mengeratkan hubungan antara agent-agent dan manager
7- Bertukar-tukar idea dalam melaksanakan perancangan....dan banyak lagi.
Sekian.
Sales Kit PruBSN Takaful..
Saya biasa akan gunakan sales kit dalam aktiviti presentation. Sebab senang nak terangkan kepada client/prospect mengenai plan dan term & condition yang ada dalam plan tersebut. Dengan menggunakan sales kit ini, saya banyak membantu agent2 baru untuk belajar membuat penerangan kepada prospect dengan lebih cepat dan berkesan. Walau bagaimana pun, ilmu asas presentation yang memerlukan kita menulis di atas kertas pun amat penting. (i.e 2 lines presentation and life line presentation)
Sales kit ini lebih kepada alat bantuan presentation sekiranya kita belum mahir menggunakan teknik presentation di atas kertas kosong.
Ini adalah antara gambar dan bentuk sales kit yang saya gunakan dan sediakan kepada agent-agent saya.
Muka depan sales kit. Saya letakkan "The Face You Can Trust" di depan sekali. Kenapa agaknya?....sebab untuk yakin kan prospect, yang Prudential merupakan syarikat insurance/takaful yang established dan pernah dapat anugerah "Trusted Brand" di Malaysia & Asia. Ini penting, sekiranya prospect bertanya kepada kita...kenapa saya perlu amik plan Prudential...so, biasa, ayat ini yang saya akan keluarkan. Ada ayat2 lain, tapi yang itu kena masuk training laa...:D
Sales kit ini dihasilkan daripada pengalaman saya dan beberapa pengalaman dari agent2 yang top di group kami Al Isra'. Tujuan tak lain dan tak bukan, untuk memudahkan dan membantu agent2 baru untuk membuat presentation dengan lebih teratur dan sistematik.
Bahagian ini menerangkan keseluruhan plan secara ringkas dan bahagian2 perlindungan dan manfaat lain. Pada saya, ini memudahkan agent2 menerangkan kepada prospect mengenai plan Prudential (takafulink/prulink) secara keseluruhan. Di sebelahnya pula, senarai hospital panel yang mana biasa saya akan tunjukkan kepada client senarai hospital yang berdekatan dengan mereka yang boleh mereka pergi untuk mendapatkan rawatan dan bayaran kos rawatan dibayar secara online terus ke Hospital. Bukan client bayar dulu baru claim. Cuma kena settlekan co-insurance / co-takaful sahaja.
Ok, selepas tu, contoh claim pulak. Biasa la, insurance/takaful ni, kalau tak de contoh claim saya rasa susah sikit nak confidentkan orang. Jadi, kalau ada contoh claim, lagi senang kita nak tunjukkan macam mana plan ini dapat membantu prospect atau client sekiranya memerlukan kos rawatan perubatan. Dan macam mana pulak elaun hospital di bayar.
Bahagian ini pulak pada saya penting sebab biasanya client/prospect tanya, bila start coverage. So, kalau ada diagram macam nie lebih senang nak terangkan. Kalau kita tak ingat pun, kita boleh terangkan dengan yakin. Dan yang paling penting prospect atau client senang nak faham. Bila senang nak faham , peluang untuk dia sign up on the spot lebih cerah. Dan saya biasa gunakan bahagian ini untuk tekankan, kenapa Prospect perlu amik plan ini sekarang.
Sebelahnya pulak, contoh penyakit breast cancer yang selalu kita dengar dan sekarang nie macam dah jadi common illness. So, kenapa pentingnya medical card yang bayar secara online, tanpa kita bayar duit kos rawatan terlebih dahulu dan kemudian baru claim. Dan kenapa kita, walau pun dah ada manfaat penyakit kritikal dalam polisi kita, kalau tak de medical card akan menyusahkan kita untuk mendapatkan rawatan segera, sebabnya, manfaat penyakit kritikal akan dibayar bila stage cancer 3 atau 4...so, kalau cancer tu dikesan pada tahap 1 atau 2, dan boleh dirawat, tapi pampasan sakit kritikal tak boleh nak claim lagi...
Jadi, kat situ datangnya kepentingan medical yang bayar secara online.
Setiap orang ada cara masing2, sekadar berkongsi cara saya buat presentation, handling objection dan closed case.
