Orang Malaysia ramai yang "GEMUK"....

Salam Aidilfitri.

Saya ada terbaca artikel di Harian Metro Semalam (Ahad 26/08/2012). Ada banyak cerita pasal orang2 Malaysia nie yang terlebih makan sampai jadi overweight dan obesiti di Harian Metro.


IMG-20120826-00842

Macam mana nak tahu kita ni tergolong orang2 yang gemuk atau terlebih berat nie?...just check BMI (Body Mass Index)...boleh check online kat sini

http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm

Masukkan tinggi dan berat anda, lepas tu, boleh tengok skala yang diberikan, sama ada anda under weight, normal, overweight atau obes.

And kalau kita baca artikel tu, beberapa isi penting yang mungkin saya boleh kongsikan dan saya faham adalah :

1- Gaya pemakanan kita
2- Gaya hidup kita

Makanan orang Malaysia, terutama Melayu, memang best dan pelbagai pilihan, tapi, itulah sebenarnya punca utama. Selain dari kita selalu makan kat luar, yang kita tak tahu macam mana kandungan bahan perasa atau sebagainya yang penjual makanan tu letakkan dalam makanan kita. Sebab, pada diorang, asal makanan sedap ..."berasa" orang kata....dan pelanggan ramai, pada diorang ok. Sebab diorang tengok keuntungan. Tak salah mereka jugak. Tapi, kita sendiri la, kena beringat dengan gaya pemakanan kita.

Yang ke-2 pulak, gaya hidup kita, yang selalu makan tengah2 malam. Teh tarik sambil tengok bola tengah2 malam atau awal pagi, lepas tu, tidur. Then, senaman kurang. Jadi, ini semua punca2 jadi gemuk dan menambahkan risiko penyakit.

Ok, itu sebagai mukadimah je...apa yang saya nak highlight adalah benda nie..

IMG-20120826-00839

Malaysia menduduki tangga pertama di kalangan negara Asean yang mengalami masalah Obesiti. So, maksudnya ramai yang mengalami obesiti, tapi, sebab dah ramai yang macam, kekadang kita rasa benda tu, normal, sebab " Alaa.....bukan aku sorang yang gemuk, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku"..so, statement macam ni, menyebabkan kita rasa comfort dan tak de motivasi untuk kita kawal berat badan kita.

Dan masalah kegemukkan ini juga boleh mengundang kepada risiko penyakit KENCING MANIS yang mana, boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti kegagalan buah pinggang, mata menjadi kabur dan buta, sakit jantung, komplikasi (luka yang sukar untuk sembuh) menyebabkan jangkitan kuman kepada organ2 dalaman dan sebagainya....Boleh tengok sendiri data dari keratan akhbar ini. Jumlah pesakit diabetic meningkat kepada 16.8 juta. Penduduk Malaysia berapa orang?..28 juta...16.8 berisiko dengan penyakit diabetis...

IMG-20120826-00840

IMG-20120826-00841
Harian Metro Ahad 26/08/2012


Jadi, apa kaitan artikel ini dengan blog www.azizriadi.com?

Sebab, blog ini banyak cerita pasal insurance dan takaful....

Ok, meh sini saya nak citer. Mungkin ramai yang dah tau, tapi saya yakin masih ramai jugak yang tak tau dan tak nak amik tahu.

Apa impact atau kesan kalau orang yang obesiti ini kalau diorang nak apply Insurance atau takaful especially medical card?

Rules of Thumbs...

"Nak apply insurance / takaful (sihat sebelum sakit)." Alhamdulillah, ramai yang jugak yang dah aware pasal benda nie. So, saya nak ajak anda berfikir pasal risiko. Walau pun kita tak tau, sebab sakit atau sihat pada masa akan datang hanya Allah yang tahu dan tentukan (tidak kira sama ada orang tu gemuk atau normal atau kurus). Kita hamba-Nya yang lemah, tak tau apa2 pun yang berlaku pada masa akan datang walau pun sesaat kehadapan.

Cuma dalam context takaful ini, ia nya berkaitan dengan risiko. Dan ramai yang setuju saya rasa, dan menurut kajian dan statistik, kalau GEMUK - RISIKO mendapat penyakit akan bertambah. Jadi, kalau risiko bertambah, apa kaitannya dengan takaful?...especially medical card.

