Pengalaman saya..: Beza kerja makan gaji dan buat business Insurance / Takaful..

Apa beza kalau kita kerja makan gaji dengan buat business...?

Ini saya nak share kepada sesiapa yang baru bekerja...anda boleh check sendiri dengan individu yang saya akan highlight nie, atau anda boleh tunggu sendiri utk rasa pengalaman tersebut.

1. Bermula dari selepas graduate dan kita start kerja ikut bidang yang kita belajar...atau lari sikit...

Kita sangat teruja...dan bersemangat nak deliver apa yang majikan atau boss kita berikan. Sebab nak apply apa yang kita belajar. Then, nak cari pengalaman...cukup rajin, kerja extra hours, payment?..kurang penting, sebab process dan peluang nak dapatkan pengalaman lebih penting...

Bila masuk tahun pertama, appraisal....sekali dapat increment tak sampai 10%....kalau gaji 2500, dapat increment 100 je setahun...so, cuba kira kalau 10 tahun?..baru naik RM 1K, kalau ada adjustment gaji, boleh le cecah RM 1500 sepanjang 10 tahun tu. So, berapa gaji?..selepas 10 tahun? RM 4,000. (ini saya suruh anda berfikir)

Lepas tu pulak, jumpa member2...masa gathering start comparing, "Kou dapat income kerja kat sini berapa?..kerja macam mana?..peluang naik pangkat macam mana?..increment macam mana?..bonus semua mcm mana?..benefit macam mana?...then, baru tahu, increment sikit...

Tahun ke-2, masih bersemangat lagi, seterusnya sampai tahun ke-3 dan ke-4...kemudian, dah berkeluarga...increment tak boleh nak cover cost kenaikkan barangan keperluan...start fikir nak jump kerja lain.

2. Jump kerja lain...

Ingatkan ok, tapi cuma ok sekejap sahaja, process pertama tadi berulang lagi....so, sampai bila nak jump?..umur makin meningkat atau stay sahaja?...skill?..compare dengan staff2 baru. Memang pengalaman kita ada...kalau kita nak jump pun, berapa company lain boleh offer?...kalau gaji dah 5-6K...nak jump, company lain, boleh bg RM sampai 8-9K?...so, kalau boleh pun, macam mana agaknya kerja dia tu?...

3. Terfikir nak buat bisness...cuba le macam2...lepas tu, start fikir nak join bisness yang cepat dapat untung, terjebak dengan skim cepat kaya, ingatkan lagi kaya, tapi tak pasal2 berhutang atau duit simpanan habis...atau susut.

So, hati2....kalau nak buat business, kena buat yang bebetul...rancang bebetul. Dan kat sini saya nak cadangkan anda buat business insurance / takaful...

Sebabnya, modal sangat kurang (tersangat2 kurang)..tapi reward yang diperolehi tersangat besar berbanding dengan modal. Cuma untuk permulaan, effort kena lebih sikit. Kalau buat bermalas-malasan...dapat pun kecil-kecilan...kalau buat dengan penuh dedikasi...saya boleh tunjukkan jalan, macam mana nak dapatkan INCOME CONSISTENT min 10K sebulan dalam masa setahun....tapi bebetul kena follow apa yang disuruhkan..kemudian, usaha dengan penuh dedikasi...anda akan lihat progressnya nanti.
Business insurance / takaful...kita boleh dapat increment setiap minggu. Berbeza dengan makan gaji yang dapat increment hanya setahun sekali. Lepas tu pulak, dapat bonus 2 kali setahun, maksudnya setiap 6 bulan dapat bonus...kalau kerja makan gaji, bonus setahun sekali, itu pun kekadang ada, kekadang tak de...tapi dalam Prudential khususnya, bonus kita boleh set nak berapa dan yang paling penting, sebelum dapat tu, dah tahu berapa amount akan dapat. So, baru le boleh plan macam2...nak tambah column asset....

So, fikirkan sahabat2 saya sekalian...ramai orang akan melalui benda nie, kalau tak tak caya (yang muda2 nie)...cuba tanya kengkawan kerja yang senior2...yang umur dah cecah 35 tahun ke atas...tanya diorang, apa respond diorang kalau you tanya pasal benda nie?...