Tapi, kalau ada sales kit pun, tak jumpa seramai mungkin orang, tak guna jugak....:D
Nota : sesiapa yang nak order sales kit yang saya buat nie, boleh masuk sini
Order Sales Kit
Sekian.
Kenapa tak boleh nak claim??.....
Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.
Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.
Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.
2. Manfaat tiada didalam jadual policy
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
Contoh pengecualian umum : Klik sini. Lihat dibahagian pengecualian.
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tubuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."
Sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan kepada saya di abdriadi@prupartner.com.my atau hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) untuk mengetahui lebih lanjut maklumat mengenai Plan PruBSN Takaful.
Kembali ke Artikel Insurance / Takaful
Cara Guna Sales Kit
Kepada sesiapa yang guna lagi sedangkan dah ada sales kit nie. Saya ingin berkongsi bagaimana cara yang saya gunakan. Cara ini bukan yang terbaik, tapi saya rasa amat berkesan terutamanya agent2 baru yang masih tak faham lagi secara details plan Takafulink / Prulink. Atau yang banyak tak ingat terma2 yang digunapakai dalam policy dan sebagainya.
Macam biasa...Pre-Conditioning amat penting.
2 magic questions..(Apa yang telah diajar dalam training AFT).
- Apa pendapat Encik mengenai perlindungan Takaful?
Kalau Soalan pertama tadi dah menunjukkan prospect +ve, boleh teruskan soalan ke dua.
- Encik tahu ke tidak kenapa kita perlu perlindungan takaful terutamanya zaman sekarang nie?
- Apa yang kita perlu ambil?...tunjukkan sales kit dengan mulakan step di bawah.
1- Page 2 (5 dalam 1)
Tips : Always selling by asking.
Apa risiko kehidupan yang akan melibatkan masalah dari segi kewangan? Apa impact nya kepada keluarga dan bagai mana kami di Prudential BSN boleh bantu.
A - Risiko (Kematian / Lumpuh Kekal keseluruhan ketua keluarga), Kesan (Isteri dan anak2 hilang punca pendapatan sebab suami / ayah meninggal dunia), Bagaimana plan ini boleh bantu? (Pampasan kematian boleh digunakan oleh waris teruskan kehidupan, terutama bagi isteri yang tidak bekerja dan ada ramai anak2).
B- Risiko (Sakit Kritikal), Kesan (perlukan dana untuk tanggung kos rawatan, dana untuk teruskan kehidupan sebab kos kehidupan tetap ada dan kalau dah sakit kritikal, memang tak boleh nak bekerja), Bagaimana plan ini boleh bantu? (Tanggung kos rawatan dengan Medical Card Takaful Health, pampasan sakit kritikal utk tanggung perbelanjaan harian, dan caruman menjadi percuma (FREE) dan client boleh gunakan baki had seumur hidup untuk medical card tersebut tanpa risau ada masalah pembaharuan. Sebab medical card Prudential tiada expiry date)
C- Risiko (Kemalangan - Mati atau lumpuh), Kesan (Sama seperti A dan B), Bagaimana plan ini boleh bantu? (Tanggung kos rawatan menggunakan medical card Takaful Health, pampasan kemalangan atau lumpuh kekal untuk tanggung kos kehidupan, jadi ringan sedikit beban keluarga. Caruman bulanan pun akan percuma.)
D- Risiko (Tabung Perubatan), Kesan (Kena dapatkan rawatan di hospital kerajaan, dan kalau lambat kena queue, terpaksa kena tunggu. Dan kalau pergi hospital swasta kena bayar sendiri dengan kos yang mahal), Bagaimana plan ini boleh bantu? (Plan medical card takaful health, elaun hospital dan elaun bedah. So, kalau masuk hospital panel, Insyallah boleh dapat layanan yang cepat dan tak perlu keluar duit dulu untuk claim bayar duit kita dulu baru claim)
E- Risiko (Simpanan hari tua), Kesan (Kalau tak de, dah tua2 pencen pun masih lagi bekerja) Bagaimana plan ini boleh bantu? (Plan takafulink ada simpanan / pelaburan Prusaver, untuk memaksimumkan pelaburan client)...
Ini antara contoh guna. Ada banyak lagi cara, tapi tak boleh nak citer semua kat sini, sebab banyak pulak nak kena taip. So, benda nie akan diajar di dalam training AFT, AIT dan AAT.
