Sumber kewangan untuk memulakan OD Vs ASB/ASW

Salam semua.


Mungkin ada yang terfikir, saya dok sembang2 pasal OD nie, buat account, pindah kan sana, masukkan sini, kira sana, kira sini, tapi yang jadi pening kekadang adalah...mana nak cekau duit utk buat OD tu...??....betul tak?..

Ok, saya boleh kongsikan beberapa idea. Sesetengah idea nie saya dah buat pun....dan saya pun ceduk idea orang and belajar dari orang lain untuk dapatkan idea nie. So, saya akan share le apa yang saya tahu. Tak faham, boleh tanya...ok? Kita bincang sesama.


1- Simpanan kita. Sedikit demi sedikit, lama-lama banyak le...perlu ada displin yang begitu tinggi. Perlu tahan nafsu. Sebabnya, pantang ada duit sikit...biasa la, masa tu le jugak kita ternampak macam2 yang kita minat....sabaaarrr...tahan sikit. Belum sampai masa lagi. Kalau ada yang dapat bonus tu, jgn terus nak belanja atau settlekan hutang....simpan dulu dalam ASB, study dulu pasal OD, apa yang OD boleh bantu kita utk kurangkan interest dan tambah column asset kita. Yang ini saya start since tahun 2000. Mula2 saya kerja...simpan sikit2. Consistent....kengkawan baru kerja dah pakai wira baru (masa tu kalau pakai proton wira baru pun...aduhai....)...saya?..pakai honda civic buruk je...tahun 1989...tak pe lah..yang penting boleh jalan balik kampung....:D. Saya dapat simpan duit and dapat beli rumah. Now rumah tu dah ada orang sewa...pasif income.


2- Personal loan. Yang ini biasa jugak orang buat. Tapi, kalau saya, saya tak prefer benda nie....sebab kalau buat loan, and buat OD, interest loan kena service, interest OD pun kena service...so, letih sikit laaaa....(tapi option still an option...)


3- Refinance rumah. Yang ini ok sikit...sebab interest rumah rendah sikit dari personal loan. Nak lagi bagus, kalau kita refinance rumah sewa kita (kalau sesiapa yang ada rumah sewa, so, buat refinance, monthly payment dah tentu ada orang tolong bayarkan..i.e tenant la tu...). Cara ni saya ada guna untuk tambah account OD saya....


4- Pajak emas. Yang ini saya tak pernah buat, tapi saya pernah baca dalam forum. Boleh pajak emas, dapat cash, buat OD. Cara macam mana nak buat, kena search le kat internet...:D..Tapi dia punya idea mcm tu la.

5- Buat business. Kalau makan gaji susah nak menyimpan, kena le buat business untuk tambah income. Lepas tu, start menyimpan, and buat le OD untuk tambah simpanan dan pelaburan kita. Pasal business nie pulak, saya nak share sikit...apa business yang anda boleh ceburi....boleh masuk sini untuk lihat apa pilihan business yang ada...


6- Pinjam sedara-mara, adik beradik..:D. Kalau ada sedara-mara yang kaya raya, tak tau duit nak buat apa, boleh le buat paper work, buat kertas cadangan untuk pinjam ..:D. Tapi yang nie, jarang orang nak bg, tapi tak mustahil orang boleh bagi kalau tau caranya. Terutamanya kalau orang simpan dalam ASB, dan dia tak keluarkan...dia nak dividen sebab tu dia tak nak keluarkan..so...buat OD, dividen still dia dapat...so, apa problemnya. Tapi, kita kena buat le business atau perkara yang boleh justify kepada orang yang kita nak pinjam tu, bahawa duit dia tak kena kapur....*adik beradik mungkin boleh lee...kalau kengkawan...atau sedara mara jauh nie....kalau ikutkan track record...hehehe...faham2 je la...:D.

Mungkin ada cara yang lain, boleh update kat bahagian komen. Harap2 komen yang membina je...yang tak membina, saya akan delete..:D

Over Draft (OD) dan Outstanding Credit Card

Salam semua,

Kat sini saya nak share sikit macam mana kita nak jimatkan interest credit card. Kepada sesiapa yang ada hutang credit card yang agak banyak...e.g 5K, 10K, 15K....dan terpaksa bayar minimum payment disebabkan sumber yang agak terhad. Jadi, sekiranya anda account OD nie, (cara macam mana nak ada account OD, saya cadangkan baca sini dulu...mungkin boleh membantu....)