Sebab apa?..sebab saya dah laluinya....dan ramai kengkawan saya dah laluinya...tapi Alhamdulillah, saya bertindak lebih awal...umur 26 tahun, saya dah start buat business insurance...mmg susah memula. Nak dapatkan sales...tapi saya tekun dan yakin, satu hari nanti saya akan dapat income dan simpanan atau pelaburan yang saya inginkan....consistent, highly discipline...Alhamdulillah, dapat.

So, kalau orang2 biasa2 macam saya boleh dapat, anda yang hebat2 kat luar tu, takkan tak boleh. Apa yang anda perlukan sekarang nie untuk permulaan adalah.."Tukar cara anda berfikir...Insyallah, anda akan lihat perubahan ketara dalam keseluruhan kehidupan anda"...

Nak tahu lebih lanjut pasal business Insurance nie, boleh masuk blog saya

http://www.azizriadi.com/2008/05/syarat-kelayakan-untuk-menjadi-agent.html

atau contact saya, kita sembang2...Aziz Riadi (019-323 2121)

Sekian.


>> Kembali ke Artikel Utama
__________________
Ingat MEDICAL, Ingat PRUDENTIAL
Mencari Medical Card, Takaful, Education Plan?.....Hubungi Saya
Abd Aziz Riadi , Agency Manager
H/P : 019-323 2121 @ Tel : 03-33775813
Email : abdriadi@prupartner.com.my, Blog:http://www.azizriadi.com/, YM : azizriadi

Nekad Sesaat......

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan Al Mubarak.


Saya nak berkongsi sedikit cerita daripada agent baru saya. Ianya bermula semasa saya buat sessi coaching bersama agent baru ni. Agent baru nie perempuan dan kalau tengok dari perwatakannya, beliau agak pendiam dan pemalu. Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah, macam mana beliau berfikir dalam menjalani aktiviti sebagai seorang agent takaful.


Biasa la...agent baru, memang malu2 nak approach prospect dan bagitau diorang yang kita nie buat business insurance. Sebab dalam kepala kita dok fikir..."Entah2 dia dah ada"..."Dia nampak macam tak nak je"..."Nampak macam serious je"..."Segan le...takut kena reject"...dan pelbagai andaian terkeluar dalam kepala. Jadi, saat ini, keputusan anda amat penting. Apa yang anda putuskan bermula dalam minda anda, amat penting. Sebabnya, kalau kita dok fikir2 atau assume atau pre-judge, apa yang kita dapat?...kita not even buat lagi pun, dah fikir macam-macam. Kita bukannya "fortune teller"...sebab kita tak tau apa yang ada dalam fikiran prospect kita. So, kata2 azimatnya adalah "NEKAD SESAAT"....so, nekad je, untuk tegur atau approach prospect tu. Result jangan fikir dahulu, outcome jangan kita risau...sebab yang penting kita buat 1st step, iaitu tegur dulu.


Jadi, kita kembali kepada cerita agent saya nie, sekali approach, prospect tu very2 positive dan ada chance untuk open dia plan takafulink (simpanan dan medical card). Sebab apa?..kita tak tau prospect nak ke tak nak policy selagi kita tak buat fact finding atau dengan bahasa yang mudah, selagi kita tak tanya.


So, macam tu la ceritanya. Dalam kita terfikir2 macam yang negative. Amik masa sesaat utk kita nekad dan approach. Kalau kena reject sekali pun, apa yang kita rugi?...kita hanya mampu sampaikan apa yang terbaik kepada prospect kita. Selebihnya Allah yang pegang hati2 mereka. So, kena le berdoa " Ya Allah, Engkau bukakanlah hati prospect nie, supaya beliau menerima cadangan takaful yang aku berikan"...kena berdoa....mudah-mudahan client akan lembut hati.


Pekara ini lebih kepada keupayaan kita untuk "PERCAYA"...sebab business insurance/takaful agent perlu percaya..bahawa rezeki yang Allah bagi untuk semua orang. Kalau orang tu kerja kuat, Insyallah, dapat banyak. Kalau kerja dah kurang, apa yang kita harapkan?...

Selain percaya, anda perlu ada DETERMINATION yang tinggi. Bahasa yang paling mudah kalau you nak sesuatu tu, you akan berusaha untuk dapatkan apa yang you nak. You nak, kena NEKAD SESAAT....buat keputusan dan bertindak. Dalam business insurance / takaful, pada saya kita kena buat dulu baru analysed, jangan asyik analysed...akhirnya kita tak buat apa2 tindakan pun.


