PruBSN Link Series.


Pengenalan

Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkiini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu  "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mngkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam plan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

1. PruBSN FirstLink
2. PruBSN TakafuLink
3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

Belia (Orang yang baru mulakan career)
Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
Pesara (Orang yang sudah bersara)

Shortcut : Senarai dan penerangan setiap manfaat dalam PruBSN Link Series




Gambaran lebih jelas saya terangkan di bawah ini..

1. Belia


Young Adult

Pada peringkat ini, kalau ikutkan senario sekarang, ramai yang dibebani dengan hutang belajar dari PTPTN. Jadi, biasanya matlamat utama mereka adakah untuk langsaikan hutang secepat mungkin. Tapi, perlu diingat jugak simpanan perlu juga dibuat antara sebab utama :

1. Nak beli kereta : Kita perlukan downpayment + premium insurance kereta. Walau pun sekarang ni banyak yang offer "0" downpayment, tapi, kena ingat, long term, interest yang dikenakan menyebabkan kita lebih rugi. Jadi, baik simpan duit sikit2 untuk kumpul downpayment

2. Nak beli rumah : Yang ini pun perlukan downpayment. Dan juga kos2 lain seperti legal fee, stamping duty fee, Memorandum of Transfer (MOT) fee dan macam2 lagi. Jadi, nak tak nak kita perlu simpan.

3. Nak kahwin : Yang nie kalau lambat2, pada saya rugi la...:D. So, kena kumpul duit beb, takkan dulu belajar mak ayah tanggung, sampai masa nak tanggung anak orang, mak ayah tanggung jugak (utk yang lelaki)...utk yang perempuan..saya rasa sama je, takkan nak semua pakai duit parent. Kecuali le parent mmg taikun besar...:D

Jadi, ketiga-toga simpanan di atas adalah untuk jangka pendek. Jadi, kenapa pula kita perlukan Plan PruBSN Firstlink?

Mudah saja....sekarang nie, kita nak kumpul duit untuk jangka pendek, tapi, bila kita kumpul, kita masih terdedah dari RISIKO KEWANGAN iaitu Lumpuh Kekal Keseluruhan sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan serta risiko mengidap sakit kritikal. Jika risiko ini berlaku sudah tentu kita memerlukan rawatan segera, bagaimana kita urus kewangan kita? Adakah kita sanggup mengeluarkan duit yang kita kumpul sedikit demi sedikit untuk tujuan jangka pendek (beli rumah, beli kereta atau berkahwin) dihabiskan untuk bayar bill hospital?...

Jadi, pada peringkat ini, kena focus beberapa perkara penting :

1. Penggantian pendapatan (kalau lumpuh, dapat lump sum duit)...untuk kos sara hidup.

2. Medical Card (kalau amik yang basic pun tak per, tak payah tinggi2 sangat)..so, kalau memerlukan rawatan, tak payah nak keluarkan duit saving. Kalau cerdik, siap boleh dapat extra duit (sebab plan pruBSN Link Series nie ada disertakan dengan manfaat  elaun hospital)...kalau masuk wad sehari dapat RM 400...kalau 10 hari?..dah RM 4,000. Bill hospital dah dibayar oleh medical card...Yang ini nak amik yang basic pun boleh (murah) atau yang komprehensif, mahal sikit tapi berbaloi....

Jadi, plan PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

A. Bonus AchieveFirst,
B. Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus) dan
C. Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.

A. Bonus AchieveFirst
- Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai perkara2 berikut.

a. Membeli rumah pertama
b. Menunaikan ibadah Haji
c. Berkahwin
d. Menunaikan ibadah Umrah
e. Apabila anak anda dilahirkan
f. Menerima Ijazah pasca Siswazah
Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

So, kalau anda ada mencapai salah satu dari yang disenaraikan di atas nie..bolehlah membuat tuntutan kepada agent anda, atau terus ke mana2 cawangan Prudential / PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan untuk apply adalah seperti di bawah :

Cara Apply Bonus AchieveFirst

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dari segi harga caruman dan jumlah manfaat yang sesuai, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriari@prupartner.com.my.
Untuk senarai lengkap manfaat yang ada pada Plan Ini, boleh rujuk di sini


2. Baru Berkeluarga dan 3. Keluarga yang Berkembang


Young and Growing Family


Apabila kita melangkah ke alam rumah tangga, jawap suami sebagai ketua keluarga menjadi lebih besar. Selain bekerja untuk diri sendiri, suami juga bekerja untuk menyara isteri dan tanggungan yang lain. Sekiranya ada anak, tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar.