Ok, sebelum apa2 pun, kena fahamkan konsep OD dulu. Sebab dok sembang2 kalau tak faham benda nie, tak guna, letih je nanti membaca.

Ok, kalau ikut apa yang saya faham and cara mudah untuk fahamkan orang..Over Draft atau OD "merupakan satu jumlah kemudahan kewangan (financial facilities)..atau bahasa lagi mudah...loan..., yang diberikan kepada kita oleh bank2 tertentu untuk kita gunakan bagi tujuan tertentu. Sama ada untuk perniagaan, pelaburan, langsaikan hutang dan sebagainya." OD-ASB nie pulak, adalah "kita cagarkan sijil ASB atau ASB atau ASM kepada bank, dan bank akan berikan kita kemudahan kewangan 90%-95% daripada jumlah sijil tu".

Ok, dari segi aplikasinya pulak, contoh kita ada OD 40K dalam current account CIMB kita (andaian, kita buat OD-ASB kat CIMB)...dan bila buat OD nie, duit bank akan disburse ke dalam current account...so, kita akan dapat buku cheque. Kalau nak link kan kita punya current account dengan ATM card kita pun boleh, senang sikit kita nak keluarkan duit.

Seterusnya, duit dalam account tu, kalau kita keluarkan baru dikenakan interest. Interest macam yang saya sebutkan tadi...BLR-1.25%. Current BLR kalau tak silap 5.55%. So, kalau BLR-1.25% = 5.55 - 1.25 = 4.3% per annum daily rest. So, kalau kita keluarkan jumlah untuk kita settlekan credit card, interest yang dikenakan baru 4.3% per annum daily rest.

Apa maksud daily rest?..

- Contoh simple :

01/09/2009 : Keluarkan duit RM 5,000 dari current acc (OD).
So, interest yang dikenakan adalah 5,000 x 4.3% / 365 = 0.589 sen sehari.

So, katakan dalam tempoh 10 hari 10/09/2009, anda ada duit sikit. (Biasanya duit ini digunakan untuk bayar credit card, tapi since credit card dah settled, duit nie di masukkan dalam account OD). Katakan RM 250. So, balance yang kita pakai dari account OD adalah RM (5,000-250= 4,750)...so, interest...1/09/2009 sampai 9/9/2009 adalah 0.589 sen x 9 hari = RM 5.31.

Untuk interest 10/09/2009. Interest akan di kira based on duit yang kita keluarkan awal tadi. So 4,750 x 4.3%/365 = 0.56 sen sehari. Dan begitulah seterusnya. Kita bermain2 dengan angka.

Jadi saya harapkan apa yang saya kongsikan, simple, pendek, tapi harapan saya anda semua boleh faham.

Kalau anda boleh lihat kaitan apa yang saya terangkan ini dengan interest credit card, itu datangnya penjimatan dari segi interest....

Tapi, mungkin ada yang tertanya...kenapa kena convert ke OD, sedangkan kalau kita ada duit let say 40K seperti contoh di atas tadi, kita boleh terus buat settlemen credit card...Memang boleh dan tak salah pun. Cuma kena faham, selain kita bekerja, duit pun kena bekerja untuk kita. Kalau masukkan dalam ASB, duit tu boleh generate another income melalui dividen. Kalau kita terus bayar pakai duit yang kita dapat mula2 tadi, sorry la nak dapat dividen. Kalau dalam sijil ASB / ASW / ASM dan sijil2 tu kita cagarkan ke bank, kita masih layak untuk dapat dividen. Dan dividen tu pulak boleh digunakan untuk masukkan dalam account OD untuk kurangkan interest.

Kalau ada yang tak faham, jangan segan, jangan malu. Kalau perlu tanya selalu...!!!!!

Kembali ke Bahagian Pelaburan - Overdraft

Kenapa Perlu Ambil Medical Card Sekarang??.....

WHY NOW???....
_______________________________________________________________

Salam semua. Just nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical sekarang???Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card nie tak penting, mungkin sebab masih bekerja di Syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya.Tapi....persoalannya....sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..

1. Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan?..dan kita pulak asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama company boleh tanggung kita?...Company nak simpan lagi ke orang2 yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je?...kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja kita mcm nie, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?...masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?...so, mcm mana?...

Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...

