New MD2 Agent Code

Assalamualaikum....tahniah, anda semua ada agent code baru. Sila rujuk senarai di bawah dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi).





















Kepada agent-agent yang masih memerlukan tandatangan Leader atau CAT, sila hubungi

1- Aziz Riadi
2- Shukor Idris

Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card...

Ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes yang pesakit, walau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Sebagai contoh...lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.

Ini membuktikan, ada kalanya walau pun kakitangan kerajaan, tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.

Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes dimana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalau lah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana?...kita sanggup tunggu dan berserah begitu sahaja?....

Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu....jangan kita dah le tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula....

Ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi?...sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan....langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi....."Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"....

Jadi, sama le juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.

Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan...boleh rujuk sini untuk penyakit2 yang tak dilindungi.

2- Yang paling penting, medical card nie bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bill sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?...lepas tu, claim pulak...kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?....Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurance atau Co-Takaful. ( 10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000). Itu sahaja. Nak tengok contoh claim yang telah kami buat?...klik sini

3- Walau pun kena Ko-insurance atau Ko-takaful, plan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital...,jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, walau pun kena ko-takaful, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.

Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.


Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?...atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?...Fikir2kanlah....

Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan..."Sudah terhantuk baru nak mengadah..". Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah lee...tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambil medical card....boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu. Sebabnya...tengok je la contoh sura kat bawah nie. Boleh mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat Insurance reject....sebab dah ada macam-macam penyakit. Nak try apply company insurance/takaful lain pulak?.....apply le kalau boleh dapat...saya ucapkan semoga berjaya...
Akhir sekali, anda fikirkan lah. Apa yang saya ceritakan, bukan omong2 kosong atau rekaan saya. Semuanya saya sertakan dengan bukti. Lebih 7 tahun saya jadi agent, Alhamdulillah, dah ramai keluarga yang saya bantu selesaikan bil hospital mereka. Kalau tidak, tak pasal-pasal berhutang dengan credit card berpuluh2 ribu.

Sekiranya anda berminat nak tau lebih lanjut mengenai plan ini, anda boleh memohon quotation secara online di sini. Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh call saya terus 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email di abdriadi@prupartner.com.my



Kerja Kosong : Admin Assistant & IT Support Staff

Assalamualaikum,

Jawatan Kosong di Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd.

No 14, Block B, 2nd Floor
Jalan Jambatan Kota
Prima Klang Avenue
41150, Klang
Selangor
Tel : 03-33442972 / 019-323 2121 / 013-3972177

Peta lokasi : Klik Sini


1. Admin Assistant

2. IT Technical Support Staff


1. Admin Assistant

Kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan sebagai Assistant atau ada diantara anda semua yang mempunyai kenalan yang sedang mencari pekerjaan, saya ada beberapa kekosongan jawatan sebagai Admin Assistant.

Berikut adalah skop kerja sebagai Admin Assistant di syarikat kami.

1- Membantu pentadbiran pejabat (Account dan Admin)
2- Berkomunikasi dengan HQ mengenai tuntutan insurans/takaful
3- Membantu kerja-kerja menyediakan proposal insurans / takaful
4- Pelbagai kerja-kerja pejabat yang berkaitan.

Pengalaman adalah satu kelebihan. Latihan akan diberikan kepada calon2 yang berjaya. Kemasukkan segera.

Syarat Kelayakkan

- Umur antara 20 hingga 26 tahun
- Minimum SPM atau Diploma
- Diploma dalam Pengurusan Pejabat atau Pengurusan Perniagaan merupakan satu kelebihan.
- Boleh berkomunikasi dengan baik(sama ada dalam Bahasa Melayu atau English). Sekiranya tidak mahir berkomunikasi, latihan akan diberikan
- Boleh berkerja dalam kumpulan
- Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Gaji basic : RM 1,000 - 1,300 sebulan.

- Benefit lain
1- Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
2- Cuti Tahunan
3- Cuti Sakit
4- Bonus berdasarkan kepada prestasi kerja.
5- Elaun handphone
6- EPF / SOCSO
7- Perlindungan Takaful (Medical Card dan simpanan).


2. IT Technical Support Staff

Kami juga mencari calon-calon untuk mengisi jawatan sebagai Technical Support Staff dalam bahagian IT di syarikat kami.