Terdapat 2 kombinasi plan untuk individu yang sudah mempunyai keluarga.

a. PruBSN TakafuLink
b. PruBSN SmartLink (untuk pelan pendidikan anak)

a. PruBSN TakafuLink

Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan yang Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil rider. Sebab apa rider? Sebab manfaat tersebut perlu diambil dengan manfaat asas (Mati atau Lumpuh)...tak boleh nak amik manfaat tersebut sahaja.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink nie terbahagi kepada 5 bahagian utama.

1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
3. Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
4. Kad perubatan (yang digunakan untuk membayar bil2 hospital secara online)
5. Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

Secara konsep asasnya, manfaat no. 1 dan no. 5 adalah wajib diambil. Manfaat 2,3,4 adalah pilihan (maksudnya, nak amik pun boleh, tak nak amik pun boleh)

Sebagai contoh :

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat kematian sahaja, tanpa ada sebarang simpanan, maka ini tidak boleh dilakukan, sebab...mahu tidak mahu, simpanan tetap akan ada dalam account pelaburan anda.

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat medical card sahaja, so, jawapannya, plan ini tak boleh buat macam tu. Sebab, basic minimum manfaat kematian RM 10,000 mesti diambil dan simpanan ada automatik akan dimasukkan ke dalam investment unit account client.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) call or sms, atau email abdriadi@prupartner.com.my atau hantar kan request for quotation pada menu di sebelah kanan blog saya.

Senarai lengkap manfaat dan penerangan ringkas setiap manfaat, anda boleh rujuk di sini.


Pembahagian caruman untuk simpanan dan caj-caj yang dikenakan mengikut tahun caruman.

Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut :

1. Caj Wakalah Pendahuluan

Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan sumbangan perlindungan anda.


Wakalah Charges Percentage

2. Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

3. Caj pengurusan aset

Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
-Takafulink Dana Bon 0.5% setahun.
-Takafulink Dana Urus 1.3% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun.

4. Caj tambahan tunggal (single premium)

Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.

5. Caj menukar ganti dana (Fund Switching)

Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).

6. Tabarru'

Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan.

Lebihan Tabarru'

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%8 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’.

b. PruBSN SmartLink (Pelan pendidikan untuk anak)

Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut.

Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....

Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2....

Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.

Antaranya adalah...

1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.

Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.

2- Anugerah kecemerlangan

Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah.

Anugerah Kecemerlangan


Untuk mendapat quotation Pelan pendidikan untuk anak anda, boleh email kan details kepada saya : abdriadi@prupartner.com.my atau call / sms : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau isikan maklumat di kotak "Request For Quotation" di sebelah kanan blog saya.

3. Pesara

Retirees

Akhir sekali adalah pelan persaraan. Apabila sudah bersara, perkara penting yang kita kena fikirkan adalah pelan perubatan atau tabung perubatan. Sebab apa? sebab masa tu, umur dan meningkat, risiko penyakit semakin tinggi dan kos rawatan pada masa akan datang semakin meningkat. Jadi, kalau kita tak sediakan dari awal, sekiranya kita memerlukan dana untuk perubatan, kita akan gunakan simpanan persaraan kita (EPF atau Tabung Haji)....sedangkan sepatutnya digunakan untuk belanja kehidupan kita. Sebab masa tu dah tak kerja, so, income dah takde.

Selain itu, untuk pelan persaraan, kita juga memerlukan simpanan yang agak stabil. Jadi, kalau umur kita utk bersara kurang dari 10 tahun, dicadangkan untuk letakkan pelaburan di dalam dana Bon atau dana Urus. Kalau letak kat equity, takut kalau market drop, tak sempat nak recover...

Untuk mendapatkan quotation, boleh hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) call or sms atau email : abdriadi@prupartner.com.my

Pentingnya Berjemaah dalam Business Insurance / Takaful....

Salam pembaca budiman sekalian. Agak lama saya tak menulis / update blog saya. Agak busy dengan membangunkan agency. Tapi, sedikit masa yang terluang dan sementara idea pun tengah ada, saya tak nak simpan lama2. Nanti lupa.

Berjemaah dalam buat business..atau buat business secara berkumpulan....apa hikmahnya?

Kalau kita renung, dalam Islam, kita amat digalakkan buat kerja secara berjemaah. Islam didik kita, dalam solat....kalau solat sendirian dapat 1 pahala, kalau solat berjemaah dapat 27 pahala. Walau pun effortnya sama. Apa yang kita belajar daripada benda nie?...Kalau anda tanya saya...itulah dia KEBERKATAN....buat sikit dapat banyak....dan apa yang saya faham mengenai keberkatan ini "Sikit cukup, banyak berlebih"....so, berkat le tu. Kalau sikit tak cukup, banyak pun tak cukup....so, mungkin kat situ tiada keberkatan. Jadi, balik kepada apa yang Islam ajar dan suruh. Insyallah, kita sama2 peroleh keberkatan.


