Kencing Manis dan Medical Card...

Kencing Manis 2


Statistik : 1 Daripada Setiap 7 orang Dewasa Menghidapi Diabetes


Salam semua para pembaca setia blog saya. Agak lama saya tak update blog saya, agak sibuk dengan tugas harian. Tambahan pulak baru pindah office dari Tmn Berkeley ke Prima Klang Avenue. Ok, hari nie saya nak highlight mengenai risiko penyakit kencing manis dan kaitannya secara langsung dengan insurance perubatan (medical card). Mungkin ramai yang amik mudah pekara ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, pengalaman saya buat insurance especially masa nak apply insurance or medical card....kalau client tu dah ada kencing manis....sama ada border, under control atau tak control..sama ada kawalan dengan diet atau ubat, bila nak apply medical card sahaja, sure kena ME and blood test...(utk check kandungan gula dalam darah)...kalau di luar paras normal sahaja, sure H & S (Hospital and Surgical) Declined.


Kalau kita lihat keratan akhbar yang diambil dari Berita Harian, maybe ianya cerita lama, dan sekarang nie saya lihat dah takde awareness program mcm ni kat paper2 utama. Tapi, hakikatnya, adakah risikonya berkurangan? Sudah tentu tidak, dengan cara pemakanan kita yang asyik2 manis setiap hari dan ditambah lagi dengan sikap kita yang kurang bersenam utk keluarkan peluh...risiko penyakit ini semakin meruncing. Dan kalau kita baca pada keratan akhbar ini, pelbagai penyakit lain akan timbul akibat penyakit diabetes ni.


Dan satu lagi, saya pernah hadiri training mengenai process underwriting policy Prudential dan PruBSN Takaful, yang beri taklimat adalah seorang Doktor. So, beliau ada menyatakan, sesetengah orang berpendapat, penyakit kencing manis nie lebih bahaya daripada cancer...sebab tiada ubat. Setidak2nya, cancer ada yang recover dan pulih seperti biasa. Cuma kalau dah kena sakit kencing manis nie (Diabetis Mellitus) akan terus menerus bergantung kepada ubat dan tiada ubat yang boleh pulihkan seperti biasa (ini menurut beliau)....Then, harapan untuk mencari medical card akan berkubur. So, standby le duit utk cover pelbagai penyakit yang mungkin timbul pada masa akan datang.


Ramai jugak yang jumpa saya atau masa kami buat booth, ada prospect yang datang ke meja kami dan bertanyakan macam2 pasal medical card, then masa nak sign up, part kena jawab questionaire sekali ada history kencing manis....begitu la saban waktu kalau ada orang yang nak cari medical card dah sakit. Kami tak boleh nak buat apa2. Paling tidak pun cuma cuba apply sahaja. Tapi resultnya bergantung kepada underwriter yang buat assessment. Tapi kalau ikutkan pengalaman saya, mmg tak dapat laa...


Jadi, saya menyeru pembaca2 sekalian, sebelum ada apa2 penyakit, amik le medical card...paling basic pun tak pe. Sebabnya, kalau dah sakit, sanggup bayar lebih utk dapatkan coverage. Tapi company pulak declined...

So, selalu saya bagi analogi kepada orang yang saya jumpa atau share pasal insurance nie, mengenai PANADOL."Insurance bukan macam Panadol, sakit baru cari dan makan"...Insurance kena ada 2 syarat untuk memilikinya.

  1. DUIT

  2. KESIHATAN

Ada duit tapi tak sihat pun tak boleh. Sihat tapi tak de duit pun tak boleh. So, kena fikirkan budget masing2. Kena allocate sebahagian utk perlindungan Insurance. Kalau kita tak allocate, sure habis jugak.

So, itu sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi Insyallah....

Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang nasihat kewangan atau insurance, bolehlah hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi)...tiada sebarang paksaan, penerangan percuma, terutamanya medical insurance.

Annual Awards Presentation Night (National & Regional)

Salam semua agent2 MD2 yang layak untuk menghadiri Regional AAPN, tentatively pada bulan April 2011.

So, berikut adalah senarai agent yang berjaya melayakkan diri untuk ke Majlis tersebut. Kena hadir sebab group kita dapat awards.




Sila rujuk Prupartner utk mengetahui tarikh sebenar event tersebut. Tq

Al Isra' Associates Sdn Bhd Agent Planning Workshop (APW) 2011

Salam semua agent2 Al Isra' terutamanya dari Klang....