Macam mana kita nak dapatkan determination dengan apa yang kita buat?...pada saya mudah..."Agent perlu ada CRYSTAL CLEAR GOAL". Maknanya apa yang agent tu mahukan, diorang perlu jelas...apa dan kenapa?....selepas tu, buat planning untuk dapatkan jawapan bagaimana nak buat. Akhir sekali adalah platform untuk kita praktikkan apa yang kita belajar. Jadi, seperti gambar di bawah ni, kalau anda boleh bayangkan apa yang anda ingin capai, sooner or later, Anda akan dapat. Insyallah.



determination_full



Free Gift for August 2011....

Salam semua....

Dapatkan Ogawa Neck Supporter ...seperti di bawah....sesuai untuk letakkan kat kereta, kalau letih memandu sempena hari perayaan nanti. Ada vibrator...untuk hilangkang rasa letih dan mengantuk. ....





DSC_2815




Macam mana nak dapatkan?...mudah sahaja. Sesiapa yang sign policy takafulink dengan kami minimum RM 150 sebulan satu policy..anda akan layak untuk menerima hadiah ini. Hubungi kami 019-323 2121 (Encik Aziz) atau 013-3882177 (Puan Iera) untuk set temujanji. Protection pun dapat, "bantal leher" pun dapat percuma. Dapatkan segera sementara stok masih ada.

TQ

August 2011 Bonanza....Duit Rayaaaa!!!

Salam semua agent2 Prudential....ada berita baik sempena Ramadhan nie. Memang berkat bulan Ramadhan. Cash Contest...mudah sahaja....kalau tak nak grab, tak tau nak cakap apa....sila lihat flyers di bawah.
August bonanza
So, ayuh, teruskan usaha kita. Kalau dulu, kita kerja makan gaji, kalau nak dapatkan duit raya dari majikan, kena tunggu dan tak sure, ada ke tak de, ada ke takde...tapi, buat Prudential, dah tersedia...mudah sangat.

Kalau 5,000 ACI : 150 sebulan x 3 cases : 5,400 ACI..dah dapat RM 200. Kalau nak RM 400, capatkan 6 cases : dah 10,800 ACI.

Tips : List down senarai prospect atau client yang kita dah open sebelum nie, untuk kita follow up....contoh :

1. Encik Prospect A 1 cases 2,400 ACI

2. Encik Prospect B 2 cases 3,600 ACI

3. Puan Prospect C 1 cases 1,800 ACI...

Dan macam tu le seterusnya, lepas tu, kena focus, phone call untuk buat appointment. Then, bila dah dapat appointment, share maklumat takaful plan dengan cara yang terbaik. Kita usaha, Allah akan tentukan. Jangan sekali2 give up. Insyallah, apa yang kita usahakan akan dapat ganjaran. Kalau tak closed sekali pun, ingat, kita telah sampaikan sesuatu yang baik kepada prospect...." ..berpesan-pesan pada jalan kebenaran, dan berpesan-pesan pada jalan kesabaran"...Surah Al Asr.

Jadi ingat, kalau tak closed sekali pun, percayalah...kita dah dapat ganjaran dari Allah, sebab kita berpesan2 kepada perkara yang benar. Apa yang benar?...yang benar adalah, kalau seseorang itu ditimpa musibah atau diuji dengan penyakit, menyebabkan mereka memerlukan sumber kewangan untuk tanggung kos rawatan mereka, dan pada masa tersebut pula mereka tidak mempunyai dana yang cukup dan boleh diperolehi segera....mereka akan gunakan sumber lain yang ada....yang cepat..apa dia?..Credit Card....

Nama dah credit card..tak pasal2 berhutang, and bila keluar hospital?..bill 20K-30K, boleh settlekan terus ke?...sure kena bayar sikit2...dan sure kena interest....interest itu apa?..riba'...riba itu apa?....riba' itu haram. Bertepatan dengan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 275.

Surah Al Baqarah Ayat 275

Jadi, kalau ada plan takafulink yang ada medical card...

1. Bill hospital RM 20,000 PruBSN akan settlekan direct dengan hospital (client masuk wad, tapi yang berhutang PruBSN...)

2. Keluar hospital dapat lagi duit pocket (elaun hospital)
3. Kalau ada pembedahan, dapat lagi elaun bedah untuk tanggung kos2 tersembunyi yang lain, bila kita dapatkan rawatan di hospital (minyak, toll, parking, atau kos2 lain yang tak boleh claim under medical card)...