Ok, saya nak anda befikir, seolah2 anda yang empunya company takaful tu. Maksudnya, anda sebagai share holder terbesar dalam syarikat takaful tu, dan anda sekarang nie buat BUSINESS dan bukan WELFARE. And ada prospect customer yang ingin mendapatkan plan perubatan dari company anda, dan beliau mempunyai risiko tinggi untuk dapat penyakit, atau yang dah ada penyakit yang secara rekodnya akan claim bill perubatan berpuluh ribu pada masa akan datang sebab penyakit beliau masih belum sembuh.

Ok, sebagai share holder?..anda fikir dan anda jawab sendiri, rasa2 anda nak amik prospect tersebut sebagai client anda?...Anda tahu jawapannya bukan?

Ok, sekarang nie, kalau kita tukar pulak, kita sebagai prospect, kalau kita dah ada masalah kesihatan atau masalah berat badan, anda rasa2, mudah ke nak apply plan takaful especially medical card? Anda fikir sendiri.

Apa kemungkinan atau procedure biasa bila kita nak apply plan takaful dan kita ni tergolong dari orang2 yang obesiti ini? Berdasarkan pengalaman saya...

Kena medical check up, walau pun umur dan coverage untuk orang2 yang standard tak memerlukan medical check up untuk apply takaful. So, kalau dah kena medical check up, bukan hanya berat badan sahaja yang diperiksa, so, masa tu la mungkin kita jumpa macam2 penyakit. So, dalam context insurance / takaful, kalau kita tak tau masa kita nak apply yang kita ada sakit, tak payah nak declare, sebab setakat yang kita tahu kita sihat. Tapi, once dah tahu, kita kena declare dan ada akibat lain yang mungkin timbul. Walau pun lepas kita buat medical check up, kita didapati sihat, tapi sebab gemuk punya pasal, kemungkinan ini tetap ada.

1- Diterima, tapi kena loading. (Maksudnya bayar lebih)....kalau orang normal dengan pakej A, kena bayar RM 150. Tapi, sebab overweight punya pasal, dengan pakej yang sama, orang yang overweight tadi kena bayar lebih, mungkin RM 200, 250, 300...bergantung kepada % kena loading. Ini semua bergantung kepada laporan doktor yang kita buat medical check up tadi.

2- Diterima tapi ada exclusion. Maksudnya, mungkin ada beberapa manfaat yang tidak boleh diambil atau company tak boleh nak offer, walau pun client boleh bayar lebih....

3- Declined (tidak diterima langsung)....

4- Postponed ( yang ini client kena tunggu tempoh masa akan datang dan kena turunkan berat badan kepada normal, baru boleh apply semula).

Jadi, nasihat saya, kepada pembaca2 blog saya sekalian, ambillah plan perubatan atau medical card di masa anda sihat, berat badan normal dan tiada sebarang risiko penyakit dengan segera. Kerana Insyallah ianya akan menguntungkan anda berbanding kalau dah sakit atau dah overweight baru nak amik. Bukan makna apabila kita ada medical card, kita akan senang pada masa akan datang, tapi ini sebagai ikhtiar kita, kalau Allah nak uji kita dengan penyakit, kita bersedia dengan tabung perubatan yang kita tak perlu nak simpan dengan amount yang banyak. Sebab kita simpan mungkin RM 200 sebulan (termasuk beberapa manfaat lain), kita boleh ada tabung perubatan sehingga RM 1,500,000. Kalau tidak berlaku apa2..Alhamdulillah, kalau berlaku apa2, kita dah sediakan awal tabung perubatan tersebut. Tapi, ini bukan jaminan kita akan senang, sebab senang susah kita pada masa hadapan bukan kita tentukan, itu hak milik MUTLAK Allah S.W.T. Kita hanya merancang sahaja sebagai ikhtiar.

Untuk mendapat khidmat nasihat percuma mengenai medical card, boleh hubungi saya melalui email : abdriadi@prupartner.com.my atau FB saya www.facebook.com/azizriadi atau sms : 019-323 2121.

Sekian.

Kembali ke Senarai Artikel

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Raya Wish by  AAR 2012 copy


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al Mubarak....Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, kepada semua yang mengenali saya. Sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, terguris di hati, termakan dan terminum, minta halalkan, dan Insyallah segala kesalahan anda semua terhadap saya, saya telah pun maafkan dan sentiasa maafkan....