Teamworking

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Deliver apa yang patut kita deliver dan bantu team mate kita kalau mereka belum deliver apa yang patut mereka deliver...


Dalam konteks business insurance pulak, mungkin ada yang katakan, "Saya boleh buat bersendirian"..ya betul...memang kekadang anda boleh buat sendirian, tapi berapa lama boleh bertahan, dan adakah hasilnya lebih baik dari buat secara berkumpulan.

Mungkin ramai yang tahu benda nie penting, tapi, tak ramai yang tahu macam mana nak start?, apa2 elemen2 yang penting dalam buat kerja secara berkumpulan?, bila nak start?...

Sepanjang sama buat business insurance / takaful...TEAMWORKING amat penting. Sebab tak semua benda yang kita tahu, orang lain tahu dan tak semua benda yang kita tak tahu orang lain pun tak tahu. Jadi, ianya jadi pelengkap kepada satu sama lain. Cuma, ada kalanya bila kita bekerja berkumpulan ada beberapa perkara yang menyebabkan kita berpecah....saya nampak antara sebab utama adalah "SELFISH"...atau pentingkan diri sendiri. Bila kita dalam kumpulan, tak boleh pentingkan diri sendiri. Hanya nampak kita punya interest. Kena korbankan sikit kita punya interest untuk memenuhi kehendak kumpulan, dan menjaga kepentingan semua ahli dalam kumpulan.

Pentingkan diri sendiri ni memang akan menjadi satu titik perpecahan dalam sesebuah kumpulan. Tapi, macam mana nak buat supaya kita tak pentingkan diri sendiri. Pada saya mudah sahaja, belajar untuk RESPECT orang lain....bila kita respect orang lain, hak orang lain dan sebagainya, itu merupakan satu langkah pertama dalam menghilangkan sikap pentingkan diri sendiri.

Sebagai contoh, kalau dalam agency structure....Aktiviti Morning Sharing...kalau kita respect orang lain yang boleh datang pagi-pagi ke office untuk hadiri sessi morning sharing, kenapa kita tak boleh?..kadang2, kita adalah masalah peribadi, atau masalah keluarga, jadi, kita tak boleh datang ke sessi tersebut. Kalau setakat sekali atau 2 kali, mungkin kita boleh faham, tapi, kalau dah jadi habit...dan selalu sangat....jadikan personal matter sebagai lesen untuk tidak hadir sharing atau lambat hadir sharing...dah nampak sikap kita yang pentingkan diri sendiri.

Adakah kita tahu, bahawa orang lain pun ada masalah macam kita...tapi disebabkan mereka RESPECT rules and regulation yang telah ditetapkan, persetujuan yang telah dimeterai...mereka akan buang kepentingan peribadi dan lihat dalam skop yang lebih luas dan berpandangan lebih jauh....dan kat situ lah sebenarnya kita memerlukan PENGORBANAN....

Kenapa pengorbanan? sebab kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu....kita kena bijak menyusun keutamaan. Kalau kita asyik utamakan diri sendiri, tidak akan terbit sikap dalam diri kita perihal RESPECT itu, dan bila tiada RESPECT, maka tiadalah BONDING dan seterusnya tiada lah ENERGY dan tiada ENERGY dalam sesebuah kumpulan, maka tiadalah MOMENTUM untuk mereka bergerak lebih laju untuk mencapai EXTRA ORDINARY atau SPECTACULAR RESULT...

Sebut pasal energy, mungkin ada yang kurang faham, tapi ianya memang sukar untuk difahami kalau kita tidak pernah merasai....

Ini baru satu contoh Morning Sharing, belum activity2 berkumpulan lain lagi, macam nak setup booth, nak buat aktiviti luar macam market survey dan sebagainya yang memerlukan sokongan kumpulan. Lagi ramai lagi semangat....

Sama juga kalau kita tengok perlawanan bola sepak....kalau yang dalam padang main hebat macam mana sekali pun, penonton tak de, ...akan kurang lah semangat...tapi, kalau penuh stadium, lihat sahaja tenaga yang disalurkan...ianya tidak boleh dilihat, tapi ianya boleh dirasa...dan somehow...ianya boleh ditunjukkan dalam tindakan yang kita buat.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi sedikit pernyataan...dalam kita bekerja dalam kumpulah..."Biarlah kita tak sama, tapi boleh bekerjasama, biarlah kita tak serupa, tapi boleh bersemuka dan biarkan kita tak sekata tapi kita tiada sengketa"...semoga apa yang saya cuba sampaikan boleh memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Wallahualam..