2- Page 3 (Hospital Panel)
Tunjukkan list hospital panel Prudential dan tanya, prospect tinggal dan bekerja di mana? Secara tak langsung boleh buat fact finding sikit2.
3- Page 4 (Bill hospital Ampang Puteri RM 15K++)
Tunjukkan contoh claim, dan bagaimana orang lain yang mendapatkan rawatan, orang lain yang tanggung hutang. Lebih kurang OPM (Other People Money). So cerdik kalau ada plan ni. Dan kena tunjukkan dari segi ko-takaful dan elaun ward. Bagaimana package tersebut boleh bantu client. Selain bill hospital, dapat duit poket untuk ganti gaji yang mungkin kena potong sebab masuk hospital lama.
4- Page 5 (Surat elaun hospital dan elaun bedah)
Ulang cerita step no 3. Macam mana client boleh untung. Tunjukkan kira2 ko-takaful dan deductible pada page 9.
5- Page 6 (Cheque claim Elaun Hospital dan Elaun Bedah)
Bukti bahawa apa yang kita janjikan, kita deliver dengan bukti client dapat cash.
6- Page 7 (Surat dari Prudential BSN Takaful mengenai pampasan sakit kritikal dan caruman percuma)
Yang ini kena tunjukkan sekiranya client kena sakit kritikal, pampasan akan diberikan, kos rawatan akan dicaj pada medical card dan caruman akan menjadi percuma.
7- Attemp to close. (selling by asking)
Kena sensitif dengan buying signal. Contoh, kalau nak amik plan ni macam mana?..atau, kalau nak masuk macam mana?..atau bayaran bulanan nie berapa?...Apa method untuk bayar tiap2 bulan dan sebagainya. Kena berani nak minta IC dan 1st payment.
8- Objection biasa yang saya terima dari agent2 baru..."Client nak delay atau tidak percaya". Jadi, gunakan diagram "Waiting Period"..untuk memberi penjelasan kepada mereka yang plan Takaful perlu diambil cepat sebelum musibah berlaku. Terangkan apa impact kalau tak cukup 30 hari, sakit dan dapatkan rawatan di hospital swasta. Apa impact kalau sakit2 yang kena tunggu 120 hari, dan tak cukup 120 hari dah sakit dan warded. And tunjukkan jugak cutting paper muka depan The Star headline "Can You Retire?". Itu tahun 2007 dan sekarang nie tahun 2012. Kos rawatan meningkat dan setiap tahun. Kalau delay2 lagi, rasanya makin turun ke kos rawatan dan kos insurance / takaful?
9- Then, kalau tak boleh nak dapatkan "buying signal" jugak, tunjukkan artikel Pegawai Diplomatik yang kemalangan di Libya. Baru beberapa hari je approved. Claim granted. Dan caruman anak2 percuma.
10- Kalau ada buying signal, so, terus minta IC dan credit card / debit card..."kita buat sekarang untuk Encik".
11- Kalau saya, kalau dah 3 kali saya handle objection, prospect bg alasan macam2 untuk dia tak perlu sign up. Saya akan tawakal. Suruh dia fikir, dan kalau dia nak satu hari nanti, boleh contact kita at anytime. Then, kita kena follow up balik dalam 3 bulan lagi. Minta izin dari prospect untuk kita follow up. So, kalau closed, Alhamdulillah...teruskan perjuangan lagi.
Untuk yang advance2, kena datang raining AFT, AIT dan AAT....belajar, praktik dan amalkan dalam activity sales hari-hari.
Sekian, harap dapat membantu.
Cara Claim Offline
Claim offline nie adalah istilah yang biasa digunakan untuk claim secara bayar dahulu, claim kemudian. Maksudnya, client perlu membayar dahulu semua bil rawatan di hospital dan membuat tuntutan ke syarikat insurance/takaful.
Keadaan yang memerlukan claim offline.
1- Sekiranya client masuk wad dalam masa 3 bulan pertama policy bermula, i.e cover date.
Bagi pemegang medical card PruBSN Takaful atau Prudential, sekiranya anda masuk wad atau memerlukan rawatan dalam tempoh 3 bulan pertama policy anda bermula, anda perlu membuat bayaran bil rawatan terlebih dahulu dan membuat tuntutan dengan menghantar document yang berkaitan ke syarikat insurance/takaful sama anda buat sendiri atau melalui agent anda. (tapi, kalau ada agent, baik agent buatkan, takkan agent makan commission free je?..kena le buat servicing kepada client...)