Semoga pada hari yang penuh bahagia ini, kita semakin dekat dengan Maha Pencipta kita, Allah S.W.T. Menjadi hamba yang bertaqwa itu impian kita. Sementara itu, dengan Ramadhan tinggal berbaki beberapa hari ini, gunakan masa yang ada untuk melipatgandakan amalan semoga kita mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Kepada Agent2 Al Isra' umumnya, dan Al Isra' Klang khususnya, serta staff AiA Klang, saya ingin mohon ampun dan maaf, mana tahu ada yang terasa sepanjang kita meniaga..jadi saya minta maaf banyak2. (saya rasa sure ada yang terasa punya....:D )...Apa2 pun apa yang saya buat semua untuk kebaikan kita bersama.

Dan saya ingin memohon kepada semua kenalan saya dan pembaca blog saya, minta tolong doakan kesejahteraan Bonda saya yang sekarang sedang dirawat di Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar, disebabkan komplikasi kencing manis dan sakit buah pinggang....jasa anda semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.


Wassalam.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum dan salah sejahtera,


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, saya dengan ini ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya kepada semua sahabat handai dan kenalan saya.


Manfaatkanlah bulan ini dengan acitivity-activity yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, kita beroleh kesenangan di dunia dan akhirat. Amin.


Ramadhan Al Mubarak Wishes


Sekian.


Dapatkan plan perlindungan kewangan TAKAFUL dengan PRUBSN Takaful. Plan Komprehensif untuk anda sekeluarga. Boleh hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) untuk khidmat nasihat kewangan percuma.

Simple Action Plan (SAP)

Ramai yang bertanya kepada saya, Insurance business boleh buat ke sekarang nie?...kelembapan ekonomi dan ramai orang diberhentikan kerja...

Tapi, sekiranya anda tahu rahsia mudah untuk berjaya dalam insurance/takaful, anda pasti akan katakan..."menyesal saya tak buat awal2"...

Caranya mudah...dengan follow jadual harian atau kami namakan Structured Day sebagai seorang agent Insurance/Takaful.
SETIAP HARI
  1. Buat 50 panggilan sehari
  2. Dapatkan 20 new contacts setiap hari (prospecting)..tak kisah le dapat sama ada dari referral, COI, direct approached atau booth.
  3. Pastikan minimum 3 SOLID PRESENTATION (complete presentation dari awal hingga akhir termasuklah "attemp to close" dalam sehari.
  4. Fokus untuk close sekurang2nya 3 cases seminggu dengan amount 200 sebulan premium/caruman bulanan atau 4 cases seminggu dengan premium RM 150 sebulan.
  5. Buat setiap minggu secara consistent. Dalam setahun ada 54 minggu, mungkin anda ingin cuti rehat terutamanya di musim2 perayaan. (e.g Raya Puasa)
Potential Income yang anda perolehi.

1- Contoh pengiraan komisen sekiranya anda dapat penuhi perkara2 di atas.

Kita amik 3 cases seminggu : 200 sebulan premium / caruman bulanan.

- 3 x 200 = RM 600 premium = 7,200 API/ACI (kiraan dalam setahun)

API = Annual Premium Income (Prulink) , ACI = Annual Contribuion Income (Takafulink)

- Sebulan ada 4 minggu : 7,200 x 4 = 28,800

- Kita amik 11 bulan bekerja dalam setahun = 28,800 x 11 = 316,800

- Potential Income : 316,000 x 25% = 79,200 setahun atau 6,600 sebulan.

Ini tahun pertama...maknanya sebagai contoh, sekiranya income anda di awal penglibatan anda dalam insurance =0....setelah 11 bulan, anda boleh dapat income 6,600 setahun secara consistent (kalau anda tambah sales, tambah le income).

Itu baru tahun pertama. Tak termasuk kalau syarikat tawarkan contest dalam bentuk wang, short trip ke over sea.