Skop kerja :

1. Memberikan bantuan teknikal mengenai IT di syarikat kami dan syarikat2 sekutu kami seluruh Malaysia.
2. Memberi sokongan teknikal laman web dan beberapa sistem IT yang kami gunakan sekarang dan pada masa akan datang.
3. Memberi laporan berkenaan IT (dari segi keperluan baru, kerosakan, penambahbaikan dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan sistem maklumat)

Kelayakkan

1- Min Sijil atau Diploma IT atau Sains Komputer
2- Fresh Graduate atau setahun pengalaman dalam bidang berkaitan
3- Mahir menggunakan Internet
4- Mahir dalam pembangunan web atau aplikasi internet merupakan satu kelebihan.
5- Mahir menggunakan software yang berasaskan Java, PHP dan sistem aplikasi internet Joomla.

Gaji Basic : RM 1,500

Benefit lain.

1- Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
2- Cuti Tahunan
3- Cuti Sakit
4- Bonus berdasarkan kepada prestasi kerja.
5- Elaun handphone
6- EPF / SOCSO7- Perlindungan Takaful (Medical Card dan simpanan).


Berminat, sila hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email saya di abdriadi@prupartner.com.my

Sekian

Abd Aziz Bin Riadi
Agency Manager
Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd


Testimonial

Bukti claim dan testimonial pemegang polisi yang pernah membuat claim. Buat sementara ni , saya letakkan kes2 yang agak besar sahaja. Sebab kalau claim yang kecik2 ni dah banyak sangat.

Testimoni -1.

Info Kes : Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Hospital : Subang Jaya Medical Centre
Symptom : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat angin dalam perut (sbu perut). Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh manjadi pitam.
Maklumat Rawatan : Pembedahan untuk membuang batu karang dalam buah pinggang.
Kos Rawatan : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill dibayar oleh Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital : RM 4150 (termasuk elaun bedah)

Premium Bulanan : RM 150 Sahaja....(Tahun 2005)


Bill Batu Karang
   

Cheque Claim HB


Cheque Claim HB RM 4150


Testimoni - 2

Info Kes : Breast Cancer (removal)
Hospital : Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH)
Symptom : Ada ketumbuhan kecil di bahagian payu dara
Maklumat Rawatan : Removal of right breast. Follow up dengan rawatan Kimoterapi.
Kos Rawatan Setakat ini : RM 15,000K++
Elaun Hospital : RM 4,450++
Caruman Bulanan: RM 250 (tahun 2006)

Bill dibayar terus ke hospital...client hanya bayar 10% co-takaful, maksimum RM 1000. Dalam case nie, client kena bayar RM 1,000. Selebihnya diselesaikan oleh PruBSN Takaful.




Masuk wad 8 hari, sehari elaun hospital RM 400, 8 hari x 400 = RM 3,200 (dah lepas duit co-takaful, siap dapat lebih lagi)..and yang paling special...and saya rasa susah nak jumpa kat plan2 lain selain Prulink/Takafulink daripada Prudential/PruBSN Takaful iaitu adalah...SURGICAL PROCEDURE BENEFIT . Breast cancer (removal)...level 5 : RM 1,250...so, total elaun diterima := RM 4,450.





Yang ini cheque yang client dapat. Apa yang ditulis dalam polisi, akan dibayar...tiada satu pun tak dibayar....so, jangan le hendaknya masih ada yang tak percaya dengan insurance/takaful lepas nie...


Ok, akhir sekali, selepas rawatan selesai, dan dapat elaun hospital, elaun bedah dan sebagainya, dapat pulak pampasan sakit kritikal RM 20,000 (lumpsum)..then, lepas tu caruman RM 250 sebulan, tak perlu nak bayar lagi, sebab cancer, (salah satu sakit kritikal). Policy remain inforce (i.e boleh cover) selagi benefit ada atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu. Client nie baru je bayar 12 bulan, RM 250 x 12 = RM 3,000. Bill dah berapa?..elaun hospital, pampasan sakit kritikal.....lihat lah sendiri kenapa kita perlu ada plan Takaful yang comprehensive....boleh contact saya kalau nak tau lebih lanjut : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my


Testimoni-3
Info Kes : White Wolf Parkinson Disease (sakit di bahagian arteri)
Hospital : IJN, Melaka Symptom : Sakit dada dan jantung berdegup kencang. Sesak nafas seperti orang kena serangan jantung.
Maklumat Rawatan : Tiada maklumat terperinci. Akan di update setelah dapat bill dari hospital mengenai rawatan yang dibuat. Kos Rawatan : RM 16,000 ++ Elaun Hospital : RM 4850 (termasuk elaun ICU)








Lagi Claim utk client...ini semua claim elaun Hospital dan elaun bedah. Ada yang claim bill dengan PruBSN, ada yang claim bill dengan company client kerja. Tapi Elaun Hospital tetap akan dapat. Berbaloi2...



