Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO 2010

Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan tahun ni.

So, semalam, ada majlis berbuka puasa bersama CEO Prudential..di Tropicana Golf and Country Club...masuk2 je kawasan tu, tengok rumah2 kat situ, saya berkata dalam hati "Masyallah, agak berapa juta le diorang berhabih duit buat rumah macam nie.."...rumah banglo dalam Kelab Golf...ishh...ishh..ishh....

Then lepas tu, pergi ke majlis berbuka puasa....sebelum tu ada Ceramah Agama dari Imam Masjid Negara...Ustaz Azhar Bin Tuarno bertajuk "Membina Usahawan Melalui Peribadi Mulia"....

Apa yang saya nak share kat sini, ada sorang agent baru, dia bebetul rasa dihargai walau pun simple punya challenge...(kalau orang dah biasa dengan rewards dari challenge Prudential, event macam nie biasa sahaja)..tapi, ada sorang agent saya nie, bebetul rasa bertuah sebab dapat capai challenge nie..

Saya beritahu dia, ini baru sikit, belum lagi pergi ke Luar Negara...STAR CLUB dan sebagainya...so, kerja kuat, Insyallah akan capai semua impian di Prudential...income bertambah...rewards pun dapat, tolong orang pun dapat, tolong diri sendiri dan keluarga pun dapat..

Kepada agent tersebut, saya berharap, rewards semalam menjadi satu turning point kepada beliau untuk terus bersemangat untuk mencapai semua challenge yang diberikan oleh agency atau Prudential..

Kepada sesiapa yang rasa2 nak tukar career, boleh jumpa saya, saya boleh kongsikan keindahan business insurance/takaful ini kepada anda secara percuma...hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my

Layan gambar2 masa kat majlis tersebut...



Bergambar dengan CEO pada akhir majlis



Berbuka Puasa bersama CEO 2010:

Kembali ke >> Senarai Acitiviti MD2

MD2 Agency Activity Update

Salam semua pembaca blog saya yang budiman dan saya hormati,

So, kat sini saya nak kongsikan beberapa acitivity agency dan company di Al Isra' dan Prudential/Prudential BSN Takaful....semoga anda mendapat sesuatu yang positif dari apa yang saya postkan...

PruBSN Protect / Protect Plus

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah


  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus


Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh call saya : 019-323 2121 atau email abdriadi@prupartner.com.my

PruBSN CrisisCover

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke abdriadi@prupartner.com.my details anda kepada saya.

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai product ini, boleh menghubungi saya di talian 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya : abdriadi@prupartner.com.my. Insyallah, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.

Kenapa Perlu Pelan Yang Komprehensif?..Kisah TITANIC

Salam Pembaca sekalian,

Masa memula saya join buat insurance pada tahun 2003, saya tak nampak kepentingan pelan yang komprehensif, i.e yang cover semua area utama risiko kehidupan manusia dari segi KEWANGAN iaitu :

1. Kematian / Lumpuh
2. Sakit Kritikal
3. Kemalangan (Mati atau Lumpuh atau kecacatan anggota)
4. Medical card (Untuk membiayai kos rawatan)
5. Simpanan (untuk kegunaan di hari tua)
Tapi setelah saya berada dalam industri insurance nie, dan saya dah jumpa ramai orang dan client selain dah handle beberapa case tuntutan insurance, baru saya nampak dan faham, kenapa kita perlu perlindungan insurance yang komprehensif.
Seterus, saya teringat cerita TITANIC (kalau anda pernah menonton cerita ini)....and rata2 bila saya tanya prospect atau kenalan saya mengenai cerita ini...pernyataan ini selalu disebut " You jump, I jump..."....tergelak jugak saya dengar. Tapi apa yang saya nak highlight adalah cerita disebalik karamnya sebuah kapal buatan manusia yang canggih (pada zamannya) yang dikatakan tidak akan karam. Tapi, Allah Maha berkuasa.