Reward lain :

  • Bonus (High Fringe Producer Benefit a.k.a HPFB) 13% daripada total sales (kalau sales 300K...bonus sahaja RM 39K..) tak termasuk income daripada commission
  • Melancong ke Luar Negara (Star Club)
  • Dan macam2 lagi.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh datang dan tengok sendiri di pejabat kami di sini, bagaimana kami menjalankan business insurance/takaful dan lihat agent2 di agensi kami mendapat kenaikan pendapatan hampir setiap hari. Kalau kerja makan gaji setahun sekali, itu pun mungkin dalam 6%- 10% daripada jumlah gaji. Kalau di sini...(kalau ikut pengiraan production 28,800 sebulan seperti di atas..anda dapat increment sebulan = 28,800 * 25% / 12 = RM600 sebulan...Increment 600 sebulan..itu baru tahun pertama....tahun yang berikutkan...sebab komisen dapat selama 6 tahun...:D

Contact saya kalau tak faham pengiraan ini. Aziz Riadi (019-323 2121) atau email : abdriadi@prupartner.com.my

p/s: Untuk siswazah menganggur atau pekerja yang mendapat VSS yang ingin menceburkan bidang dalam industri ini, kami disini mempunyai banyak program (scheme) untuk anda buat business ni secara sepenuh masa (FULL TIME)...maklumat lanjut, contact saya.

Peluang Kerjaya di dalam Pengurusan (Management)...

Selain menjadi agent, anda berpeluang untuk menjadi salah satu daripada senarai di bawah ini. Income?....kalau dah jadi salah satu dari yang kat bawah nie...tak payah Senior Agency Manager..Unit Manager je pun cukup, anda berpotensi untuk mendapat tambahan income sebulan 3,000 hingga 4,000 sebulan. Ulang suara....TAMBAHAN INCOME....i.e accumulated...
Tapi, nak dapat bukan semudah yang disangka....nak tau lebih lanjut, pun boleh contact saya..

Selain agent, kalau ada rezeki, Insyallah boleh naik jadi UM, Agency Manager dan Senior Manager.

Untuk syarat2 jadi UM - Unit Manager (ada 2 peringkat : UM1 dan UM2) , AM dan SAM, boleh hubungi saya.

Sekian

Bagaimana Saya Bermula ...(Part 1)

Assalamualaikum,

Entry kali nie, lebih kepada perkongsian macam mana saya bermula dengan buat insurance nie.

Pengalaman kena tipu

Sebenarnya sebelum saya join Prudential, saya bekerja disebuah syarikat IT (saya ada citer dalam page In Person)...HeiTech Padu Berhad sebagai System Engineer. Masa tu, baru lepas grad, so, memang seronok la dapat kerja berkaitan dengan apa yang kita belajar. Cuma masa tu, yang kurang best adalah GAJI je la..so, oleh kerana masa tu, baru bekerja, so, banyak process belajar dari buat kerja, sebab baru lagi, so, memang banyak masa free. So, dengan income RM 1800 sebulan, korang sendiri dapat bayangkan macam mana kan?..dengan nak simpan utk beli kereta, rumah, nak kahwin, nak bagi parent....aduhai. Dalam pening2 kepala memikirkan solutions, terfikir nak buat kerja part time, macam kat fast food ke, kat 7-eleven ke. Tapi bila fikir pasal masa kerja yang tak menentu (sebab kekadang dah balik umah pun kena panggil balik datang office sebab backup data tak jalan)...so, kalau time kerja tetiba kena panggil, macam mana?...so, tak jadi.

So, fikir2 punya fikir, belek2 paper, ada peluang kerja part time sebagai Agent Saham Komoditi. So, saya pun join le training and lepas tu, manager tu suruh cari investor. Tapi, saya kurang confident dengan benda tu, saya test dengan duit saya dulu. Amik kouu....lost 95% dalam masa 5 bulan. So, saya frust dan saya serik untuk join benda2 macam tu lagi.

