CONTEST Bulan June 2010....

GARMIN Nuvi 1350....


REQUIREMENT


Jangan lengah2 lagi...ayuh, teruskan usaha, jumpa orang seramai mungkin....

______________________________________________________________

Dan.......ini lah hasilnya....di Prudential/PruBSN Takaful. Apa yang dijanjikan akan ditunaikan....contest GARMIN, achieve target, dapat Garmin....now dah senang, pergi appointment mana2, just type je lokasi, terus jalan....



Garmin

Handling Objection : Nak compare2 dengan plan lain.

Salam,


Ramai agent baru atau agent2 yang agak lama dan kurang pengalaman handling objection jumpa saya dan bertanya kepada saya, macam mana nak handle kalau client atau prospect dok compare2 dengan plan lain atau dari syarikat lain, atau ada yang kata plan company tu ada benda nie, plan company ni ada benda tu, PruBSN pulak ada benda nie dan kena benda nie, plan company tu pulak tak de ko-takaful dan macam2 lagi...


Bila client start compare, pada saya, ia tak ubah seperti kita buat perbandingan antara APPLE dengan ORANGE....Setiap plan, sure ada kelebihan dan kekurangan masing2, tapi yang paling penting adalah, plan yang diambil tu selari dengan apa yang client perlukan. Terlalu banyak perbandingan, adakalanya menyebabkan client konfius dan akhirnya diorang akan tangguhkan untuk bukak account. So, lama2 sangat tangguh, tetiba tak sempat nak amik, dan dah sakit..siapa yang susah?...


Jadi, saya pun bagitau le pengalaman saya ..." Ramai prospect yang saya
jumpa dan ada yang dah jadi client, memang diorang ada mention pasal ada medical card takaful lain ada yang tak de ko-takaful (saya senyum dan angguk je)...tapi, bila saya ceritakan macam mana plan PruBSN secara keseluruhannya boleh membantu client dapat claim lebih dari 100%....diorang jadi tak kisah pun pasal ko-takaful....berapa banyak claim dah saya buat, Alhamdulillah, semuanya berpuas hati.


Pada saya, kalau orang tu nak compare, simple je, kita buatkan satu analogi macam perlumbaan kereta F1...kenapa diadakan F1?...pandangan saya simple je...semua pembuat kereta boleh claim kereta mereka paling canggih dan paling power....tapi, hakikatnya, kalau nak tau power tak power...masuk berlumba kat trek (F1)..then baru mana satu lebih power dikalangan semua yang power tadi....


Sama jugak medical card atau insurance plan, kalau nak tau...just compare macam nie je...katakan prospect/client tu amik policy 200 sebulan, then dengan pakej yang lebih kurang sama, syarikat lain pulak....lepas tu, create satu senario...contoh : Batu Karang...then, tengok apa yang boleh diclaim, apa yang client akan dapat, dan tengok sendiri mana satu lagi berbaloi2....then suruh client pilih.....kalau diorang sign up, Alhamdulillah, kalau diorang tak sign up dan pilih plan lain....NEXT.


Selamat mencuba.


Kembali ke Artikel Utama

Hilang Punca Sara Hidup : HMetro...

Salam,

Agak lama saya tak update artikel di blog saya. Agak sibuk dengan agency development dan training. Lepas tu pulak, baru je balik dari Europe Tour. Tapi bila balik je Malaysia terbaca pulak artikel Harian Metro nie, saya tergerak hati nak berikan sedikit comment dari pandangan saya.




Sebenarnya, apa yang berlaku kepada Encik Abdul Rahman Rejab, 57 tahun, adalah satu cerita atau kisah yang saya selalu gunakan dalam sales presentation saya. Ada prospect yang saya jumpa atau client yang saya jumpa tak nak amik insurance atau takaful disebabkan oleh "Saya ada duit dalam bank beratus ribu, kalau untuk bayar kos rawatan saya, saya tak de masalah...memang saya dah bersedia...."...itu respond yang saya pernah terima, tapi hakikatnya...kalau anda teliti kisah Encik Abdul Rahman nie, gaji beliau kena suspend dalam bank (sebab apa? Perkara nak berlaku kekadang tak de signal, terus berlaku)...masa tu le jugak document hilang entah ke mana, sebab dok kalut apabila tetiba ditimpa musibah...