Ok, ceritanya begini...saya ringkas kan. (kalau nak baca details, boleh tengok kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/RMS_Titanic

Pelayaran dari Southampton ke New York, pada 10 April 1912, dengan muatan 2,223 (anak kapal dan penumpang)...Bahagian penumpang ada 3 class berbeza, 1st, 2nd and 3rd Class. Dalam pelayaran tersebut, kapal ini karam disebabkan terlanggar ketulan ais gergasi (ice berg) dan suhu air pada masa itu −2 °C. Apa yang saya nak tekankan kat sini adalah....kapal sebesar Titanic cuma ada 20 life boat sahaja. Tak cukup walau pun untuk separuh dari bilangan penumpang dan anak kapal yang berada dalam kapal tersebut. Pun begitu, kapal tersebut menyediakan life jacket untuk orang2 yang lain.

Ok, kita lihat statistic di sini...

Yang terselamat adalah penumpang yang dapat menaiki life boat semasa kapal Titanic tu tenggelam. So, apa kaitannya dengan insurance yang komprehensif nie?..Peratusan mangsa di bahagian 1st class paling sedikit, mungkin disebabkan mereka bayar tiket mahal, so, dapat keutamaan untuk naik life boat.
Jadi, pada pandangan saya, insurance komprehensif ini samalah seperti life boat dan manakala yang tidak komprehensif ini adalah seperti life jacket.
Komprehensif : Cover semua area risiko kewangan sekiranya client ditimpa musibah, mana kala yang tidak komprehensif hanya cover sebahagian risiko kewangan sahaja sekiranya ditimpa musibah.
Sebagai contoh, mungkin ramai dikalangan kita ada insurance kemalangan (PA)sahaja...bukan saya cakap insurance kemalangan tersebut tak bagus, cuma tak cukup bagus disebabkan, hanya cover kemalangan, sekiranya kita memerlukan sumber kewangan untuk cover bill rawatan kita disebabkan penyakit, adakah insurance policy yang kita ada (adakah policy kemalangan tersebut boleh cover kos rawatan kita?). Ini salah satu contoh mudah.
Samalah juga casenya tadi, mengenai life boat and life jacket. Bila tenggelamnya kapal Titanic tu, rata2 orang ada life jacket, dan yang berpeluang naik life boat, peluang untuk selamat lebih tinggi berbanding dengan penumpang yang hanya ada life jacket, sebab keadaan masa tu, air -2°C. Yang pakai life jacket hanya boleh tahan kurang dari 15 minit dan mereka terkorban disebabkan oleh hypothermia. Petikan dari sumber wikipedia..."The majority of deaths were caused by hypothermia in the 28 °F (−2 °C) water.."
Jadi, ada life jacket, tapi terkorban disebab situasi pada masa itu memerlukan life boat untuk penumpang mempunyai peluang untuk diselamatkan. Petikan gambar dari filem Titanic. Suasana semasa kapal mula karam selepas berlanggar dengan ketulan ais gergasi.

Akhir kata tak kisah dari insurance company mana sekali pun, yang penting anda perlu tahu 2 perkara..


1. Kenapa plan insurance yang komprehensif tu penting.


2. Bagaimana plan komprehensif boleh bantu kita disaat kita memerlukan perlindungan insurance.


Jadi kesimpulannya, kepada sesiapa yang masih belum ada plan yang komprehensif, cari maklumat mengenai plan yang saya sebutkan tadi. Kepada yang dah ada insurance, tapi tak pasti sama ada insurance mereka adalah komprehensif atau tidak, review balik policy anda dan hubungi agent anda segera.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat kami secara percuma, anda boleh contact saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.

Tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat dan bantu apa yang boleh kami bantu, tanggungjawab anda pula adalah ambil tahu dan bertindak. Dan pada saya amat malang sekali, kalau kita tidak mahu ambil tahu langsung, walau pun mungkin kita belum mampu untuk bertindak. Selebihnya, kita bertawakal kepada Allah.

Sekian.


Kembali ke Senarai Artikel Utama

Apa Kelebihan Medical Card PruBSN Takaful...?

Salam, pembaca semua...


Ada orang bertanya kat saya dalam forum

http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=6775422&postcount=22


Dia tanya macam nie...


[QUOTE=remisierRM;6775231]saudara aziz...apa kelebihan medical card pruBSN?[/QUOTE]


So, saya jawap macam nie...