2. Minyak naik, kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motorsikal atau naik kenderaan awam. Barang naik?..kita boleh kurangkan atau pilih barang2 yang kurang naik. Toll naik?...kita boleh elak, ikut jalan yang toll free.

Tapi, pernah ke kita terfikir, bahawa 'PERSARAAN' kita daripada bekerja akan tetap sampai. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa tu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita bebetul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih productive dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA.....jadi...masa tu baru nak amik medical card?...Kalau sihat, ok, kalau dah sakit?..mcm kes no 1 di atas la. Pihak Insurance/takaful pulak akan menetapkan pelbagai syarat. Medical Check up la. Kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.

Selama sihat tak pernah buat medical check up, sekali umur 55, konon2 nak cari medical card...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik?....rasa2nya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang?Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, "MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN dan HIDUP SEBELUM MATI"

Ok, ini pulak saya ada satu copy muka depan The Star 27/05/2007. Muka depan rakan2 sekalian..bukan muka tengah atau muka belakang. Rasa2nya lah, kalau keluar depan paper, penting ke tak penting..atau sensasi atau tidak sensasi. Cuba tengok, kadar Inflasi bagi Medical setahun 15%. Maknanya kalau kita lambat beli medical card, tahun depan, harga medical dah jadi 15%extra. Sebab tu kena amik sekarang.So,, cuba fahamkan, apa yang The Star ni cuba terangkan kepada kita semua.



Saya tambah sikit....kalau sebelum ni saya ada beritahu, minyak naik, barang akan naik, minyak turun, barang tak turun. Sekarang minyak dah turun, tapi, barang tetap naik, termasuklah cost rawatan dan medical insurance. Jadi...jangan berlengah-lengah lagi..

Kembali ke Artikel Insurance / Takaful

Cara Isi Form Autodebit atau Credit Card Takafulink

Cara untuk isi form Autodebit dan Credit card takafulink adalah seperi dibawah.

1- Bank yang tak perlu minta pengesahan tandatangan adalah Maybank. Yang lain2 (CIMB, RHB Islamic) kena amik pengesahan i.e cop dari bank.

2. Hendaklah dihantar secepat mungkin, sebab amik masa nak approved. Kalau boleh hantar sekali masa hantar proposal form.

p/s: akan diupdate kemudian.

Kembali ke Cara Isi Borang Takafulink

Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card...

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kou tau dari awal ke yang kou akan kena sakit nie?...." atau "Kou memang nak ke, sakit nie terkena kat kou"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada keboleha untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.

Sekiranya nak tahu bagaimana plan Prudential BSN Takaful ni boleh bantu anda supaya tak jadi seperti yang dalam berita nie, hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau emailkan maklumat anda ke abdriadi@prupartner.com.my untuk dapatkan quotation percuma. Atau masuk sini : http://www.azizriadi.com/request-for-quotation-rfq.html

Sekian.

-> Kembali ke Artikel Insurance / Takaful

Al Isra' : Agent Planning Workshop 2009

Alhamdulillah,


Sabtu 10 Januari 2009 yang lalu, kami telah pun selesai melakukan perancangan dan sasaran jualan (sales target) untuk tahun 2009. Beginilah setiap awal tahun, agency kami akan mengadakan satu program khas untuk agent-agent membuat perancangan dan target sales untuk tahun tersebut.


Penting sangatkah workshop seperti ini diadakan?....Kalau dari pengalaman saya, cara ini amat berkesan untuk kita clear dengan apa yang kita nak buat dan macam mana kita nak buat.




Perancangan dan sales target amat penting dibuat pada awal tahun antara kelebihannya (pada pendapat saya)


1- Agent lebih focus dengan apa yang perlu dilakukan

2- Agent ada guideline mengenai aktiviti yang diperlu dilakukan untuk mencapai sasaran jualan pada tahun itu.

3- Memastikan motivasi dan momentum agent sentiasa berkekalan sehingga hujung tahun.

4- Memberi kelebihan kepada agent-agent yang baru untuk belajar bagaimana menguruskan perniagaan insurance / takaful dengan lebih sistematik dan tersusun.

5- Membolehkan agent-agent menjalankan perniagaan insurance dengan lebih effisien.

6- Mengeratkan hubungan antara agent-agent dan manager

7- Bertukar-tukar idea dalam melaksanakan perancangan....dan banyak lagi.


Sekian.