4. Boleh elakkan dari client terkena interest a.k.a riba'.....

Jadi, sahabat2ku sekalian, bayangkan, kalau kita faham, bahawa kerja kita mengajak kepada kebenaran, untuk apa kita perlu "down" kalau prospect reject kita, kalau prospect tak nak amik policy dengan kita, atau kita kena "kencing" bila buat appointment?...untuk apa kita perlu "down"...sedangkan, kita tak tau apa yang Allah kurniakan kepada kita. Jadi, sahabat2ku sekalian....ingatlah. Sumpah Allah dalam surah Al Asr itu. Semua manusia berada dalam kerugian, kecuali 4 orang...
1. Beriman
2. Beramal soleh
3. Berpesan-pesan pada jalan kebenaran
4. Berpesan-pesan pada jalan kesabaran
So, kalau kita orang beriman, kalau kita beramal soleh, kalau kita berpesan-pesan kepada jalan kebenaran (nak tolong orang)..kalau kita lakukan kerja kita dengan penuh sabar dan menyuruh orang kepada jalan kesabaran......kalau kita ditakdirkan tak closed deal...adakah kita akan rasa rugi?...rugi di dunia mungkin kita nampak. Untung di akhirat, Allah sahaja yang Maha Mengetahui, Subhanallah.
Anda boleh ignore atau tak percaya apa yang saya sampaikan sebab saya hanya insan biasa....cuma apa yang saya tahu dan faham, saya hanya sampaikan setakat yang saya mampu. Tapi, sahabat2ku sekalian, jangan sampai kita tak percaya Sumpah Allah S.W.T.
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat beramal, dan sampaikan kepada sesiapa pun yang anda ingin sampai.
Sekian

AAR, Bkt Gambir, Muar.

Agency Mid Year 2011 - Teratak River View, Ulu Bernam

Alhamdulillah, selesai sudah Mid Year Review Agency kami, Al Isra' Associates (Klang Office)...

Total Agent yang hadir : 60 orang, staff 2 orang.

Start event : 9.00 am - 5.30 pm.

Objective : Buat DOME process untuk pastikan production 2011 on track dengan target semasa Agent Planning Workshop.

Untuk Album Mid Year Review sila klik....

Masa inilah peluang untuk kita muhasabah diri, check kat mana yang masih perlu diperbaiki, sama ada dari segi Mind Set, Skill Set, Tools Set atau Platform....Diagnose masalah yang ada sehinggakan lost track, check semula Objective kita, dan pastikan ianya crystal clear....fikirkan dan bincangkan Method yang akan digunakan untuk improve sales and activity, dan akhir sekali, tentukan process Evaluation yang akan digunakan untuk pastikan result on track semula...

Salah satu cara macam mana, kita develop agent kita supaya lebih focus dan hit target apa mereka mahukan......

Antara gambar2 yang saya ingin kongsikan...


Brainstorming Session....

Group Brainstorming


Briefing on DOME Process

DOME Briefing



Diagnosed in Progress

DOME Process


Para agent2 yang hadir....tahniah kepada anda semua....

Mid Year Review 2011
So, kepada sesiapa yang berminat untuk tambah income anda, boleh contact saya : 019-323 2121. Insyallah, kami akan bantu anda sehingga anda berjaya...

Sekian....

Maksud Istilah yang digunakan di dalam Sijil Takafulink PruBSN

Salam,


Saya mendapat banyak respond atau pertanyaan, mengenai beberapa maksud istilah yang digunakan dalam sijil takafulink. Tidak kira dari prospect (seseorang yang belum menjadi client tapi ada potensi untuk jadi client), client mahu pun agent.

Jadi, saya rasa, lebih baik saya buat satu page yang menerangkan semua perkara tersebut, supaya senang untuk semua orang merujuk, dan saya tak perlu menerangkan berulangkali...


1. Umur

Merujuk kepada umur pada hari jadi akan datang. Sebagai contoh...tarikh hari ni adalah 26/06/2011. Sekiranya client punya tarikh lahir pada 1/5/1980, umur (ANB - Age Next Birthday) adalah 32 tahun. Sebab tarikh lahir dah lepas. Kalau pada 1/8/1980, umur ANB beliau adalah 31 tahun.