1- Life time limit

PruBSN Takaful menawarkan medical card Takaful Health dengan lifetime limit yang tinggi. Iaitu minimum RM 500,000 dan maksimum RM 1,000,000 sehingga umur 80 tahun.
Boleh rujuk kat sini : http://www.azizriadi.com/2008/05/medical-card-major-medical-cover-mmc.html
So, anda boleh buat research sendiri, company mana yang bg lifetime limit yang tinggi macam nie.


2- Boleh removed annual limit.
Contoh, kalau medical card TH 200, annual limit 75K, dan lifetime limit 750K sampai umur 80 tahun. So, boleh amik option utk removed 75K tu, Setahun kalau nak claim sampai beratus ribu...(lebih dari 75K)...contoh 200K, sekali claim pun boleh.

http://www.azizriadi.com/2008/05/medical-card-major-medical-cover-mmc.html

3- Medical card sekali dalam basic policy,
So, kalau pencarum disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal, policy akan jadi PERCUMA dan client tak perlu bayar apa2 lagi, sebaliknya simpanan diteruskan.

http://www.azizriadi.com/2008/10/testimonial.html


Lihat Testimoni no. 2.


4. Ada cash value
So, kalau client termissed bayar sebulan atau 2 bulan, kalau cash value dah ada, policy tak lapsed, dan boleh cover kalau perlukan rawatan, sebab cash value akan cross subsidi medical card punya charges. Tak seperti medical card yang standalone (berasingan dengan main policy). Stand alone policy, 31 hari tak bayar, terus lapsed. Dan kalau masa tu memerlukan rawatan, mmg takkan boleh guna. Saya beritahu perkara ini bagi memudahkan pembaca blog saya memahami mengenai beza antara medical card yang sekali dalam basic policy dah berasingan daripada basic policy.
Ini adalah salah satu contoh syarat2 tamat sijil medical card stand alone yang saya buat research dan saya jumpa di internet. Ia hanya sebagai satu contoh umum untuk medical card stand alone

5. Kalau upgrade bilik, hanya bayar different harga bilik sahaja. tak perlu bayar additional ko-takaful, sebab ko-takaful fixed at min 300 dan maximum 1,000.

6. Ko-takaful...
Haaa, yang ni biasanya orang nampak kelemahan kat pruBSN punya medical card, sebab mmg dah kena terus ko-takaful 10% min 300 maximum 1,000. Tapi, kalau kita upgrade bilik, kita hanya bayar different bilik, dan ko-takaful fixed at min 300 and max 1,000. Sebab tu, kami biasanya tak jual medical card sahaja, kita jual as package..dengan elaun hospital dan elaun bedah. Lihat testimoni nie,


http://www.azizriadi.com/2008/10/testimonial.html



Semua testimoni nie kena ko-takaful atau ko-insurance maximum RM 1,000 sebab bil lebih dari 10K...tapi cuba pembaca sekalian lihat, berapa client dapat selepas keluar hospital. Lebih dari apa yang mereka bayar untuk ko-takaful mereka...so, ada orang lain anggap, PruBSN punya medical card tak best, sebab ada ko-takaful, tapi kita ada cara macam mana nak dapatkan claim lebih daripada bill yang dikenakan kepada kita. It's all about packaging. So, nak packaging yang best, kena contact agent yang experienced buat claim dan tau selok belok policy dengan mendalam...i.e Tips and Tricks...:D
Ada juga client tanya kepada saya, ada syarikat takaful lain boleh berikan coverage 100% dan tak de co-takaful...Jawapan saya mudah sahaja...pernah tak statement nie kat policy atau brochure mereka?...client jawap, tak perasan pulak...so, saya suruh mereka counter check*...kalau ada, maknanya, kalau masuk wad yang lebih dari entitlement kita, kita kena bayar 10% dari total bill dengan tiada maksimum ko-takaful...so, kalau bill 30K...kena 10% co-takaful 3,000...and PruBSN fixed at 1K + different harga bilik.

