Prudential Top Achievers Congress 2010

Salam,

Hari ni 20/10/2010 kami menghadiri conference di Genting Highland. Seramai lebih kurang 4,000 wealth planner Prudential join event ini.

Dengan tema "Final Sprint to 1 Billion"....memang penuh semangat dah optimis kami di Prudential yakin akan mencapai 1 Billion sales in 2010. Ini kerana vision dan mission ini bukan sahaja dari pihak management, tapi hasil kerjasama antara pihak high level management, support staff, agency leader dan akhir sekali wealth planner.

Selain dari update mengenai prestasi syarikat, ke mana hala tuju untuk quarter yang terakhir ini...ada banyak speaker jemputan yang didatangkan khas dari pelusuk tanak air. Mereka2 yang memberi talk pada kali ini mempunyai sejarah kehidupan yang hampir sama, iaitu..."Mereka ini dulu orang yang susah"...tapi mereka bangkit membina hidup baru dan membina empayar perniagaan mereka. Seperti Dato' Steven Sim (founder Secret Recipe), Datuk Johan Jaafar orang kuat Media Prima Berhad dan beberapa orang lagi.

DSC_0687
Makan2 dulu sebelum event bermula...

DSC_0694
Event bermula..penuh dewan Arena Of Star.

Selain itu, antara yang paling best sebab company janji akan berikan setiap seorang RM 100 (bg yang submit 4 new business cases untuk quarter ke-3 yang lepas) dan sekiranya Prudential cross 650 Million....so, Prudential telah berjaya mendapatkan 654 Million. So, dapat le sorang RM 100. Lihat sahaja gambar2 di page ini, lihat sendiri betapa gembiranya mereka. Siapa nak bagi bang RM 100.

DSC_0727
Masing-masing tersenyum lebar....dapat duit RM 100 free-free....

DSC_0733
Ambik gambar, jangan tak ambil, bukti Prudential deliver apa yang djanjikan sebelum ini.

Tapi yang RM 100 nie, cuma sedikit sangat kalau nak compare dengan reward yang Prudential berikan...dengan bonus, star club , cash reward, overseas trip dan sebagainya.....meh le join kami...income dapat, tolong orang pun dapat.

Special discount untuk pergi Star Club untuk Rookie Agent....dan Trip ke Bandung 2011....

Kembali ke Agency Activity Update


Majlis Berbuka Puasa Bersama CEO 2010

Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan tahun ni.

So, semalam, ada majlis berbuka puasa bersama CEO Prudential..di Tropicana Golf and Country Club...masuk2 je kawasan tu, tengok rumah2 kat situ, saya berkata dalam hati "Masyallah, agak berapa juta le diorang berhabih duit buat rumah macam nie.."...rumah banglo dalam Kelab Golf...ishh...ishh..ishh....

Then lepas tu, pergi ke majlis berbuka puasa....sebelum tu ada Ceramah Agama dari Imam Masjid Negara...Ustaz Azhar Bin Tuarno bertajuk "Membina Usahawan Melalui Peribadi Mulia"....

Apa yang saya nak share kat sini, ada sorang agent baru, dia bebetul rasa dihargai walau pun simple punya challenge...(kalau orang dah biasa dengan rewards dari challenge Prudential, event macam nie biasa sahaja)..tapi, ada sorang agent saya nie, bebetul rasa bertuah sebab dapat capai challenge nie..

Saya beritahu dia, ini baru sikit, belum lagi pergi ke Luar Negara...STAR CLUB dan sebagainya...so, kerja kuat, Insyallah akan capai semua impian di Prudential...income bertambah...rewards pun dapat, tolong orang pun dapat, tolong diri sendiri dan keluarga pun dapat..

Kepada agent tersebut, saya berharap, rewards semalam menjadi satu turning point kepada beliau untuk terus bersemangat untuk mencapai semua challenge yang diberikan oleh agency atau Prudential..

Kepada sesiapa yang rasa2 nak tukar career, boleh jumpa saya, saya boleh kongsikan keindahan business insurance/takaful ini kepada anda secara percuma...hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my

Layan gambar2 masa kat majlis tersebut...



Bergambar dengan CEO pada akhir majlis



Berbuka Puasa bersama CEO 2010:

Kembali ke >> Senarai Acitiviti MD2

MD2 Agency Activity Update

Salam semua pembaca blog saya yang budiman dan saya hormati,

So, kat sini saya nak kongsikan beberapa acitivity agency dan company di Al Isra' dan Prudential/Prudential BSN Takaful....semoga anda mendapat sesuatu yang positif dari apa yang saya postkan...

PruBSN Protect / Protect Plus

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah


  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus


Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh call saya : 019-323 2121 atau email abdriadi@prupartner.com.my

PruBSN CrisisCover

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :
Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu


  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.
Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke abdriadi@prupartner.com.my details anda kepada saya.

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai product ini, boleh menghubungi saya di talian 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya : abdriadi@prupartner.com.my. Insyallah, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.