Sekian.

Kembali ke >> Artikel Utama

Business Support : Contact Number

Al Isra' Klang Office Fax : 03-33712178
Al Isra' Klang Office Tel : 03-33775813 / 5815

HAS Number (PBTB) : 03-21792713
Mon - Fri : 5.15 pm - 9.00 pm
Sat - Sun : 8.30 am - 9.00 pm  

HAS Number (PBTB) : 03-20537188
Mon - Fri : 8.30 am - 5.15 pm

Prudential (PBTB) Cust Service : 03-20537188
Prudential (PAMB) Cust Service : 03-21160228
Prudential HQ : 03-20318228
Raise id and password : 1800-88-7838 ext 2233

Menguruskan Persistency (Persistency Management)

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Kali ni saya nak kongsi pasal "PENGURUSAN PERSISTENCY DALAM BUSINESS INSURANCE DI PRUDENTIAL / PRUBSN TAKAFUL"

Dalam training AFT, ada dinyatakan mengenai 3 elemen penting dalam business insurance...iaitu Productivity, Persistency dan Profitability.

Saya akan terangkan satu persatu.

1. Productivity

Apa yang dimaksudkan dengan Productivity. Ok, productivity adalah jumlah jualan premium yang dikira dalam tempoh setahun. Ia juga dinamakan sebagai Annual Premium Income (API) untuk product daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad (Prulink One, Pru Mychild, Pru Cash Double Rewards etc)....atau Annual Contribution Income (ACI) untuk product2 PruBSN Takaful (Takafulink, Takafulink Cerdik, Takaful Ummah, Takaful Protect , Protect Plus..etc).

Kenapa berbeza?...antara API dan ACI...apa yang saya faham adalah untuk bezakan antara business conventional dan takaful.

Oleh kerana blog saya ini banyak info pasal product2 takaful, saya akan gunakan terminologi ACI. So, ACI = Jumlah caruman plan2 takaful PruBSN dalam masa setahun. Sebagai contoh, kalau ada client yang sign policy RM 150 sebulan, so, production akan dikira sebagai 150 x 12 = 1,800 ACI.

Sebelum saya nak berbincang atau terangkan pasal persistency, anda perlu ada production yang tinggi. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada income yang anda dapat, dan bonus HPFB (high Production Fringe Benefit) setiap tahun.

Jadual kelayakkan HPFB, anda boleh rujuk di sini.

http://www.takafulinkinfo.com/2008/05/syarat-kelayakan-untuk-menjadi-agent.html

So, dalam training AFT, AIT dan AAT memang ditekankan pasal macam mana nak increase production kita. So, kat sini saya takkan bincangkan macam mana nak dapatkan production tinggi. Tapi sebaliknya, saya nak kongsikan, bahawa productitivy ini sangat penting untuk menentukan income you bertambah setiap bulan dan akan dapat bonus setiap tahun.

Kalau ikutkan pengalaman saya, anda perlu dapatkan minimum production dalam masa setahun 250,000 ACI....

So, kalau client anda, secara purata sign up plan takafulink RM 150 sebulan. So, berapa orang client yang kita kena dapatkan dalam masa setahun utk capai 250,000 ACI?

Senang sahaja cara nak kira....250,000 / 1800. Amount 1800 tu diperolehi daripada caruman bulanan tadi (RM 150 x 12 = 1800). So, anda perlu dapatkan sebanyak 139 orang client dalam masa setahun. So, minimum sebulan anda kena cari 12 clients...atau lebih kurang 3 orang seminggu secara purata. Tapi ini saya tidak amik kira cuti raya, cuti sakit, cuti balik kampung, cuti kenduri kendara dan macam2 cuti kat Malaysia. Kalau kita amik kira semua faktor tu, anda kena buat sekurang-kurangnya sebulan 14 orang clients.

So, anda faham macam mana nak dapatkan 250,000 setahun production?...


2. Persistency

Ada beberapa perkara yang berkaitan dengan persistency yang agent2 kena tau dengan bantuan system Prunet dan Takaful net.


1- Contribution Due List
2- Partial Lapsed
3- Lapsed List
4- Bankers Order Details
6- Unit Summary



3. Profitability


Setelah kita ada production, maksudnya, sales boleh dapat star club ke, MDRT ke dan sebagainya, dan persistency kita sentiasa jaga dengan baik, baru le income kita consistent.




Akan disambung mengikut kelapangan saya.




Perancangan Kewangan adalah untuk setiap orang..The Star 2003..