 

Sales Kit PruBSN Takaful..

Assalamualaikum,

Saya biasa akan gunakan sales kit dalam aktiviti presentation. Sebab senang nak terangkan kepada client/prospect mengenai plan dan term & condition yang ada dalam plan tersebut. Dengan menggunakan sales kit ini, saya banyak membantu agent2 baru untuk belajar membuat penerangan kepada prospect dengan lebih cepat dan berkesan. Walau bagaimana pun, ilmu asas presentation yang memerlukan kita menulis di atas kertas pun amat penting. (i.e 2 lines presentation and life line presentation)

Sales kit ini lebih kepada alat bantuan presentation sekiranya kita belum mahir menggunakan teknik presentation di atas kertas kosong.

Ini adalah antara gambar dan bentuk sales kit yang saya gunakan dan sediakan kepada agent-agent saya.




Muka depan sales kit. Saya letakkan "The Face You Can Trust" di depan sekali. Kenapa agaknya?....sebab untuk yakin kan prospect, yang Prudential merupakan syarikat insurance/takaful yang established dan pernah dapat anugerah "Trusted Brand" di Malaysia & Asia. Ini penting, sekiranya prospect bertanya kepada kita...kenapa saya perlu amik plan Prudential...so, biasa, ayat ini yang saya akan keluarkan. Ada ayat2 lain, tapi yang itu kena masuk training laa...:D


Sales kit ini dihasilkan daripada pengalaman saya dan beberapa pengalaman dari agent2 yang top di group kami Al Isra'. Tujuan tak lain dan tak bukan, untuk memudahkan dan membantu agent2 baru untuk membuat presentation dengan lebih teratur dan sistematik.

Bahagian ini menerangkan keseluruhan plan secara ringkas dan bahagian2 perlindungan dan manfaat lain. Pada saya, ini memudahkan agent2 menerangkan kepada prospect mengenai plan Prudential (takafulink/prulink) secara keseluruhan. Di sebelahnya pula, senarai hospital panel yang mana biasa saya akan tunjukkan kepada client senarai hospital yang berdekatan dengan mereka yang boleh mereka pergi untuk mendapatkan rawatan dan bayaran kos rawatan dibayar secara online terus ke Hospital. Bukan client bayar dulu baru claim. Cuma kena settlekan co-insurance / co-takaful sahaja.


Ok, selepas tu, contoh claim pulak. Biasa la, insurance/takaful ni, kalau tak de contoh claim saya rasa susah sikit nak confidentkan orang. Jadi, kalau ada contoh claim, lagi senang kita nak tunjukkan macam mana plan ini dapat membantu prospect atau client sekiranya memerlukan kos rawatan perubatan. Dan macam mana pulak elaun hospital di bayar.


Bahagian ini pulak pada saya penting sebab biasanya client/prospect tanya, bila start coverage. So, kalau ada diagram macam nie lebih senang nak terangkan. Kalau kita tak ingat pun, kita boleh terangkan dengan yakin. Dan yang paling penting prospect atau client senang nak faham. Bila senang nak faham , peluang untuk dia sign up on the spot lebih cerah. Dan saya biasa gunakan bahagian ini untuk tekankan, kenapa Prospect perlu amik plan ini sekarang.


Sebelahnya pulak, contoh penyakit breast cancer yang selalu kita dengar dan sekarang nie macam dah jadi common illness. So, kenapa pentingnya medical card yang bayar secara online, tanpa kita bayar duit kos rawatan terlebih dahulu dan kemudian baru claim. Dan kenapa kita, walau pun dah ada manfaat penyakit kritikal dalam polisi kita, kalau tak de medical card akan menyusahkan kita untuk mendapatkan rawatan segera, sebabnya, manfaat penyakit kritikal akan dibayar bila stage cancer 3 atau 4...so, kalau cancer tu dikesan pada tahap 1 atau 2, dan boleh dirawat, tapi pampasan sakit kritikal tak boleh nak claim lagi...

Jadi, kat situ datangnya kepentingan medical yang bayar secara online.

Setiap orang ada cara masing2, sekadar berkongsi cara saya buat presentation, handling objection dan closed case.

Tapi, kalau ada sales kit pun, tak jumpa seramai mungkin orang, tak guna jugak....:D
Nota : sesiapa yang nak order sales kit yang saya buat nie, boleh masuk sini
Order Sales Kit
Sekian.