Dokumen yang diperlukan.
i. Bil rawatan terperinci
ii. Resit ASAL (yang ini penting, salinan resit tidak akan dilayan)
ii. Medical report untuk claim PMM, HB, PruMed yang lengkap diisi ditandatangani oleh client dan Doktor yang merawat. Ada 2 borang...i.e borang 6 & 7. Kenapa borang 6 & 7, sebab no siri borang tu, last digit no 6 & 7. So, senang nak ingat. Dan borang ni pun yang selalu digunakan.
Boleh download borang kat sini
Medical report biasanya boleh diperolehi melalui Medical Record Department hospital. Caj untuk medical report ini ditanggung oleh client, dan nilai caj berlainan antara hospital dan jenis report yang diperlukan.
2- Sekiranya client masuk wad atau mendapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan.
Keadaan ini juga memerlukan client untuk bayar bil rawatan dan buat tuntutan kepada syarikat insurance/takaful
Dokumen yang diperlukan sama seperti no-1.
3- Claim pesakit luar untuk pre-hospitalization dan post-hospitalization.
Proses yang sama seperti no-1 and no-2. Tetapi hanya perlu isi borang Claim PMM, HB, Prumed untuk claimant sahaja...i.e borang 6. Borang untuk Doktor yang merawat tak perlu.
Claim untuk pesakit luar ini juga terpakai kepada claim dialysis, rawatan kanser, penjagaan jururawat di rumah, day surgery dan sebagainya. Rujuk lampiran untuk Major Medical Cover atau Pru Major Medical di dalam policy.
4- Claim kemalangan (pesakit luar) , sama ada guna AMR (Accident Medical Reimbursement) atau Emergency Treatment Benefit yang ada dalam medical card (MMC atau PMM)
Kalau bil kurang dari RM 500, tak perlu isi medical report. Cukup dengan hanya resit dan bil. Cuma bil rawatan perlu dicatatkan "Rawatan disebabkan kemalangan" oleh Doktor yang merawat. Kalau bil lebih dari RM 500, kena sertakan dokumen seperti No-1.
Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam bidang insurance khusus untuk Prudential and PruBSN Takaful. Sekiranya terdapat sebarang procedure yang berlainan dengan apa yang saya sebutkan di atas ini, anda perlu ikut procedure yang telah ditetapkan.
Sekian
Maklumat lanjut hubungi 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email: abdriadi@prupartner.com.my
Cara Isi Form Takafulink
Saya akan ajar cara untuk isi form dengan lebih berkesan dan mudah. Bagi mengurangkan kadar kesilapan semasa mengisi borang. So, bila kurang silap, cepat captured dalam sistem, coverage cepat dan yang paling penting commission cepat....:D
Nota : Form ini mungkin berubah versi dari semasa ke semasa. Tapi frame asal lebih kurang sama. Saya takkan update form di bawah ini kecuali ada major changes...artikel ini lebih kepada memberi tunjuk ajar ringkas untuk agent2 baru PruBSN cara-cara untuk isi proposal form.
(Borang Cadangan (proposal form) Takafulink)
- Contoh : Client : Lelaki, amik untuk diri sendiri.
Details semua saya letak dalam contoh form di bawah.
1. Code agent
2. Nama agent (kalau yang belum amik exam takaful, tapi dah ada agent code kena isi U-Code kat kotak bawah nama agent tu bersama-sama dengan code agent yang senior. Contoh, (Kod senior agent : MD200001 dan kod agent baru yang tak lulus exam takaful lagi : MD200020, cara tulis U-Code:MD200001-0%, MD200020-100%).
3. Handphone dan email
4. Nama penuh client seperti dalam IC. Penting sebab nanti cheque claim atas nama dia. Kalau nama salah, ada masalah untuk clearkan cheque. Kalau tak muat untuk letak Bin/Binti, letak nama client sahaja
5. Tandakan / pada kotak jantina (Lelaki atau Perempuan)
6. IC lama atau Nombor surat beranak sekiranya anak tiada nombor mykid
7. Nombor IC baru client
8. Tarikh Lahir
9. Umur pada tarikh akan datang. Nak kira senang je, (tahun semasa - tahun tarikh lahir=umur semasa), kemudian tengok tarikh lahir, kalau dah lepas, tambah 1 i.e umur pada tarikh lahir akan datang, kalau belum, just letak je umur semasa.