Kepada sesiapa yang tersenarai untuk pergi ke APW (Agent Planning Workshop) 2011 ...(yang telah menerima sms dari saya, sila reply utk pengesahan kehadiran.


Berikut adalah maklumat mengenai program di atas.

Tarikh : 20 January 2011 (Cuti Umum, sila check calendar)
Tempat : Kota Permai Golf Resort, Kota Kemuning.
Masa : 8.00 am - 6.00 pm (APW), 6.00 pm - 10.00 pm (Dinner)
Pakaian : Smart Casual
Nota : Sila bawa perkara-perkara berikut

1- Pre Work for APW (Budget Sheet)..yang tak dapat lagi, sila minta dengan saya.
2- Kalkulator
3- Peralatan menulis (Pensil, Pen, Blanko, Pemadam, Kertas A4 etc)

Berikut adalah senarai peserta dari Unit MD2, Klang....kehadiran adalah diwajibkan. Program ini penting untuk kita merancang business kita untuk tahun 2011....dari segi Goal Setting, How to achieve, strategy baru, peluang pasaran baru dan teknik2 terkini..

So, seperti yang saya sms sebelum ini. Sila hadirkan diri tepat pada masanya untuk melancarkan perjalanan program.


Sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai program ini, boleh hubungi saya terus di talian Encik Aziz Riadi 019-323 2121 atau Encik Shukor 019-2746911.

Semoga apa yang kita rancangkan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Amin....

Gambar-gambar yang sempat diambil semasa event tersebut. Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang menjayakan program tersebut. Kita sama2 berdoa agar apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan....Amin.


DSC_1926

Berdoa sebelum memulakan majlis. Mudah-mudahan diberkati Allah.

DSC_1942

Group MD2. Yang ni sebab amik pakai 35mm f1.8, so, tak muat semua. Saya akan upload yang full team punya pics.



DSC_1938

Antara Iron Lady MD2, Klang Office



DSC_1959

Tulang Belakang MD2, Al Isra' Klang....

Selamat Tahun Baru 2011

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang sentiasa memberikan nikmat kepada kita....saat demi saat, sama ada kita sedar atau tidak....


Tahun 2010 dah berlalu....penuh dengan pelbagai kenangan.....sekarang kita berada di tahun 2011. Pastinya cabaran lebih hebat. Tapi kita tak boleh leka dengan apa yang kita ada. Kena sentiasa muhasabah setiap apa yang kita buat, adakah ianya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah S.W.T atau sebaliknya.....kalau semakin dekat Alhamdulillah, kalau semakin jauh, masih ada masa untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat....

Allah kurniakan kepada kita pelbagai nikmat yang kita sendiri tidak akan terhitung banyaknya....jadi, apa yang kita perlu buat adalah...kita perlu senantiasa mensyukuri nikmatNya.....mudah-mudahan Allah akan tambah nikmat tersebut.....

Selain dari itu, tidak tinggal juga ujian yang Allah berikan kepada kita....bersangka baiklah kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak pernah menganiaya hambaNya, sebaliknya hambaNya yang menganiaya diri mereka sendiri....jadi, kita sama2 berdoa, agar Allah sentiasa memberi kekuatan Iman kepada kita, dalam menghadapi sebarang ujian, sama ada dari segi musibah atau ujian nikmat....

Tarikh 1.1.11 (01.01.2011)....amat bermakna kepada saya.....saya genap 34 tahun. Dan genap 7 tahun saya berkecimpung dalam bidang insurance / takaful sebagai perancangan kewangan.

Hadiah Birthday 2011

Hadiah untuk diri sendiri : 1st January 2011

Apa2 pun terima kasih saya ucapkan kepada semua....Keluarga saya (Ibu, Isteri (Noorazilla Nordin)....anak2 saya, adik beradik saya)....semua agent2 MD2 khasnya dan team Al Isra' Associates Sdn Bhd umumnya....dan terima kasih tak terhingga juga kepada Prudential....

So, hadiah kat atas tu, bukannya saya dapat free...(yg free I-pad tu je)....yang satu lagi tu, kena usaha baru dapat hadiah tu...tapi mmg berbaloi...0-100km/h below 6 sec.....aduhai.....

Semuanya hasil usaha keras selama nie....saya tak pernah terbayang pun semua benda ni sebelum nie...maklum laa....orang kampung, dan family pun orang kampung....cuma....apa yang ada hanyalah IMPIAN seorang budak kampung yang selalu berangan untuk mengubah kehidupan diri sendiri dan keluarga kepada yang lebih baik.