Jadi kepada anda yang masih lagi mencari2 plan mana yang bagus dan sesuai untuk anda dan keluarga anda, dapatkan khidmat nasihat percuma dari kami....hubungi saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my

Jangan segan, jangan malu, kalau perlu tanya dahulu....


Kembali ke Plan Takafulink

Keyman Insurance / Takaful

Salam semua. Sekiranya anda seorang businessman, atau ada perniagaan sendiri, anda harus baca apa yang saya ingin sampaikan ini. Ianya mungkin bermanfaat untuk anda pada masa akan datang.

Seperti juga kereta, bangunan, dan jentera2 yang anda mungkin gunakan dalam perniagaan anda, semuanya anda insurancekan dengan sejumlah premium untuk mendapatkan perlindungan atau pampasan kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap barang2 yang disebutkan tadi. Akan tetapi, kekadang kita terlupa apakah asset yang paling penting sebenarnya?...ianya adalah diri kita...so, macam mana kita nak fahamkan kenapa perlunya insurance perniagaan yang membayar pampasan sekiranya sesuatu terjadi kepada pemilik perniagaan tersebut.

Sebagai pengenalan, terdapat beberapa Business Insurance yang ada sekarang ini. Jadi secara umumnya, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.


    • SOLE PROPRIETER

    • CORPORATION

    • KEYMAN

    • PARTNERSHIP





    • SOLE PROPRIETER

    Dalam perniagaan pemilikan tunggal (kita sorang je tokey) apakah perkara yang paling penting dan aset yang paling berharga? Aset Perniagaan adalah seperti Bangunan, bahan mentah, barang siap, mesin dan sumber pekerja



    • CORPORATION

    Perniagaan secara Corporation



    • KEYMAN

    • PARTNERSHIP

    Any feedback, boleh email ke abdriadi@prupartner.com.my atau call 019-323 2121 (Aziz Riadi)

    Takaful Puteri


    MANFAAT TAKAFUL PUTERI

    Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

    Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.


    Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
    Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu


    [ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]


    Pelan Takaful Puteri menawarkan :
    • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

    Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

    • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.

    • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)



    MANFAAT PENJAGAAN WANITA


    A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

    Kanser berkaitan wanita

    • Kanser payudara atau

    • Kanser Uterus Serviks atau

    • Kanser Tiub Falapio atau

    • Kanser Ovari atau

    • Kanser Uterus atau

    • Kanser Vagina/Vulva

    atau

    Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

    30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


    B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

    • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau

    • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau

    • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau

    • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

    MANFAAT PENJAGAAN IBU

    A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


    Komplikasi Kehamilan

    • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau

    • Kehamilan Ektopik atau

    • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau

    • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau

    • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

    B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

    Penyakit-penyakit Kongential Bayi

    • Sindrom Down atau

    • Kecacatan Vetrikel Septum atau

    • Kecacatan Atrium Septum atau

    • Spina Bifida atau

    • Lelangit Rekah

    Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
    Nota :

    Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan
    Sila klik di sini untuk mendapat jumlah caruman dan quotation atau hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.
    Kembali ke Plan Takafulink

    36 Jenis Penyakit Kritikal

    Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini adalah ringkasan sahaja. Maklumat lengkap akan diupload sedikit masa lagi.


    Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.


    PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

    1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
    2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
    3- STROK
    4- KANSER
    5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
    6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
    7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
    8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
    9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
    10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
    11- KOMA
    12- BUTA
    13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
    14- PEMBEDAHAN AORTA
    15- PENYAKIT ALZHEIMER
    16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
    17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
    18- KEBAKARAN PARAH
    19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
    20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
    21- PENYAKIT MOTOR NEURON
    22- PENYAKIT PARKINSON
    23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
    24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
    25- ANEMIA APLASTIK
    26- DISTROFI OTOT
    27- POLIOMIELITIS
    28- MENINGITIS BAKTERIA
    29- TUMOR OTAK BENIGNA
    30- ENSEFALITIS
    31- FULL BLOWN AIDS
    32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
    33- PEMBEDAHAN OTAK
    34- SINDROM APALIK
    35- TRAUMA KEPALA UTAMA
    36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

    Kembali ke Takafulink / Takafulink Cerdik

    Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal


    1. Serangan Penyakit Jantung.
    Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

    i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
    ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
    iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

    Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
    Angina juga dikecualikan secara khusus.


    2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.

    Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.


    3. Strok.
    Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

    Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.


    4. Kanser.
    Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

    Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
    i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
    ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
    iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
    iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
    v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
    vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).


    5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )

    Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.


    6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia

    Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.


    7. Pemindahan Organ Utama.

    Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

    i. Buah Pinggang
    ii. Paru-paru
    iii. Hati
    iv. Jantung
    v. Sum-sum tulang


    8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
    Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

    i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
    ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
    iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.


    9. Hepatitis Virus Fulminan.
    Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

    Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-
    a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
    b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
    c. Penyakit kuning yang teruk.

    Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.


    10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
    Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.


    11. Koma.

    Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

    Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.


    12. Buta.
    Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.


    13. Penggantian Injap Jantung.

    Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

    Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.


    14. Pembedahan Aorta.

    Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.


    15. Penyakit Alzheimer.
    Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

    Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.


    16. Hilang Pendengaran / Pekak.
    Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.


    17. Hilang Percakapan.

    Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

    Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.


    18. Kebakaran Parah.

    Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.


    19. Penyakit Membawa Maut.
    Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.



    20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.

    Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

    i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
    ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
    iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

    Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.


    21. Penyakit Motor Neuron.
    Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

    Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.


    22. Penyakit Parkinson.

    Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

    i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
    ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

    Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
    i. Pengalihan

    Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
    ii. Pergerakan

    Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
    iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

    Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
    iv. Berpakaian

    Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
    v. Mandi / Membasuh

    Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
    vi. Makan

    Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
    Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.


    23. Penyakit Hati Kronik.
    Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-

    - Penyakit kuning kekal;
    - Askit;
    - Ensefalopati;
    - Hipotensi portal.

    Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.


    24. Penyakit Paru-paru Kronik.
    Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

    Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
    i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
    ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
    iii. Disponea ketika berehat.


    25. Anaemia Aplastik.
    Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

    i. Transfusi produk darah secara berkala.
    ii. Agen perangsang sum-sum.
    iii. Agen imunosupresif.
    iv. Pemindahan sum-sum tulang.


    26. Distrofi Otot.


    Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
    i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
    ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
    iii. Elektromiogram sifatan
    iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

    Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.


    27. Poliomielitis.

    Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.


    28. Meningitis Bekteria.
    Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.


    Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

    i. Pengalihan
    Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

    ii. Pergerakan
    Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

    iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
    Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

    iv. Berpakaian
    Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

    v. Mandi / Membasuh
    Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

    vi. Makan
    Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

    Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.


    29. Tumor Otak Benigna.

    Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

    Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
    i. Sista;
    ii. Granulomas;
    iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
    iv. Haematomas;
    v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
    vi. Tumor saraf akustik.


    30. Eusefalitis.
    Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.



    Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

    i. Pengalihan
    Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

    ii. Pergerakan
    Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

    iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
    Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

    iv. Berpakaian
    Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

    v. Mandi / Membasuh
    Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

    vi. Makan
    Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

    Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.


    31. Full Blown AIDS

    Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

    i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
    ii. Kaposi Sarcoma;
    iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
    iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
    v. Tuberculosis Aktif;
    vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
    vii. Malignant Lymphoma.

    Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.


    32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
    Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.


    33. Pembedahan Otak.
    Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.


    34. Sindrom Appalic.

    Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.


    35. Kecederaan Kepala Utama.

    Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

    Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
    i. Pengalihan

    Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
    ii. Pergerakan

    Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
    iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

    Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
    iv. Berpakaian

    Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
    v. Mandi / Membasuh

    Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
    vi. Makan

    Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.


    36. Kehilangan Anggota Badan.
    Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.


    Semua yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.

    ATAU

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my

    Kembali ke Plan Takafulink