10. Tandakan / pada kotak status merokok (ya / tidak). Jika 'ya', letakkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari.
Bangsa dan kerakyatan. Ini saya tak letak nombor sebab straight forward.
Kalau bukan warganegara Malaysia, boleh amik plan ini, tapi bergantung kepada keputusan syarikat. Biasanya golongan profesional sahaja yang dibenarkan. Ada borang tambahan dan beberapa soalan yang perlu dilengkapkan.
11. Status berkahwin, bujang, single parent
12. Tinggi dan berat. Ini penting. Kena tengok jadual tinggi berat. Kalau tersalah letak, takut kena ME (Medical Examination atau kena loading). Tapi kalau memang berat betul, just tulis berapa berat.
13. Pekerjaan. Yang ini kena terangkan apa kerja client, tugas sebenar dan kerja bahagian apa, atau client tu kerja dalam bidang apa. Contoh Supervisor, Supervise and Monitoring, Manufacturing. Ini penting kerana ia menentukan kelas pekerjaan client.
14. Pendapatan tahunan. Ini jugak penting sebab ia boleh menjadi ukuran manfaat Weekly Indemnity
15. Kelas pekerjaan. Yang ini akan digenerate melalui quotation. Tapi kalau dalam quotation tak de list pekerjaan client tu, cari yang dekat2 dengan pekerjaan client yang boleh match dengan list dalam quotation.
Ok, Siap muka pertama.
Kembali ke atas
Muka 2
Di mukasurat 2, Details of person B i.e (Maklumat Spouse jika manfaat spouse contributor di cadangkan atau Parent/Legal Guardian sekiranya takaful pendidikan di cadangkan). Jadi sekiranya plan pendidikan untuk anak, muka 1 maklumat anak, muka 2 maklumat pembayar. Details sama mcm muka 1. Sekiranya client dewasa amik untuk diri sendiri, bahagian B nie tak perlu diisi. Kosongkan sahaja.
Ok, kita lihat muka 2, apa data yang perlu diisi.
1. Alamat rumah atau alamat surat menyurat. Penting untuk dapatkan alamat yang sah sebab nak hantar notis atau apa2 statement semua berdasarkan alamat yang ditulis di sini. Nombor telefon. Handphone atau rumah. Kalau boleh minta nombor telefon isteri atau suami, sebab in case kalau jadi apa2...kita ada orang lain yang kita boleh hubungi.
2. Alamat pejabat (atau tempat bekerja)
3. Jumlah caruman. Kalau bayar monthly, tulis bayaran monthly, kalau bayar yearly tulis jumlah bayaran yearly.
4. Kekerapan bayaran. Nak bayar sebulan sekali, atau 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali atau setahun sekali.
5. Cara pembayaran. Sama ada credit card, autodebit bank atau cash/cheque. Kalau bayaran credit card, bayaran pertama kalau client tak nak bayar pun tak pe. Terus deduct dari credit card. Kalau cash/cheque atau autodebit, bayaran pertama hendaklan CASH. Autodebit biasanya amik masa 3-4 bulan baru approved. Jadi, dalam tempoh tu, kita sebagai agent, kena collect premium daripada client. Sampai lah bank approved. Kita tak perlu collect cash lagi. Autodebit perlu isi form auto debit. Sila rujuk sini.
6. Jenis Plan. Kalau dewasa "Takafulink"..kalau kanak2, boleh letak "Takafulink Cerdik" atau "Takafulink" . Untuk anak yang lebih dari 5 tahun...umur akan datang 6 tahun, letak "Takafulink". Sebabnya, kalau letak takafulink cerdik, caruman akan menjadi 2 kali ganda sebab perlu attached sekali dengan takaful saver 1:1. Untuk bahagian ini , sila pastikan ianya ditanda SAMA seperti dalam quotation. Kalau tak nant pending.
Muka 3
Muka ini kita perlu rujuk dengan quotation yang kita cadangkan kepada client. Jumlahnya manfaat mesti sama seperti dalam quotation. Kalau tak case akan jadi pending. Sila rujuk muka pertama quotation utk masukkan figure di muka 3 ini.
Muka 4
Soalan dalam page 4 nie, kalau client tak pernah sakit, atau tak pernah mendapatkan rawatan di hospital i.e tak pernah masuk wad, atau tak de masalah kesihatan, just tick 'NO'. Tick biar besar sikit dan jelas. Biasakan gunakan pen hitam dakwat basah.