Lihat sendiri, apa akibatnya, nak keluarkan duit sendiri pun tak boleh, walau pun anak yang keluarkan...jadi, dalam keadaan begini, pernahkah anda terfikir, beliau tak mampu nak bergerak, hanya mampu mengelipkan mata...kalau ia boleh berlaku kepada orang lain, ia jugak boleh berlaku kepada kita. Jadi, saya ingin mengajak semua pembaca arktikel ini, merenung sejenak, sekiranya kes ini berlaku, instrument kewangan mana yang paling efisen yang kita boleh harapkan?...

Bank?...KWSP?....baca sendiri keratan akhbar yang saya attached nie, anak beliau nak keluarkan duit pun tak boleh, dan bank takkan release semudah itu, ada procedure yang perlu di lalui dan kalau pihak ketiga nak keluarkan duit direct dari account, memang takkan boleh, kecuali ada ATM card, itu pun kalau tau no pin, kalau no pin pun tak tau, macam mana nak berkomunikasi dengan orang yang hanya mampu mengelip mata?...Berbalik kepada soalan saya, instrument apa?...tidak lain dan tidak bukan adalah INSURANCE atau TAKAFUL....

Kalau kita simpan dalam bank, lumpuh seperti Encik Abdul Rahman nie, hanya kita yang boleh keluarkan duit, tapi kalau Insurance/Takaful...lumpuh macam nie, duit akan dibayar oleh pihak insurance/takaful kepada waris yang memerlukan untuk teruskan kehidupan dan menanggung kos rawatan perubatan....FAST, IMMEDIATE and GUARANTEED....itu sahaja yang mampu saya katakan....memang mekanisma insurance/takaful dicipta sedemikian rupa, bukan seperti bank, ASB atau Tabung Haji....


Jadi, kalau ada sesiapa yang mempunyai pemikiran bahawa simpan duit dibank untuk tujuan emergency atau sakit, pada saya adalah tindakan kurang bijak...simpan sebahagian duit tersebut di insurance/takaful yang comprehensive (complete semua ada)....dan sebahagian lagi simpan le di bank, Unit Trust atau laburkan mengikut kehendak masing2.

Maklumat telah disampaikan, banyak dah artikel seperti ini keluar di surat khabar, terpulang ke atas kita untuk bertindak....ambil tahu product insurance/takaful yang ada sekarang....anda sign up atau tidak, itu soal no. 8...kenapa solan no. 8?....sebab ada 7 persoalan lagi yang anda perlu tahu dan fahamkan baru lah anda decide. Apa 7 soalan tersebut...

1- Kenapa Anda PERLU perlindungan TAKAFUL?

*Soalan ke-2 hingga 5

Apa yang insurance boleh bantu untuk risiko ini?

2- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

3- Sakit Kritikal

4- Kemalangan (Mati atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

5- Simpanan Berterusan

7- Kenapa anda perlu BERTINDAK sekarang?

Dan baru lah anda fikir, nak sign up atau tidak...iaitu persoalan yang ke-8...

Sekian...

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email saya : abdriadi@prupartner.com.my

Kembali ke Artikel Utama

Kenapa wanita PERLU ada INSURANCE sendiri..?

Artikel ini saya tujukan khas kepada wanita2, khususnya untuk orang yang dah berkahwin dan umumnya untuk semua wanita (sama ada dah berkahwin atau belum)...Cuba baca cerita ini dulu...




Bukan rekaan, jauh sekali nak menakut-nakutkan, tapi hakikatnya....itu lah yang berlaku.
Saya juga seorang lelaki dan saya ada isteri tetapi, kisah2 begini bila saya terbaca, mudah-mudahan saya tidak jadi orang yang macam ini.

Cuba Cik-Cik dan Puan-puan bayangkan keadaan ini...bagaimanakah persediaan kita. Kalau berlaku juga kepada kita, dari segi emosi, tiada siapa yang dapat membantu. Akan tetapi, dari segi kewangan, ada caranya untuk orang lain bantu.
Saya ingin kaitkan kisah ini dengan kenapa wanita AMAT MEMERLUKAN perlindungan takaful atau insurance..dari segi :

1- Pampasan lumpuh (sama ada disebabkan penyakit / kemalangan) dan Pampasan penyakit kritikal.