Jumpa Business Insurance dengan Prudential

So, nak jadikan cerita, Pakcik saya (Sahrom Salikin - now jadi tycoon kat Prudential...:D)...masa 2003, dia start buat Prudential. Dia dari JB, belajar insurance kat Taman Sea, PJ. So, bila weekend, dia amik bas dari JB, dan tumpang rumah sewa saya di Kg Baru, sebab senang ada Putra LRT ke Taman Bahagia. So, bila malam (tak de training)..saya lepak le dengan dia makan dan minum2. Then, dia start jual policy dengan saya. Saya amik dengan dia basic plan masa tu RM 150. Sebab paling minimum masa tu RM 150. Then, terpacul dari mulut saya, "Yom, sorang client kou dapat nie, berapa commission?"...dia kata "Dalam RM 30++"...Saya tanya lagi, "Kalau 10 orang?"...Dia jawab "Kali 10 la...RM 300 ++". Then, saya start mencongak, "Kalau bulan berikutnya, aku dapat lagi 10 client?...berapa dapat?.." terus dia jawab " RM 300 + RM 300 laa...increment, sebab commission dapat 6 tahun"...Saya terdiam dan terus terfikir, kalau 10 bulan?..dah lebih dari gaji saya RM 2300 sebulan (masa tu dah pindah kerja Telekom). Ehh...tak boleh tunggu lama nie, sebab peluang dah ada....so, saya rebut. Then, terus saya bagitau saya nak belajar jugak jadi agent. Dia pun ajak saya pergi ke pejabat Prudential Taman Sea.

So, masa tu bermula le pengajian saya di Prudential. Jadi agent...masa tu masih kerja kat Telekom, sebagai assistant manager. Tapi, sebab keazaman untuk memperbaiki kewangan kehidupan, tu yang tak fikir panjang tu.

So, pada tahun 2003, bulan October, saya pun contracted secara sah menjadi agent Prudential. Masa memula buat part time, closed adik beradik, kengkawan dan sedara-mara. Lepas tu, habih contact dah. Especially ada kengkawan dah start lari dari kita sebab tahu kita buat Insurance. Tapi nak buat macam mana. So, jangan ingat saya tak pernah lalui zaman susah, zaman kena kutuk, zaman kena perli dan sebagainya. Tapi, saya fikir masa tu "Lantak la, bukan kou bg aku makan pun.."..dah, kalau nak fikirkan down, mmg le down, tapi entah macam mana masa tu, saya teringat pasal spring. Bila kena tekan, lagi dan lagi, so, bila terlepas atau dilepaskan ia akan melenting tinggi sampai orang lain tak boleh nak gapai. So, saya berazam, satu hari nanti, saya akan buktikan pada diri sendiri, bahawa saya boleh berjaya.

Start jadi agent FULL TIME

Saya start full time pada 1/1/2004. Hari jadi saya. Saya tak beritahu kepada adik beradik dan mak ayah saya yang saya berhenti Telekom dan saya join full time Prudential. Cuma saya minta restu mak ayah saya, saya bagitau saya nak tukar kerja. So, doakan saya berjaya. Beliau tak kisah.

So, masa tu income dengan prudential baru ada RM 900. Saving ada le sikit...commitment bulanan dalam RM 1500 sebulan. So, lagi RM 600 saya amik dari saving saya. Nasib baik ada saving. Sebab masa saya join full time masa tu tak de AFS (agency financing scheme)...atau elaun bulanan sebagai starting untuk full time. So, pakai le duit saving. Kira modal sendiri la.

Untuk jimatkan duit, macam biasa, saya naik motor. Kereta kalau ada appointment malam, atau jauh2...kekadang jejauh pun naik motor sebab fikir pasal toll dan minyak. Masa tu saya dah bertunang, so, nak kahwin bulan 4 2004, bulan 1 berhenti kerja dan buat Insurance full time. Ramai jugak kawan2 yang kata saya cari susah. Tapi saya fikir 1 benda je...Nak kahwin adalah sunnah Rasulullah. So, saya yakin dengan rezeki orang nak kahwin. Lagi pun, masa tu, duit utk kahwin saya dah allocate dah. Tapi tak de le nak buat grand2 macam sekarang nie.....:D. Tapi, boleh le...

So, saya pun buat sales, masa tu, merata saya pergi. Pagi2 pukul 8 am dah terpacak kat office, baca doa, menyanyi lagu motivasi dan baca "space repitition"...lepas tu, buat phone call utk set appointment. Kalau takde appointment, keluar jumpa client, atau buat direct approach.

Masa saya buat 2004 dulu, booth tak banyak, tak ramai pun yang buat, sebab masa tu, masing2 banyak buat referral dan networking. Saya pulak kurang arif dan kurang network. So, dalam group saya tu, ada le yang 2-3 orang yang sama nasib macam saya. So, bila ada masalah, kita pun start berfikir macam mana nak settlekan masalah. So, start buat booth. Masa tu, buat kat Hospital UKM, Cheras...