Saya sendiri tak sangka, business insurance yang saya ceburi 2003 yang lepas....dan saya buat full time pada 1.1.04...dalam 7 tahun, macam2 yang saya perolehi....

Ok lah...."Sebenarnya, apa yang saya inginkan dan dapat sekarang nie tak penting kepada anda....apa yang penting adalah apa yang anda inginkan, dan yang anda perlu usahakan....untuk nak dapatkan apa yang anda inginkan...."

Kami ada cara bagaimana nak capai impian kami, dan kami percaya, cara tersebut boleh diguna pakai oleh semua orang.....prospect business insurance / takaful di Malaysia sangat luas. Anda dijemput untuk hadir ke Seminar Peluang Perniagaan Insurance / Takaful kami yang di adakan dari semasa ke semasa....boleh hubungi saya untuk join seminar tersebut.


Mungkin anda tertanya2...betul ke apa yang saya ceritakan ini, boleh bertahan ke, dan macam2 persoalan lagi....oleh itu, kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh hubungi saya...019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my..

Saya akan kongsikan pengalaman saya, dan saya akan tunjukkan bagaimana caranya...dan tak cukup dengan itu sahaja, saya akan monitor apa yang anda buat sampailah anda capai apa yang anda inginkan.....just follow 4 simple rules...
  • Be a good Follower
  • Never give up
  • Always communicate
  • Never Stop Learning

Selebihnya, kita tunggu, hanya masa yang akan menentukan impian anda tercapai....

Sekian....selamat tahun baru 2011.....

Hobby & Outdoor

Salam semua,

Walau pun kita sibuk bekerja, tapi activity luaran tak boleh ditinggalkan terus. Sebab, pada saya, kalau kita asyik bekerja sampai tiada masa nak riadah dan yang sewaktu dengannya, tak elok untuk kesihatan.

Tapi uniknya business insurance nie, sebab ia boleh dibuat di mana-mana, pada bila2 masa dan kepada sesiapa sahaja. So, disamping kita buat activity2 luaran dan sebagainya, kita masih boleh buat prospecting, present pasal insurance dan kepentingan insurance khususnya medical card kepada orang lain semasa kita menjalani aktiviti riadah tersebut.

Saya memang suka bersukan, dulu rajin main futsal dan berbasikal. Tapi, bila umur dah meningkat naik nie...saya lebih suka berbasikal sebab risiko cedera kurang. Kalau main futsal, semangat macam orang muda, tapi kudrat dan stamina tak macam orang muda, so, nanti semangat punya pasal, ter over pulak....sampai injured....pada saya lagi susah. Tapi, kalau nak main suka2 tu mungkin boleh. Tapi , macam yang saya bagitau la...kalau dah main , semangat macam kita masa umur awal 20-an dulu....tu yang tak ingat kita nie sebenarnya dah masuk pertengahan 30-an....

So, saya kongsikan le kepada pembaca blog saya gambar2 saya kayuh basikal...kalau nak lebih banyak gambar, boleh masuk facebook saya

http://www.facebook.com/azizriadi

Jom Kayuh Basikal
- Denai Alam
- Kerling, Kuala Kubu Bharu
- Kg Kemensah
- Bernam Jaya
- FRIM


Naik Gunung
- Gunung Datuk
- Gunung Nuang
- Gunung Yong Belar
- Gunung Liang
- Gunung Korbu
- Gunung Tahan 2004
- Gunung Tahan 2007
- Gunung Tahan 2009

Gambar2 boleh layari laman facebook saya.

Sekian.

MD2 Sales Activity

Salam semua,

Dalam business insurance, ada yang berpendapat, kita buat business sendiri dan kita boleh buat sesuka hati...i.e suka hati nak start kerja pukul berapa dan suka hati nak berhenti kerja pukul berapa dan sebagainya. Tapi, pengalaman saya, bila buat business sendiri, kita kena lagi kerja kuat berbanding dengan kerja makan gaji. Sebabnya, kerja untuk diri sendiri, mesti lah kita kena berikan yang terbaik. Kalau untuk orang kita boleh berikan yang terbaik, untuk diri sendiri takkan nak buat lebih kurang sahaja?