Kenapa saya tak sebut pasal pampasan kematian?..sebab rata2 kalau wanita amik perlindungan takaful, tak nak amik manfaat kematian banyak2 sebab "Takut suami guna duit pampasan tersebut untuk kahwin lain"....jadi, saya ingin tekankan pulak, kalau lumpuh (total permanent disable)...bagaimana?...siapa yang lebih perlukan duit sebenarnya?..diri kita atau suami?...

Jadi, sekiranya ada persediaan kita dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sebahagian masalah dapat kita selesaikan...berapa amount yang diperlukan?, bergantung kepada keperluan dan kemampuan masing2...(kalau nak tau lebih lanjut, boleh hubungi saya : 019-323 2121 (Azizriadi), saya boleh ajar macam mana nak menentukan berapa amount yang patut kita amik).

Lihat kisah di atas, pergi ulang alik ke hospital menaiki bas. Dan pada masa yang sama, terpaksa amik cuti selama 9 bulan. Kira nasib baik majikan boleh bagi cuti dengan gaji jalan. Tapi, biasanya, kalau cuti sampai 9 bulan (kerja swasta), berapa lama agaknya majikan nak bayar gaji kita penuh?..anda boleh fikir sendiri. Nasihat saya, jangan hanya nak bergantung kepada orang sahaja. Kalau majikan beri kita cuti dan bergaji, Alhamdulillah, tapi kita perlu fikirkan keadaan yang paling teruk, kalau majikan tak berikan gaji?..bagaimana?...sebab tu, kita perlu rancangan kewangan kita sendiri.



Jadi, kalau kita ada perlindungan takaful yang ada benefit yang saya sebutkan di atas tadi, kita mungkin menghadapi cabaran nak ke hospital (siapa yang nak hantar atau ambil)...tapi sekurang2nya kalau anda ada "RM", Insyallah ramai yang sanggup bantu. Kalau takde "RM" itu yang kita akan rasa begitu perit nak mengharungi masalah seorang diri.
2- Medical Card ( sumber kewangan untuk tanggung kos rawatan kita).
Yang ini pula sangat penting...Sebab apa?...nak dapatkan rawatan memerlukan kos. Boleh untuk pergi ke Hospital Kerajaan (mungkin rawatan dapat percuma), tapi, kalau kita dah biasa dengan keselesaan semasa kita sihat (nak2 pulak yang kerja executive atau management)...kita nak kena kena beratur seawal pagi untuk mendapatkan rawatan, dan apa yang sedih kadang2, kita dah datang, Doktor pulak ada emergency case dan kita perlu datang pada masa yang lain.

Jadi, kalau kita ada medical card, kita boleh pilih kat mana kita nak buat rawatan, Doktor mana yang kita prefer untuk rawat kita. Kemudian, kita tak perlu habiskan duit simpanan kita untuk membiayai kos rawatan, dan ianya boleh digunakan utk tujuan lain (perbelanjaan harian kita dan sebagainya)..sebab kalau kena seperti di atas, dah sakit, suami pulak tinggalkan kita, siapa yang nak tanggung perbelanjaan harian kita?...perbelanjaan harian kita tak boleh claim daripada manfaat medical....dan kalau kita sakit dan perlukan rawatan, adakah kita dapat diskaun kalau kita beli barang keperluan harian?..atau dapat percuma disebabkan kita sakit?...kalau ada, bertuah le kita...tapi hakikatnya?....anda semua boleh fikir bukan?

Banyak dah kat dalam blog saya, saya tunjukkan contoh claim dan sebagainya, anda boleh baca dan rujuk sendiri...

Akhir sekali, saya harap anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan terutamanya kaum wanita, makcik2, akak-akak, saudari-saudari, adik2 perempuan sekalian. Kalau anda tak berkemampuan, usahalah sesuatu untuk mendapatkan perlindungan kewangan (insurance/takaful) untuk anda sendiri....sebabnya, kalau bebetul berlaku, siapa yang akan menderita sebenarnya?...anda boleh bayangkan sendiri.
Fahami bebetul mesej yang ingin disampaikan pada keratan akhbar di atas...