Kenapa Perlu Pelan Yang Komprehensif?..Kisah TITANIC

Salam Pembaca sekalian,

Masa memula saya join buat insurance pada tahun 2003, saya tak nampak kepentingan pelan yang komprehensif, i.e yang cover semua area utama risiko kehidupan manusia dari segi KEWANGAN iaitu :

1. Kematian / Lumpuh
2. Sakit Kritikal
3. Kemalangan (Mati atau Lumpuh atau kecacatan anggota)
4. Medical card (Untuk membiayai kos rawatan)
5. Simpanan (untuk kegunaan di hari tua)
Tapi setelah saya berada dalam industri insurance nie, dan saya dah jumpa ramai orang dan client selain dah handle beberapa case tuntutan insurance, baru saya nampak dan faham, kenapa kita perlu perlindungan insurance yang komprehensif.
Seterus, saya teringat cerita TITANIC (kalau anda pernah menonton cerita ini)....and rata2 bila saya tanya prospect atau kenalan saya mengenai cerita ini...pernyataan ini selalu disebut " You jump, I jump..."....tergelak jugak saya dengar. Tapi apa yang saya nak highlight adalah cerita disebalik karamnya sebuah kapal buatan manusia yang canggih (pada zamannya) yang dikatakan tidak akan karam. Tapi, Allah Maha berkuasa.

Ok, ceritanya begini...saya ringkas kan. (kalau nak baca details, boleh tengok kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/RMS_Titanic

Pelayaran dari Southampton ke New York, pada 10 April 1912, dengan muatan 2,223 (anak kapal dan penumpang)...Bahagian penumpang ada 3 class berbeza, 1st, 2nd and 3rd Class. Dalam pelayaran tersebut, kapal ini karam disebabkan terlanggar ketulan ais gergasi (ice berg) dan suhu air pada masa itu −2 °C. Apa yang saya nak tekankan kat sini adalah....kapal sebesar Titanic cuma ada 20 life boat sahaja. Tak cukup walau pun untuk separuh dari bilangan penumpang dan anak kapal yang berada dalam kapal tersebut. Pun begitu, kapal tersebut menyediakan life jacket untuk orang2 yang lain.

Ok, kita lihat statistic di sini...

Yang terselamat adalah penumpang yang dapat menaiki life boat semasa kapal Titanic tu tenggelam. So, apa kaitannya dengan insurance yang komprehensif nie?..Peratusan mangsa di bahagian 1st class paling sedikit, mungkin disebabkan mereka bayar tiket mahal, so, dapat keutamaan untuk naik life boat.
Jadi, pada pandangan saya, insurance komprehensif ini samalah seperti life boat dan manakala yang tidak komprehensif ini adalah seperti life jacket.
Komprehensif : Cover semua area risiko kewangan sekiranya client ditimpa musibah, mana kala yang tidak komprehensif hanya cover sebahagian risiko kewangan sahaja sekiranya ditimpa musibah.
Sebagai contoh, mungkin ramai dikalangan kita ada insurance kemalangan (PA)sahaja...bukan saya cakap insurance kemalangan tersebut tak bagus, cuma tak cukup bagus disebabkan, hanya cover kemalangan, sekiranya kita memerlukan sumber kewangan untuk cover bill rawatan kita disebabkan penyakit, adakah insurance policy yang kita ada (adakah policy kemalangan tersebut boleh cover kos rawatan kita?). Ini salah satu contoh mudah.
Samalah juga casenya tadi, mengenai life boat and life jacket. Bila tenggelamnya kapal Titanic tu, rata2 orang ada life jacket, dan yang berpeluang naik life boat, peluang untuk selamat lebih tinggi berbanding dengan penumpang yang hanya ada life jacket, sebab keadaan masa tu, air -2°C. Yang pakai life jacket hanya boleh tahan kurang dari 15 minit dan mereka terkorban disebabkan oleh hypothermia. Petikan dari sumber wikipedia..."The majority of deaths were caused by hypothermia in the 28 °F (−2 °C) water.."
Jadi, ada life jacket, tapi terkorban disebab situasi pada masa itu memerlukan life boat untuk penumpang mempunyai peluang untuk diselamatkan. Petikan gambar dari filem Titanic. Suasana semasa kapal mula karam selepas berlanggar dengan ketulan ais gergasi.

Akhir kata tak kisah dari insurance company mana sekali pun, yang penting anda perlu tahu 2 perkara..


1. Kenapa plan insurance yang komprehensif tu penting.


2. Bagaimana plan komprehensif boleh bantu kita disaat kita memerlukan perlindungan insurance.


Jadi kesimpulannya, kepada sesiapa yang masih belum ada plan yang komprehensif, cari maklumat mengenai plan yang saya sebutkan tadi. Kepada yang dah ada insurance, tapi tak pasti sama ada insurance mereka adalah komprehensif atau tidak, review balik policy anda dan hubungi agent anda segera.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat kami secara percuma, anda boleh contact saya 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.

Tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat dan bantu apa yang boleh kami bantu, tanggungjawab anda pula adalah ambil tahu dan bertindak. Dan pada saya amat malang sekali, kalau kita tidak mahu ambil tahu langsung, walau pun mungkin kita belum mampu untuk bertindak. Selebihnya, kita bertawakal kepada Allah.

Sekian.


Kembali ke Senarai Artikel Utama