So, bermula le pembahagian tugas. Ada yang buat surat kebenaran, ada yang design flyers, ada yang cari bunting, ada yang handle finance, ada yang handle logistic dan sebagainya. So, bila semua dah in place, baru le start misi pegi ke kawasan yang telah ditetapkan.

Masa memula buat tu, dia punya takut....sampai duduk belakang bunting. Then, ada sorang kawan saya...dia memang daring sikit, then saya tengok macam mana dia approach orang. Memang asyik kena reject. Tapi dia memang tekun dan cekal. Then saya fikir, kalau dia kena reject, ok je, so, biasa la kena reject.

So, saya pun start le bagi flyers kat orang, approach dengan pelbagai cara. So, lama2 saya jadi biasa. Then start dapat contact, start dapat client on the spot...then, start dari situ, saya rasa strength saya kat booth.

So, lama ke lamaan, bila dah lama buat, then start explore tempat2 yang lebih ramai orang macam kat shopping complext, dan outstation, makin macam ilmu dan pengajaran kita dapat. So, masa tu le terbit macam2 version flyers....dan masa jugak timbul idea saya buat sales kit utk memudahkan presentation...

Alhamdulillah, sales kit tu banyak betul membantu saya. Prospect dan client lebih mudah faham dan closing ratio lebih tinggi.

Saya ada bgtau, saya kurang arif dengan kaedah referral dan networking, tapi sebenarnya, bila kita dah semakin lama dalam industri, dan banyak buat claim, dan bagi service yang terbaik, automatik client start refer kat adik beradik, kenalan, officemate dan sebagainya. Lepas tu, ada juga client yang dah jadi kawan baik kita, dan kalau ada pelbagai activity social, dia akan ajak kita dan masa tu le kita kembangkan network kita.

Saya nak share sikit, bila saya berkawan, saya tak tunjukkan yang saya berkawan sebab saya nak jual insurance, sebaliknya, kalau orang tu nak ke tak nak beli insurance dengan saya, saya tetap berkawan. Dan saya takkan terus proposed kepada mereka. Cuma saya offer service saya, "Kalau nak tau apa2 pasal medical card, or claim insurance hospital or life, boleh contact aku.."...so itu sahaja. Lepas tu, kembali cerita macam biasa (bukan insurance)...So, Alhamdulillah, lama kelamaan, kebanyakkan kengkawan yang saya kenal (asalnya tak kenal jadi client saya)...

Alhamdullillah, tahun pertama saya dapat production yang melayakkan saya dapat incentive trips ke Switzerland. Memang best sangat. Sebab masa tu baru berkahwin dan tak pernah pergi over sea.

Star Club Switzerland 2005

SC Swiss 1 SC Swiss 2 SC Swiss 3 SC Swiss 4
Isteri tersayang...Noorazilla Nordin, now dah jadi agent full time jugak..

SC Swiss 5 

SC Swiss 6 

Bersama dengan Hj Othman dan Hj Sahrom.



Star Club Seoul, Korea 2007

DSC_0835
DSC_0723
DSC_0717 DSC_0691 DSC_0896 DSC_0892

Star Club Beijing, China 2008

DSC_0406 DSC_0397 DSC_0395 DSC_0354 DSC_0348 DSC_0337 DSC_0304

Star Club Gold Coast, Aus 2009

DSC_0834 DSC_0830 DSC_0811 DSC_0746 DSC_0713 DSC_0696 DSC_0680 DSC_0579 DSC_0509


Star Club Paris (Europe Tour - London, Paris, Swiss, Milan) 2010

DSC_0368 DSC_0384 DSC_0405 DSC_0365 DSC_0362 _DSC0880 _DSC0876 _DSC0933 _DSC0884 _DSC0883


Star Club Melbourne, Aus 2011


DSC_0976 DSC_0949 DSC_0854 DSC_0770 DSC_0713 DSC_0652 DSC_0650 DSC_0217

Star Club USA (San Francisco - Las vegas) 2012

DSC_8764 DSC_8756 DSC_8671 DSC_8666 DSC_8466 DSC_8486 DSC_8226 DSC_8219 DSC_8197 DSC_8171 DSC_8128 DSC_8111