Salam Pembaca blog saya yang dirahmati Allah sekalian.


Dalam saya kemas2 document saya yang dulu2, saya terjumpa satu keratan akhbar pada tahun 2003. Di awal pembabitan saya dalam bidang Insurance.


Financial Planning for Everyone Crop copy

Ini sebahagian keratan yang saya crop. Untuk full version, boleh download kat sini : Full Version

So, apa yang ada dalam artikel ini?...secara ringkasnya saya nak share apa yang saya baca dan saya faham.


1. Mengenai perancangan kewangan.


Apa itu perancangan kewangan?...


Bahasa mudah kalau nak faham, macam mana kita rancang duit kita. Maksudnya, bila kita dapat duit dari sumber pendapatan kita atau apa sahaja sumber (yang halal laa kan)...macam mana kita uruskan duit tersebut. Persoalan yang timbul...


a. Adakah saya nak belanjakan semua duit yang saya dapat sekarang nie atau simpan sedikit untuk kegunaan masa hadapan?


b. Adakah saya perlu settlekan semua hutang saya sekarang atau tambahkan simpanan atau pelaburan saya utk hari tua saya?


c. Adakah saya perlu rancangkan keperluan simpanan pendidikan anak2 saya atau, biar diaorang uruskan sendiri apabila mereka besar nanti, saya ada apply biasiswa atau study loan?


Itulah persoalan biasa yang akan timbul dalam benak kita.


Tapi sebelum tu, apa yang perlu ada dalam financial planning ni sebenarnya...so, lihat apa yang artikel ni terangkan...saya permudahkan dan saya ringkas kan...harap2 semua orang boleh faham terutamanya yang baru nak berjinak2 dengan perancangan kewangan ini...


1. Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow Management)


Perkara asas dan yang paling utama dalam memulakan perancangan kewangan. Aliran tunai nie melibatkan anda punya financial net worth...maksudnya, apa yang anda ada ditolak dengan apa yang anda hutang. So, dari situ, anda dapat tahu yang anda ini ke arah mana...sama ada "Financial Freedom"...atau "Financial Disaster"?


Perancangan aliran tunai ini bermula dengan 3 step utama :


- Buat budget : (Apa yang perlu sahaja kita beli, tak perlu atau boleh tangguh)..kita tangguh. "ukur baju badan sendiri"....kalau hanya mampu pakai kereta yang bayaran installment rendah, jangan le nak pakai kereta yang mahal2...semata-mata nak jaga prestij dan sebagainya.


- Settlekan hutang : Mana2 hutang yang kita boleh settlekan, kita settlekan, kecuali kalau hutang rumah, atau kenderaan yang mungkin amik masa lama untuk kita settlekan. Tapi, dikalangan muda2 nie, biasanya hutang credit card utk beli barang2 yang kita "suka"...bukan kita perlu...so, settlekan cecepat.


- Mula menyimpan : mula buat simpanan, walau pun sedikit...masukkan le kat ASB ke Tabung Haji ke atau tempat2 yang kita susah nak keluarkan semula disamping boleh dapat dividen / bonus. Jangan simpan banyak2 kat bank..... Ini penting, pengalaman saya, kalau kita tak de based nak menyimpan, kita simpan kejap, kita keluarkan balik. Jadi, utk bagi motivation kita menyimpan, kita kena mulakan dulu, walau pun sedikit. Bila dah terkumpul dan nampak banyak, baru le kita sayang nak gunakan simpanan kita tanpa sebab yang kukuh.


2. Perancangan Pelaburan (Investment Planning)


Selepas kita dah tentukan berapa jumlah duit yang kita boleh simpan dan nak simpan, kita kena fikir, nak letakkan kat mana?..Unit Trust?..property? emas? (jangan sesekali terjebak dengan skim cepat kaya...tiada jalan pintas untuk berjaya dalam membina kewangan yang teguh)


Kena amik tahu setiap jenis pelaburan yang kita nak masuk. Jangan main belasah sahaja. Jadi orang yang amik tahu. Bukan "buat tak tahu"...tak kira bidang apa sekali pun anda, anda perlu tahu "Financial Intelligent" nie...sebab ianya sangat membantu dalam anda membina kekayaan anda.


3. Perancangan Insurance (Insurance Planning)


Pastikan anda, keluarga anda dan aset anda mempunyai perlindungan insurance yang cukup sekiranya ditimpa musibah yang menyebabkan kewangan kita lumpuh.