Tips : sebab tu kalau boleh nak sign up policy sebelum masuk tarikh lahir kita. Sebab, walau pun kita sign up pada tarikh hari lahir kita. Umur yang dikira akan ditambah kepada 1 tahun.


2. Amount Manfaat

Jumlah dibayar dari Dana Tabarru' (tabung derma) yang ditunjukkan dalam jadual manfaat (sila rujuk sijil takaful anda). Ia tidak termasuk nilai Tunai yang ada dalam sijil ini (jika ada)


3. Caj Pengurusan Aset

Perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi Akaun PUA dan IUA (sila rujuk maksud PUA dan IUA di bawah)


4. Caj-caj

Apa caj-caj yang dikenakan :
i. Caj Perkhidmatan
ii. Caj Wakalah Pengurusan Risiko
iii. Caj-caj Pengurusan Dana dan potongan Tabarru'

5. Tarikh Sumbangan Patut Dibayar (Contribution Due Date)

Hari pertama sumbangan anda patut dibayar mengikut kekerapan bayaran (monthly, quarterly, half yearly, yearly). Tarikh due adalah 1hb setiap bulan.


6. Tahun Sumbangan

Tempoh yang mana anda membayar sumabngan tetap untuk 12 bulan


7. Orang yang dilindungi (Person Covered)

Orang yang dilindungi di bawah pelan takaful ini. Sila rujuk sijil anda.


8. Komisen dan Caj Berkaitan Pengagihan

Komisen wakil dan perbelanjaan berkaitan pengagihan.


9. Keuntungan Pelaburan

Keuntungan daripada pelaburan Dana Tabarru' dan ISA (Individual Special Account) yang akan diagihkan diantara anda mengikut peratusan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada kontrak mudharabah.


10. Akaun Unit Perserta (Participant Unit Account -PUA)

Akaun yang mana unit-unit anda diperuntukkan, bergantung kepada amount Sumbangan Berkaitan yang dibayar dan lebihan pengunderaitan dan/atau keuntungan yang timbul daripada Dana Tabarru'.

Maksud lebih mudah jumlah sumbangan yang digunakan untuk membeli unit (mengikut peratusan). Dengan kata lain, duit sumbangan anda yang akan digunakan untuk membeli unit saham (mengikut dana yang dipilih sama ada Ekuiti, Urus atau Bond semasa memohon pelan takafulink). Manfaat yang diperuntukkan di bawah PUA adalah (Kematian, Lumpuh Kekal Keseluruhan dan Crisis Shield)....rujuk manfaat takafulink untuk penerangan setiap manfaat secara ringkas.


11. Akaun Khas Individu (Individual Special Account - ISA)

Akaun yang mana Sumbangan Manfaat Tambahan (Supplementary Benefit) dan lebihan dan/atau keuntungan yang timbul daripada Dana Tabarru' akan dibayar.
Bahasa mudah, sumbangan untuk manfaat tambahan daripada caruman anda, akan dimasukkan ke dalam account ini. Dan sekiranya terdapat lebihan (surplus) dari Dana Tabarru' (derma), ianya akan dimasukkan ke dalam account ini juga. Inilah yang membezakan antara pelan Takaful dan Conventional...terdapat lebihan Tabarru' yang akan dipulangkan kepada pencarum.


12. Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account - IUA)

Akaun yang mana amaun daripada Sumbangan Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit untuk tujuan pelaburan.


13. Mudharabah

Persetujuan yang membenarkan syarikat melaburkan dana dari ISA dan tabarru' pencarum yang mana sebarang keuntungan dari pelaburan ini akan dikongsi mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Peratusan pembahagian keuntungan untuk setiap lebihan adalah 70% client, 30% syarikat.



p/s: Terdapat beberapa lagi istilah, tapi jarang2 di tanya oleh prospect oleh client, sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh contact saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau beli policy dan semua yang anda ingin tahu ada dalam policy tersebut. Sekian.

Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi-pagi nie, dalam perjalan saya ke office, saya terfikir mengenai 3 perkara nie..Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN.

Ramai yang berbicara tentang impian dan cita2...tapi, dari sudut lain, adakah impian yang kita ingini tersebut boleh dicapai dengan sekelip mata?..atau dengan kita duduk berdiam diri tanpa sebarang tindakan?..atau sebaliknya kita perlu berusaha keras, berjuang untuk mencapai impian tersebut?...

Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba kita lihat dari sudut pandangan agama, salah ke kalau kita mempunyai impian, atau "DREAM" nie....