Tapi kalau ada masalah kesihatan macam mana?..Kita kena declare...so cara nak declare senang sahaja. Maklumat2 ini anda perlu tanya kepada client anda...
1- Sakit apa?
2- Bila?
3- Masuk wad ke tidak?...kalau masuk, bila masuk?
4- Doktor yang merawat. Kalau client ingat, sebab kalau hospital private biasanya boleh ingat, kalau hospital government, biasanya tak ingat ramai doktor yang merawat dan bertukar2.
5- Apa rawatan yang dibuat (e.g operation ke, makan ubat ke...dan kalau tau ubat apa, just catat ubat apa dan sebagainya)
7- Berapa lama masuk wad dan berapa lama MC (i.e cuti sakit)
8- Bila last follow up dan bagaimana keadaan penyakit tu sekarang. Perlu ke rawatan susulan atau dah fully recovered?
Kemudian, dalam form, kalau you tengok kat kotak kaler putih tu, itu adalah ruangan untuk kita tulis declaration. So cara nak tulis macam nie...
Saya buat contoh..
Client pernah masuk wad sebab demam denggi.
So, soalan yang berkaitan adalah soalan 3a)
- Q 3a)
- Demam denggi
- 23/01/2009-31/01/2009
- Ampang Puteri Specialist Hospital
- Dr Ahmad
- 7 hari masuk wad,
- Pulih sepenuhnya selepas keluar wad dan tiada rawatan susulan.
Ini adalah salah satu contoh sahaja, so, kalau ada soalan2 lain yang agak complext, kena tanya leader masing2 atau senior agent. Kalau agent2 saya (MD2)...boleh call saya...
Page 5 dan 6 : Lebih kurang sama je dengan page 4.
Page 7 : Bahagian signature
Kalau amik untuk diri sendiri. Sign kat kotak sebelah kiri. Kalau amik untuk diri sendiri (tapi attached spouse contributor)...spouse kena sign kotak sebelah kanan. Kalau amik untuk anak, pembayar (ibu / ayah)...sign kotak sebelah kanan.
Kemudian, sign agent dan saksi, agent pun boleh sign.
Nota: Salinan muka pertama quotation hendaklah disertakan sekali bersama-sama dengan borang cadangan (proposal form).
Borang Penama : (Note : ini form yang lama, tapi cara dia lebih kurang je...)
Details yang perlu ada adalah :
- Nama penama
- Nombor IC
- Tarikh Lahir (biasa kalau tak IC baru, boleh dapatkan tarikh lahir)
- Alamat : kalau alamat sama macam dalam proposal buat mcm nie "As in proposal" . Kalau tak sama, kena masukkan lee...
- Sign client dan saksi.
Borang Kad Kredit :
Antara perkara yang penting...
- Nama, No IC dan alamat, itu sama dalam proposal
- No kad kredit
- Expiry Date
- Bank mana
- Sign pemegang Kad.
Kad kredit boleh digunakan untuk bayar policy orang lain tapi mesti ada pertalian...baca details kat kotak "Relationship of Person covered to cardmember"
Tips : Kalau saya punya cara, tak perlu nak completekan details kat depan client, nanti client letih menunggu. So, isi mana2 yang penting, then suruh client sign, kita isi kemudian.
Cara nak isi FORM YLP (Your Lifestyle Profile)
So, bila dah lengkap semua nie, make sure form Autodebit pun disertakan serta 1st page quotation yang telah diprint.
Kembali ke atas
Terima kasih
Saya akan membalas email anda bersaya quotation yang anda minta. Sekiranya anda tidak menerima sebarang jawapan dari saya dalam masa 3 hari, anda boleh menghubungi saya di talian 019-323 2121 (Aziz Riadi) @ email : abdriadi@prupartner.com.my
Info Penyakit
Di sini saya ingin kongsi maklumat mengenai penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia atau penyakit-penyakit yang dilindungi oleh insurance / takaful. Semoga pembaca lebih memahami risiko-risiko, symptom-symptom penyakit dan kaedah rawatan serta anggaran kos rawatan penyakit-penyakit tersebut.
New MD2 Agent Code
Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card...
Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes dimana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalau lah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana?...kita sanggup tunggu dan berserah begitu sahaja?....
Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu....jangan kita dah le tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula....
Ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi?...sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan....langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi....."Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"....
Jadi, sama le juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.
Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...
1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan...boleh rujuk sini untuk penyakit2 yang tak dilindungi.
2- Yang paling penting, medical card nie bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bill sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?...lepas tu, claim pulak...kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?....Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurance atau Co-Takaful. ( 10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000). Itu sahaja. Nak tengok contoh claim yang telah kami buat?...klik sini
3- Walau pun kena Ko-insurance atau Ko-takaful, plan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital...,jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, walau pun kena ko-takaful, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.
Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.
Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?...atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?...Fikir2kanlah....
Kerja Kosong : Admin Assistant & IT Support Staff
Jawatan Kosong di Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd.
No 14, Block B, 2nd Floor
Jalan Jambatan Kota
Prima Klang Avenue
41150, Klang
Selangor
Tel : 03-33442972 / 019-323 2121 / 013-3972177
Peta lokasi : Klik Sini
1. Admin Assistant
2. IT Technical Support Staff
1. Admin Assistant
Kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan sebagai Assistant atau ada diantara anda semua yang mempunyai kenalan yang sedang mencari pekerjaan, saya ada beberapa kekosongan jawatan sebagai Admin Assistant.
Berikut adalah skop kerja sebagai Admin Assistant di syarikat kami.
1- Membantu pentadbiran pejabat (Account dan Admin)
2- Berkomunikasi dengan HQ mengenai tuntutan insurans/takaful
3- Membantu kerja-kerja menyediakan proposal insurans / takaful
4- Pelbagai kerja-kerja pejabat yang berkaitan.
Pengalaman adalah satu kelebihan. Latihan akan diberikan kepada calon2 yang berjaya. Kemasukkan segera.
Syarat Kelayakkan
- Umur antara 20 hingga 26 tahun
- Minimum SPM atau Diploma
- Diploma dalam Pengurusan Pejabat atau Pengurusan Perniagaan merupakan satu kelebihan.
- Boleh berkomunikasi dengan baik(sama ada dalam Bahasa Melayu atau English). Sekiranya tidak mahir berkomunikasi, latihan akan diberikan
- Boleh berkerja dalam kumpulan
- Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Gaji basic : RM 1,000 - 1,300 sebulan.
- Benefit lain
1- Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
2- Cuti Tahunan
3- Cuti Sakit
4- Bonus berdasarkan kepada prestasi kerja.
5- Elaun handphone
6- EPF / SOCSO
7- Perlindungan Takaful (Medical Card dan simpanan).
2. IT Technical Support Staff
Kami juga mencari calon-calon untuk mengisi jawatan sebagai Technical Support Staff dalam bahagian IT di syarikat kami.
Skop kerja :
1. Memberikan bantuan teknikal mengenai IT di syarikat kami dan syarikat2 sekutu kami seluruh Malaysia.
2. Memberi sokongan teknikal laman web dan beberapa sistem IT yang kami gunakan sekarang dan pada masa akan datang.
3. Memberi laporan berkenaan IT (dari segi keperluan baru, kerosakan, penambahbaikan dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan sistem maklumat)
Kelayakkan
1- Min Sijil atau Diploma IT atau Sains Komputer
2- Fresh Graduate atau setahun pengalaman dalam bidang berkaitan
3- Mahir menggunakan Internet
4- Mahir dalam pembangunan web atau aplikasi internet merupakan satu kelebihan.
5- Mahir menggunakan software yang berasaskan Java, PHP dan sistem aplikasi internet Joomla.
Gaji Basic : RM 1,500
Benefit lain.
1- Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
2- Cuti Tahunan
3- Cuti Sakit
4- Bonus berdasarkan kepada prestasi kerja.
5- Elaun handphone
6- EPF / SOCSO7- Perlindungan Takaful (Medical Card dan simpanan).
Berminat, sila hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email saya di abdriadi@prupartner.com.my
Sekian
Abd Aziz Bin Riadi
Agency Manager
Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd
Testimonial
Testimoni -1.
Hospital : Subang Jaya Medical Centre
Symptom : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat angin dalam perut (sbu perut). Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh manjadi pitam.
Maklumat Rawatan : Pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang.
Kos Rawatan : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill dibayar oleh Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital : RM 4150 (termasuk elaun bedah)
Yang ini cheque yang client dapat. Apa yang ditulis dalam polisi, akan dibayar...tiada satu pun tak dibayar....so, jangan le hendaknya masih ada yang tak percaya dengan insurance/takaful lepas nie...