4. Perancangan Cukai (Tax Planning)


Ini ramai yang tak berapa nak kisah. Minta maaf cakap, saya lihat bangsa bukan bumiputera cukup cekap dan sensitif benda nie. Tapi, bumiputera Melayu, ramai yang saya jumpa dan dapat tahu, mereka macam tak berapa kisah benda nie....buat tak tau sahaja. Walau pun banyak rebet yang kerajaan berikan. Jadi, kena tahu, apa elemen yang kita boleh kurangkan tax, kita kena buat. Kalau tak, kita kerja penat2...duit tersebut mengalir kepada orang lain, tanpa kita sedar...


5. Perancangan persaraan (Retirement Planning)


Anda takkan boleh bekerja seumur hidup. Cukup masa, anda perlu bersara wajib. Jadi, bila dah bersara, tiada sumber pendatan, tapi expenses tetap bertambah. Anda bukan boleh isi minyak petrol separuh harga hanya kerana anda seorang pesara..atau tak perlu bayar toll atau parking hanya disebabkan anda pesara..betul tak?...sebab tu, kena rancang....Jawapan yang biasa saya terima..."Alaahhh...masih muda lagi aku nak fikir pasal retirement nie..."...nanti saya jawap untuk orang yang alasan macam ni.


Jadi, kalau anda masih muda, start sekarang, kalau dah berumur pun, anda perlu start sekarang...what ever reason...kalau tak nanti, anda akan menyesal mengenangkan masa dan peluang yang anda ada masa dahulu...tapi anda tak pernah nak fikir sejenak, amik tahu dan bertindak.


6. Perancangan Harta (Estate Planning)


Ini lebih kepada, macam mana anda buat wasiat dan pembahagian harta kepada waris2 anda...Ini penting untuk pastikan, waris anda mendapat pembelaan sekiranya anda tiada lagi. Sebabnya, kita develop financial goal salah satunya untuk family kita, kalau kita pepenat develop, sekali orang lain pulak yang dapat hasilnya, dan keluarga kita pulak yang struggle.


Tapi, kekadang bila dilihat, ada orang yang dah tahu pasal kepentingan perancangan kewangan ini, tapi masih lagi gagal dalam merancang kewangan mereka....Alasan-alasan biasa yang mereka berikan..


1. Saya income kecik, aset pun tak de, macam mana nak start buat financial planning?


2. Saya masih muda untuk fikirkan semua benda2 macam nie.


3. Saya tak nak fikir masa akan datang..."saya tua, saya sakit...lumpuh atau meninggal"..yang penting saya nak fikirkan sekarang...So, kes2 macam nie yang menyebabkan mereka lupa kepentingan buat perancangan kewangan awal2


4. Nak fikir pasal perancangan kewangan ini, amik masa yang lama dan tenaga...saya tak de masa untuk semua benda nie...


Tapi sebenarnya punca sebenar kegagalan seseorang itu dalam merancang kewangan mereka adalah SIKAP suka BERTANGGUH atau "PROCASTINATE"....itu sebenarnya....mereka tak sedar, masa berjalan, sedangkan untuk fikir benda tu sekejap sahaja. Bukan lama sangat pun....tapi...sikap.."Nanti lah..."..."Ileklah dulu..."..."Kejap lagi lah.."....itu sebenarnya punca utama gagal dalam perancangan kewangan. Nampak alasan simple je, tapi bila kita semak balik, itulah sebenarnya penyebab utama.


Jadi, sahabat2 pembaca sekali, amik masa sejenak, fikirkan mengenai perancangan kewangan anda. Kepada sesiapa yang dah mula, tahniah, saya ucapkap....kepada yang baru bermula, tapi masih tak faham2....jangan sesekali putus asa. Tanya orang macam mana nak buat. Ada orang kenakan caj, ada orang takkan kena caj untuk kita dapatkan ilmu2 kewangan ini....so, terpulang kepada masing2...Pada saya, kalau setakat nak belajar basic financial planning (personal financial planning)...tak perlu nak invest sampai beribu-ribu...belajar kat internet, forum, blog...dan banyak sumber lagi..yang FREE....


Saya sendiri belajar macam mana nak start buat financial planning ni dari forum...(internet)...lepas tu, jumpa kengkawan, bincang dan sharing idea...Alhamdulillah, sekarang nie Asset semakin bertambah, hutang semakin kurang dan banyak yang dah settled...


Sekian sahaja perkongsian saya...harap dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Wallahualam...


Kembali ke Artikel Utama


Sekian


Abd Aziz Riadi
Agency Manager
Prudential Assurance Malaysia Berhad
019-323 2121
abdriadi@prupartner.com.my
www.azizriadi.com

Pengalaman saya..: Beza kerja makan gaji dan buat business Insurance / Takaful..