 

Anda tidak perlu percaya apa yang saya nyatakan, ini hasil kajian saya, dan saya sertakan dengan fakta, dan bukan taip kosong jee...:)

7. Medical card PruBSN, takde inner limit untuk rawatan cancer dan dialysis. Just follow annual limit, dan kalau annual limit takder (sebab amik Annual Limit Waiver), just follow lifetime limit


8. Medical Card PruBSN nie guaranteed renewal and non-cancellable...apa maksudnya tu, kalau client dah sign up and policy dah berjalan, kalau ditimpa sakit, sama ada minor or kritikal, syarikat tak boleh cancelkan policy medical card ni, walau pun client akan claim berulang kali. Selagi tak habis limit, selagi tu boleh claim.


Boleh baca details dan bukti keratan dalam policy kat sini..


http://www.azizriadi.com/2009/08/kenapa-penting-medical-card-yang.html


Sebab ada medical card yang letakkan syarat " Tertakluk kepada pembatalan portfolio"....kena faham term nie, biasanya tulisan ni kecik je dalam policy....and agent tersangat le jarang bagitau kat prospect atau client...tapi, kalau dah kena....haaa...masa tu medical card kena withdraw portfolio, lepas tu, dah sakit, nak claim pun dah tak boleh, nak amik policy lain pun tak boleh.
Ini contoh term and condition yang saya beritahu di atas.

9. Yang nie (experienced saya sendiri)...So far, Alhamdulillah, kalau masuk kat hospital panel, tunjuk je card, staff front desk kat admission counter tu dah tau nak buat apa...so, hassle free...tapi, apa2 pun, lebih bagus kalau inform agent before nak masuk wad atau mendapatkan sebarang rawatan... Kalau nak tau lebih lanjut, and nak tengok bukti claim2 yang lain...boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau layari http://www.azizriadi.com/.

* Harap tidak ada yang salah faham mengenai perkara ini. Saya hanya amik dari data/maklumat yang saya dapat dari research saya sama ada dari brochure dan internet.


Sekian.

Potensi Pasaran Business Insurance / Takaful

Salam pembaca semua.

Ramai yang saya jumpa yang nak jadi agent takaful, mereka bimbang mengenai potensi atau keadaan pasaran insurance atau takaful pada masa akan datang. Sebab diorang rasa agent makin ramai dan susah nak buat. Tapi hakikatnya, (sila lihat artikel di bawah)....BNM sendiri keluarkan kenyataan bahawa industri insurance / takaful meningkat lebih 40.8% pada tahun 2009, berbanding tahun sebelumnya iaitu dalam 31.5%.



Jadi, kepada agent2 yang dah berada dalam business nie, jangan le dok bimbang akan market. Sebaliknya, sepatutnya kita kena bimbang, adakah kita ini berupaya untuk memenuhi kehendak pasaran masa kini yang lebih focus kepada service driven. Siapa atau mana2 agent yang berikan perkhidmatan yang terbaik akan mendapat tempat di pasaran. Sebaliknya, kalau service lebih kurang atau lebih teruk dari standard yang ditetapkan, mereka tidak akan bertahan lama. Biasa pernyataan yang sering kami gunakan...Die Slowly but Surely...

Oleh yang demikian, agent2 semua, nasihat saya, harap dapat tingkatkan activiti yang mana ia akan meningkatkan productiviti, dan yang paling penting adalah kita buat kerja kita dengan cara yang betul. Urusan harian kita adalah melibatkan wang ringgit dan ada kalanya tunai. Jadi, kita kena buat ikut etika yang telah ditetapkan. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan sampai kita melakukan perkara yang salah dari segi etika kita sebagai agent insurance / takaful. Sebabnya, prospect dan client sekarang lebih bijak disebabkan kemampuan mereka mendapatkan maklumat yang lebih tepat daripada internet. So, kalau kita cakap A (disebabkan kita terdesak untuk secure business atau kita buat atas kepentingan kita sahaja tanpa melihat kepentingan semua) sedangkan perkara sebenarnya adalah B, dan maklumat tersebut boleh dicapai oleh sesiapa sahaja di internet....apa yang client atau prospect akan labelkan kita? Fikirkan lah sendiri.

Akhir sekali, apa yang penting adalah, kita perlu focus dengan kerja kita, sementara kita ada kesempatan masa, umur, kesihatan dan lain2 lagi.

Kepada sesiapa yang berminat nak jadi agent PruBSN Takaful, sama ada full time atau part time, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya ke abdriadi@prupartner.com.my

Sekian.