Surah Al Qashash
Kalau kita sama2 lihat petikan surah di atas, Allah suruh kita cari kebahagian di akhirat, tapi Allah juga ada beritahu, jangan lupakan bahagian kita di dunia. Jadi, dari sudut Islam sendiri, tidak menghalang untuk kita mempunyai impian hidup selain di akhirat, tapi di dunia...


Ok, dalam konteks kehidupan di dunia, pernahkah anda terfikir, atau pernahkah kita merenung sejenak....kita nie ada Impian Hidup atau tidak sebenarnya....atau kita nie just teruskan kehidupan seperti biasa tanpa kita berfikir atau merenung nasib kita akan datang. Jadi, pada saya langkah pertama sekali kita kena buat adalah, berfikir...dan merenung, apa IMPIAN kita sebenarnya?...


Lepas kita kenal pasti apa impian, kita, tak kira laa sama ada dalam bentuk material, sama ada dalam bentuk perasaan dan sebagainya....kita kena tetapkan Impian kita SEKARANG...bukan kemudian...kita perlu bayangkan, apa yang kita nak. Kalau kita nak kehidupan yang lebih baik...dari segi kewangan dan sebagainya, kita kena fikirkan dan bayangkannya sekarang. Walau pun benda tu belum tentu dapat atau belum tau bila kita akan dapat. Itu tidak penting, yang penting kita kena bermimpi "DREAM" sekarang.

Ok, langkah seterusnya....


Pilihan di tangan anda

Pilihan di tangan anda.....apa yang anda IMPI kan bergantung kepada usaha anda. Seperti dalam petikan Surah Al-An' aam ayat 132 di atas. Jadi, ini yang saya nak tekankan, kalau setakat bermimpi, tanpa sebarang usaha, jadi le angan2 yang sia2...Tapi, pasal USAHA ni jugak, kena tengok usaha yang macam mana. Adakah sekadar melepaskan batuk di tangga?..atau kita bebetul berusaha.

Pengalaman saya develop business insurance / takaful bersama Prudential nie, kalau cerita pasal usaha nie, pertama sekali yang selalu membantutkan usaha kita adalah HALANGAN2 yang kita tempuh. Macam2 ada....ada yang ringan, ada yang berat. Ringan atau berat, tidak penting, tapi yang penting bagaimana kita BERJUANG untuk menghadapinya. Atau kita sangkut pada halangan tersebut dan tak boleh nak teruskan perjalanan.

So, saya tekankan kat sini, usaha yang saya maksudkan disini bukanlah setakat berusaha "asalkan buat"....kena buat bersungguh2....penuh dedikasi....kalau ada masalah, jangan cepat mengalah, "focus kepada solution, jangan terlalu focus kepada masalah. Kita focus kepada masalah, masalah akan bertambah besar, kita focus kepada solution, solution akan settledkan masalah, kekadang tanpa kita sedari....". Ini lah PERJUANGAN yang saya maksudkan...

Saya sendiri pernah menghadapi pelbagai halangan, dugaan, cubaan, ujian dan sebagainya untuk sampai ke tahap ini. Dan banyak lagi ujian yang akan saya hadapi untuk pergi lebih jauh. Itu dah memang kita boleh agak. Anda boleh baca pengalaman saya di sini.


Akhir sekali, sudah menjadi sunnah orang berjuang...."Berjuang ertinya TERKORBAN".....ada 2 benda yang saya nak tekankan...Perjuangan memang tak dapat dipisahkan dengan Pengorbanan. Sama ada kita BERKORBAN atau TERKORBAN. Oleh itu kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal...

Dalam pada kita nak bina empayar perniagaan kita, tidak boleh lari dari 2 benda nie...masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya....kita kena sanggup untuk korbankan. Tapi kena ingat, bukan untuk tempoh masa yang lama, cukup untuk seketika sebelum kita berada di puncak kejayaan.

Jadi, kesimpulannya, saya nak tekankan, Antara IMPIAN, PERJUANGAN dan PENGORBANAN......"Ada ramai yang ingin berjaya dan mengejar impian, tapi, amat kurang yang ingin berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan, dan terlalu sedikit jumlah yang sanggup berkorban atau terkorban demi mengejar impian mereka "-Aziz Riadi

Semoga sedikit catatan ini dapat memberi seribu makna kepada pembaca sekalian...

Salam....