Apa beza kalau kita kerja makan gaji dengan buat business...?

Ini saya nak share kepada sesiapa yang baru bekerja...anda boleh check sendiri dengan individu yang saya akan highlight nie, atau anda boleh tunggu sendiri utk rasa pengalaman tersebut.

1. Bermula dari selepas graduate dan kita start kerja ikut bidang yang kita belajar...atau lari sikit...

Kita sangat teruja...dan bersemangat nak deliver apa yang majikan atau boss kita berikan. Sebab nak apply apa yang kita belajar. Then, nak cari pengalaman...cukup rajin, kerja extra hours, payment?..kurang penting, sebab process dan peluang nak dapatkan pengalaman lebih penting...

Bila masuk tahun pertama, appraisal....sekali dapat increment tak sampai 10%....kalau gaji 2500, dapat increment 100 je setahun...so, cuba kira kalau 10 tahun?..baru naik RM 1K, kalau ada adjustment gaji, boleh le cecah RM 1500 sepanjang 10 tahun tu. So, berapa gaji?..selepas 10 tahun? RM 4,000. (ini saya suruh anda berfikir)

Lepas tu pulak, jumpa member2...masa gathering start comparing, "Kou dapat income kerja kat sini berapa?..kerja macam mana?..peluang naik pangkat macam mana?..increment macam mana?..bonus semua mcm mana?..benefit macam mana?...then, baru tahu, increment sikit...

Tahun ke-2, masih bersemangat lagi, seterusnya sampai tahun ke-3 dan ke-4...kemudian, dah berkeluarga...increment tak boleh nak cover cost kenaikkan barangan keperluan...start fikir nak jump kerja lain.

2. Jump kerja lain...

Ingatkan ok, tapi cuma ok sekejap sahaja, process pertama tadi berulang lagi....so, sampai bila nak jump?..umur makin meningkat atau stay sahaja?...skill?..compare dengan staff2 baru. Memang pengalaman kita ada...kalau kita nak jump pun, berapa company lain boleh offer?...kalau gaji dah 5-6K...nak jump, company lain, boleh bg RM sampai 8-9K?...so, kalau boleh pun, macam mana agaknya kerja dia tu?...

3. Terfikir nak buat bisness...cuba le macam2...lepas tu, start fikir nak join bisness yang cepat dapat untung, terjebak dengan skim cepat kaya, ingatkan lagi kaya, tapi tak pasal2 berhutang atau duit simpanan habis...atau susut.

So, hati2....kalau nak buat business, kena buat yang bebetul...rancang bebetul. Dan kat sini saya nak cadangkan anda buat business insurance / takaful...

Sebabnya, modal sangat kurang (tersangat2 kurang)..tapi reward yang diperolehi tersangat besar berbanding dengan modal. Cuma untuk permulaan, effort kena lebih sikit. Kalau buat bermalas-malasan...dapat pun kecil-kecilan...kalau buat dengan penuh dedikasi...saya boleh tunjukkan jalan, macam mana nak dapatkan INCOME CONSISTENT min 10K sebulan dalam masa setahun....tapi bebetul kena follow apa yang disuruhkan..kemudian, usaha dengan penuh dedikasi...anda akan lihat progressnya nanti.
Business insurance / takaful...kita boleh dapat increment setiap minggu. Berbeza dengan makan gaji yang dapat increment hanya setahun sekali. Lepas tu pulak, dapat bonus 2 kali setahun, maksudnya setiap 6 bulan dapat bonus...kalau kerja makan gaji, bonus setahun sekali, itu pun kekadang ada, kekadang tak de...tapi dalam Prudential khususnya, bonus kita boleh set nak berapa dan yang paling penting, sebelum dapat tu, dah tahu berapa amount akan dapat. So, baru le boleh plan macam2...nak tambah column asset....

So, fikirkan sahabat2 saya sekalian...ramai orang akan melalui benda nie, kalau tak tak caya (yang muda2 nie)...cuba tanya kengkawan kerja yang senior2...yang umur dah cecah 35 tahun ke atas...tanya diorang, apa respond diorang kalau you tanya pasal benda nie?...

Sebab apa?..sebab saya dah laluinya....dan ramai kengkawan saya dah laluinya...tapi Alhamdulillah, saya bertindak lebih awal...umur 26 tahun, saya dah start buat business insurance...mmg susah memula. Nak dapatkan sales...tapi saya tekun dan yakin, satu hari nanti saya akan dapat income dan simpanan atau pelaburan yang saya inginkan....consistent, highly discipline...Alhamdulillah, dapat.