Ok, akhir sekali, selepas rawatan selesai, dan dapat elaun hospital, elaun bedah dan sebagainya, dapat pulak pampasan sakit kritikal RM 20,000 (lumpsum)..then, lepas tu caruman RM 250 sebulan, tak perlu nak bayar lagi, sebab cancer, (salah satu sakit kritikal). Policy remain inforce (i.e boleh cover) selagi benefit ada atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu. Client nie baru je bayar 12 bulan, RM 250 x 12 = RM 3,000. Bill dah berapa?..elaun hospital, pampasan sakit kritikal.....lihat lah sendiri kenapa kita perlu ada plan Takaful yang comprehensive....boleh contact saya kalau nak tau lebih lanjut : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my
Testimoni-3
Info Kes : White Wolf Parkinson Disease (sakit di bahagian arteri)
Hospital : IJN, Melaka Symptom : Sakit dada dan jantung berdegup kencang. Sesak nafas seperti orang kena serangan jantung.
Maklumat Rawatan : Tiada maklumat terperinci. Akan di update setelah dapat bill dari hospital mengenai rawatan yang dibuat. Kos Rawatan : RM 16,000 ++ Elaun Hospital : RM 4850 (termasuk elaun ICU)
Lagi Claim utk client...ini semua claim elaun Hospital dan elaun bedah. Ada yang claim bill dengan PruBSN, ada yang claim bill dengan company client kerja. Tapi Elaun Hospital tetap akan dapat. Berbaloi2...
Jadi kepada anda yang masih lagi mencari2 plan mana yang bagus dan sesuai untuk anda dan keluarga anda, dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami....hubungi saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my
Jangan segan, jangan malu, kalau perlu tanya dahulu....
Kembali ke Plan Takafulink
Keyman Insurance / Takaful
Seperti juga kereta, bangunan, dan jentera2 yang anda mungkin gunakan dalam perniagaan anda, semuanya anda insurancekan dengan sejumlah premium untuk mendapatkan perlindungan atau pampasan kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap barang2 yang disebutkan tadi. Akan tetapi, kekadang kita terlupa apakah asset yang paling penting sebenarnya?...ianya adalah diri kita...so, macam mana kita nak fahamkan kenapa perlunya insurance perniagaan yang membayar pampasan sekiranya sesuatu terjadi kepada pemilik perniagaan tersebut.
- SOLE PROPRIETER
- CORPORATION
- KEYMAN
- PARTNERSHIP
- SOLE PROPRIETER
Dalam perniagaan pemilikan tunggal (kita sorang je tokey) apakah perkara yang paling penting dan aset yang paling berharga? Aset Perniagaan adalah seperti Bangunan, bahan mentah, barang siap, mesin dan sumber pekerja
- CORPORATION
Perniagaan secara Corporation
- KEYMAN
- PARTNERSHIP
Any feedback, boleh email ke abdriadi@prupartner.com.my atau call 019-323 2121 (Aziz Riadi)
Takaful Puteri
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)
Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.
Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu
Pelan Takaful Puteri menawarkan :
- Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
- Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
- Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
MANFAAT PENJAGAAN WANITA
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
Kanser berkaitan wanita
- Kanser payudara atau
- Kanser Uterus Serviks atau
- Kanser Tiub Falapio atau
- Kanser Ovari atau
- Kanser Uterus atau
- Kanser Vagina/Vulva
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
- Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
- Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
- Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
- Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis
A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan
- Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
- Kehamilan Ektopik atau
- Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
- Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
- Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
Penyakit-penyakit Kongential Bayi
- Sindrom Down atau
- Kecacatan Vetrikel Septum atau
- Kecacatan Atrium Septum atau
- Spina Bifida atau
- Lelangit Rekah
Nota :
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan
Sila klik di sini untuk mendapat jumlah caruman dan quotation atau hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.
Kembali ke Plan Takafulink
36 Jenis Penyakit Kritikal
Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.
1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI
Kembali ke Takafulink / Takafulink Cerdik
Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal
1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.
4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
11. Koma.
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.
12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)
Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.
18. Kebakaran Parah.
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. Full Blown AIDS
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.
Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
34. Sindrom Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
Semua yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.
ATAU
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my
Kembali ke Plan Takafulink