Kalau anda ingin tahu mengenai plan Prudential BSN Takaful, anda boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email : abdriadi@prupartner.com.my. Kalau anda nak cari product yang sama seperti yang saya beritahu tadi tetapi dari syarikat lain...anda boleh cari agent2 yang berkenaan. Anda yang menyimpan, anda yang akan mendapat manfaat. Kami sebagai agent, sebagai penasihat dan pemudahcara sahaja.

Sekian..

Kembali ke Senarai Artikel

Jangan terlalu mengharap duit KWSP utk cover cost rawatan kita


Salam,

Ini saya terbaca satu artikel, dalam akhbar KOSMO. Kisah orang lain, kita perlu belajar dari kisah orang lain. Sebagai pengajaran kepada kita. Semoga kita dapat sesuatu manfaat disebalik kisah ini.
Memang duit KWSP itu adalah duit kita, tapi kalau kita nak gunakan untuk rawatan, kita kena bayar bill baru kita boleh claim. Itu pun dengan syarat Bill dan Receipt ORIGINAL mesti ada. Duplicate tak main yaa....


So, kalau ada yang masih senang hati disebabkan ada duit EPF utk cover
medical cost kita, fikir2kan lah semula...sebabnya, kalau perkara di atas boleh berlaku kepada orang lain, ianya juga boleh berlaku kepada kita.Jangan gunakan duit simpana hari tua kita untuk membayar kos rawatan...dapatkan yang IMMEDIATE dan GUARANTEED.....iaitu medical insurance/takaful...

Jangan berlengah lagi, dapatkan quotation dan anda kaji sendiri apa yang sesuai dengan anda mengikut budget anda...Sekian

Kembali ke Senarai Artikel

MD2 Klang Office, Quarterly Review (Q4 2010)

Salam semua, Alhamdulillah, akhirnya Unit MD2 Klang office selesai membuat program Quarterly Review untuk Q4 2010.

Program seperti ini amat penting bagi memastikan semua iaitu setiap individu dalam agency sentiasa focus dengan target yang telah di'set' semasa APW (Agent Planning Workshop) pada awal tahun. Program ni sama seperti kita buat alignment kereta kita, kalau stereng senget walau pun kita jalan lurus, so, kena buat alignment...mana2 skru yang longgar, kita ketat2kan...dan sebagainya.

Walau pun simple, tapi practical dan yang paling penting adalah berkesan. Apa yang dirancang, walau pun sedikit, tapi dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat dan terus mendapat hasil. Jadi, ini akan menjadikan setiap agent menjadi lebih bersemangat....dan juga sebagai platform untuk agent2 part time bertukar menjadi full time...

Apa2 pun terima kasih kepada semua captain2 MD2....kerana sokongan yang tak henti2. Insyallah, kita kejar top UM 2010 Prudential dan make sure Q4 Toppers kita akan pegang sekali lagi....Apa yang pentinggg???....Kejeeeeesama.

Antara gambar2 untuk tatapan pembaca blog saya...


DSC_0318

DSC_0316

Preparation, sebelum meeting start.

DSC_0324

Antara yang hadir.

DSC_0330

Meeting nak start...

DSC_0332

Mukadimmah....

DSC_0333

Diagnose, Objective, Method and Evalution process...

DSC_0329

FOCUS : Forget Other Commitment Until Success.

DSC_0366

Mind Set, Skill Set, Tools Set & Platform presentation by Shukor a.k.a Kokon

Photograhy

Minat nie saya baru je berkecimpung, dalam 2-3 tahun....bila berpeluang setiap tahun ke over sea, dapat melihat tempat orang, seronok pulak bila lihat gambar2 yang kita snap semasa berada di sana. Tapi, bila lihat semula, ada gambar2 yang kita amik pakai compact digital camera nie, tak secantik DSLR, so akhirnya saya sambar sebiji...just entry level...NIKON D40...

- Family
- Scenery

Saya akan update bila ada kelapangan.

Kembali ke Hobby & Outdoor