So, bila kita nak buat sesuatu tu dengan cara yang terbaik, kita perlukan sokongan agency dan rakan2 agent yang lain. Biasanya kami akan buat kerja berkumpulan. Untuk pengetahuan pembaca, dalam sales cycle business insurance, perkara utama sekali yang kita kena buat adalah prospecting.

Activity prospecting biasanya kami jalankan secara berkumpulan dan biasanya akan disertai oleh sekumpulan agent2 sama ada full time atau part time. Antara activity yang biasa kami buat adalah membuat kaunter promosi di beberapa tempat yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai. Jadi dari situ kami mendekatkan diri dengan orang ramai dengan memberikan kesedaran betapa pentingnya insurance / takaful umumnya dan medical card khususnya...

Rejection?....orang tak nak?..orang tak layan?...emm....biasa..:D.....itu perkara biasa dalam menjual insurance kepada stranger yang kita tak kenal. Tapi, Allah Maha adil....setiap apa yang hambaNya usahakan tetap akan dibalas sama ada cepat atau lambat. Biasanya, kami jarang pulang dengan hampa...sentiasa ada agent yang akan dapat contact untuk difollow up dan tak kurang juga yang closed deal on the spot. Sebab, masyarakat malaysia sudah terbuka dengan kepentingan insurance. Tak macam 10 tahun lepas...mereka agak sceptical dengan insurance, yang mengatakan insurance nie penipu, insurance ni tak bayar claim, insurance nie masa nak sign up je senang, nak claim susah...tapi, Alhamdulillah, setelah kita tunjukkan bukti2 claim yang kita pernah buat, mereka dapat menerima idea kami.
 Berikut adalah beberapa gambar activity2 kami di booth2 yang kami buat sekitar lembah klang. Ini sebahagian sahaja gambar2 yang sempat saya upload. Saya akan upload lagi dari semasa ke semasa.

Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13, Stadium Part 1


Stanby nak bagi flyers
Standby nak bagi flyers


Sedang beri penerangan ringkas
Present guna sales kit. Padat dan tepat.

Dapat contact number
Dapat contact number. Boleh follow up.

Pasar Tani Shah Alam
Ada yang datang bertanya. Menunjukkan kesedaran masyarakat sudah semakin baik

Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13, Stadium Part 2


DSC_0573
Sabar menunggu prospect lalu

DSC_0579
Di mana2 pun boleh approached. Yang penting jangan malu

DSC_0591
Kalau penat, santaikan diri. Kerja kena happy. Tapi jangan malas...:D

DSC_0596
Ada yang datang terus duduk untuk mendengar penjelasan.

DSC_0593
Tengah amik contact number. Boleh follow up akan datang.

Open Day, SK Bkt Jelutong

SK Bkt Jelutong 1
Setup booth. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

SK Bkt Jelutong 2
Tengah panaskan badan.


Approached
"Akak dah ada takaful plan kak?"


Tengah panas pun boleh sembang
"Encik, plan ni ada complete benefit. Pampasan Kematian, Sakit Kritikal, Kemalangan, Tabung Rawatan Perubatan dan Simpanan dalam satu account"

Dapat contact
"Tak pe kak, akak berikan contact number, nanti saya akan hubungi akak..."


Booth Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam



Booth Plaza Massalam 1 

Booth Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam / Restoran Pelita


Booth Plaza Massalam 3

Sedia untuk memulakan perniagaan, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.
Booth Plaza Massalam 4

Antara tempat agent-agent mendapatkan senarai nama prospect dan client

Sekiranya ada di antara pembaca blog saya ini yang ingin tahu lebih lanjut mengenai peluang menjadi agent insurance/takaful bersama Prudential ini, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my Syarat2 kelayakkan, anda boleh rujuk di sini 

Syarat Untuk Menjadi Agent

PruBSN Ummah

Intro


Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.

Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?

1. Manfaat perlindungan asas Takaful
  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :
  1. Kematian
  2. Cacat Kekal
  3. Penyakit Kritikal

  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.


Kaabah

3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.
5.Meningkatkan simpanan usia emas anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal

7. Bonus Loyalti.
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.

Manfaat Takaful Ummah
  • Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?

    Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
    • Umur anda
    • Jumlah dan terma perlindungan anda
    • Status kesihatan anda
    • Jantina anda
    • Tahap risiko pekerjaan anda
    • Kaedah pembayaran anda
    • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun

    Contoh caruman
Contoh Illustrasi



Maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 019-323 2121 atau email abdriadi@prupartner.com.my


Manfaat Takaful Ummah 2


2. Manfaat-manfaat Haji/Umrah