So, kalau orang2 biasa2 macam saya boleh dapat, anda yang hebat2 kat luar tu, takkan tak boleh. Apa yang anda perlukan sekarang nie untuk permulaan adalah.."Tukar cara anda berfikir...Insyallah, anda akan lihat perubahan ketara dalam keseluruhan kehidupan anda"...

Nak tahu lebih lanjut pasal business Insurance nie, boleh masuk blog saya

http://www.azizriadi.com/2008/05/syarat-kelayakan-untuk-menjadi-agent.html

atau contact saya, kita sembang2...Aziz Riadi (019-323 2121)

Sekian.


>> Kembali ke Artikel Utama
__________________
Ingat MEDICAL, Ingat PRUDENTIAL
Mencari Medical Card, Takaful, Education Plan?.....Hubungi Saya
Abd Aziz Riadi , Agency Manager
H/P : 019-323 2121 @ Tel : 03-33775813
Email : abdriadi@prupartner.com.my, Blog:http://www.azizriadi.com/, YM : azizriadi

Nekad Sesaat......

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Al Mubarak.


Saya nak berkongsi sedikit cerita daripada agent baru saya. Ianya bermula semasa saya buat sessi coaching bersama agent baru ni. Agent baru nie perempuan dan kalau tengok dari perwatakannya, beliau agak pendiam dan pemalu. Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah, macam mana beliau berfikir dalam menjalani aktiviti sebagai seorang agent takaful.


Biasa la...agent baru, memang malu2 nak approach prospect dan bagitau diorang yang kita nie buat business insurance. Sebab dalam kepala kita dok fikir..."Entah2 dia dah ada"..."Dia nampak macam tak nak je"..."Nampak macam serious je"..."Segan le...takut kena reject"...dan pelbagai andaian terkeluar dalam kepala. Jadi, saat ini, keputusan anda amat penting. Apa yang anda putuskan bermula dalam minda anda, amat penting. Sebabnya, kalau kita dok fikir2 atau assume atau pre-judge, apa yang kita dapat?...kita not even buat lagi pun, dah fikir macam-macam. Kita bukannya "fortune teller"...sebab kita tak tau apa yang ada dalam fikiran prospect kita. So, kata2 azimatnya adalah "NEKAD SESAAT"....so, nekad je, untuk tegur atau approach prospect tu. Result jangan fikir dahulu, outcome jangan kita risau...sebab yang penting kita buat 1st step, iaitu tegur dulu.


Jadi, kita kembali kepada cerita agent saya nie, sekali approach, prospect tu very2 positive dan ada chance untuk open dia plan takafulink (simpanan dan medical card). Sebab apa?..kita tak tau prospect nak ke tak nak policy selagi kita tak buat fact finding atau dengan bahasa yang mudah, selagi kita tak tanya.


So, macam tu la ceritanya. Dalam kita terfikir2 macam yang negative. Amik masa sesaat utk kita nekad dan approach. Kalau kena reject sekali pun, apa yang kita rugi?...kita hanya mampu sampaikan apa yang terbaik kepada prospect kita. Selebihnya Allah yang pegang hati2 mereka. So, kena le berdoa " Ya Allah, Engkau bukakanlah hati prospect nie, supaya beliau menerima cadangan takaful yang aku berikan"...kena berdoa....mudah-mudahan client akan lembut hati.


Pekara ini lebih kepada keupayaan kita untuk "PERCAYA"...sebab business insurance/takaful agent perlu percaya..bahawa rezeki yang Allah bagi untuk semua orang. Kalau orang tu kerja kuat, Insyallah, dapat banyak. Kalau kerja dah kurang, apa yang kita harapkan?...

Selain percaya, anda perlu ada DETERMINATION yang tinggi. Bahasa yang paling mudah kalau you nak sesuatu tu, you akan berusaha untuk dapatkan apa yang you nak. You nak, kena NEKAD SESAAT....buat keputusan dan bertindak. Dalam business insurance / takaful, pada saya kita kena buat dulu baru analysed, jangan asyik analysed...akhirnya kita tak buat apa2 tindakan pun.


Macam mana kita nak dapatkan determination dengan apa yang kita buat?...pada saya mudah..."Agent perlu ada CRYSTAL CLEAR GOAL". Maknanya apa yang agent tu mahukan, diorang perlu jelas...apa dan kenapa?....selepas tu, buat planning untuk dapatkan jawapan bagaimana nak buat. Akhir sekali adalah platform untuk kita praktikkan apa yang kita belajar. Jadi, seperti gambar di bawah ni, kalau anda boleh bayangkan apa yang anda ingin capai, sooner or later, Anda akan dapat. Insyallah.



determination_full