AFT : Simple Products Knowledge..

Bagi memudahkan anda untuk memahami semua jenis product insurance atau takaful, ada baiknya anda faham dulu apa yang saya akan kongsikan di bawah ini.

Nota : Penerangan ini adalah untuk tujuan pembelajaran agent2 baru yang ingin memahami konsep asas insurance. Mungkin maklumat ini kurang tepat. Sekiranya terdapat percanggahan maklumat, sila comment dan saya akan perbetulkan dari semasa ke semasa.

Asas product insurance ada 4 jenis (yang utama). Cuba anda lihat ciri2 setiap plan ini dan apakah perbezaan setiap satunya. Diharapkan anda dapat memahami konsep asas pelan2 insurans yang saya cuba sampaikan ini. Kalau anda faham konsep asas ini, anda boleh memahami semua plan yang ada di pasaran.

1- Endowment Plan (Pelan Simpanan)


Pelan ini biasanya dinamakan dengan pelan simpanan atau endowment plan. Ciri2 utama plan ini (lihat diagram) :


- Dari segi premium : Endowment lebih tinggi daripada Whole Life dan Term
- Sum Covered : Endowment lebih rendah daripada Whole Life dan Term
- Sum Covered adalah dijamin, Maksudnya, katakan client tu amik sum assured RM 30,000 selama 20 tahun. Cukup tempoh (maturity)...client akan dapat RM 30,000 disamping bonus (sekiranya ada)...tapi, kalau meninggal atau lumpuh sebelum tempoh maturity, akan dapat juga sum covered. Lihat graf di atas.

- Kalau surrender sebelum tempoh matang, cuma dapat nilai tunai (tak dapat full). Biasanya surrender value akan kurang dari jumlah caruman.

- Pelan ini sesuai untuk client yang focus kepada jaminan simpanan pada masa akan datang. Sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan pendidikan...sebab, katakan ayah amik plan ini utk anak...so, kalau ayah ada pun simpanan ada, kalau ayah tak de disebabkan meninggal dunia pun, duit tetap ada.
2- Whole Life Plan (Pelan Insurans Hayat)
Pelan ini dinamakan Pelan Insurans Hayat atau Whole Life Plan. Ciri-ciri utama
- Dari segi premium : Whole Life lebih tinggi dari Term dan lebih rendah dari Endowment.
- Sum Covered : Lebih tinggi dari Endowment tetapi lebih rendah dari Term (Lihat rajah di atas)
- Biasanya tempoh matang policy adalah sehingga umur client 100 tahun. Sekiranya kematian berlaku dalam tempoh tersebut, client akan dapat sum covered. Tapi, kalau tak berlaku kematian pada tempoh tu, dan client stop payment atau surrender, client cuma dapat nilai tunai yang amat sedikit. Lebih sedikit dari surrender value endowment dan sentiasa kurang daripada jumlah caruman.
- Sekiranya client umur panjang dan hidup sampai lebih dari 100 tahun, client cuma dapat nilai serahan dan tak dapat sum covered. Ayat mudah, mati baru dapat claim, tak mati hanya dapat cash value sikit. Plan ini sesuai untuk orang yang focus untuk income replacement utk keluarga yang ditinggalkan selepas meninggal dunia.




3- Term Plan (Pelan Bertempoh)





Term Plan merupakan plan yang tidak mempunyai nilai tunai langsung. Perkataan paling mudah, kalau claim, kita dapat pampasan, tak claim, duit burn.

- Dari segi premium : Term lebih rendah daripada Endowment dan Whole Life
- Sum Covered : Term lebih tinggi daripada Endowment dan Whole Life...sebab murah.

Plan term yang biasa , Personal Accident, Medical Card standalone, Term Life (lebih murah dari whole life)...dan biasanya dalam tempoh yang pendek.


4- Investment Link Product (Insurance berasaskan pelaburan)


Akhir sekali adalah Investment link. Plan investment link mempunyai konsep asas yang anda perlu fahami. Secara ringkasnya, Invesment Link ini adalah gabungan kepada ketiga-tiga plan traditional di atas. PruBSN merupakan syarikat pertama sekali yang melancarkan Pelan Investment Takaful (fully syariah compliance) yang dinamakan Takafulink pada bulan Nov 2006.
Dari segi premium, ia bergantung kepada client, dan terdapat min caruman. Kalau client nak perlindungan tinggi, investment akan jadi rendah. Kalau nak Investment lebih, perlindungan kena rendah. Kalau nak Perlindungan dan pada masa pelaburan nak tinggi, kena tambah caruman...itu sahaj konsep asas investment link.
Dan ciri2 utama Plan Investment Link ni adalah..


- Komprehensif
Maksudnya, plan investment link nie menawarkan plan yang lengkap di mana banyak rider (manfaat tambahan boleh disertakan dalam satu policy)...anda boleh rujuk di sini senarai manfaat yang ditawarkan dalam takafulink.

Secara ringkasnya, komprehensif mesti mempunyai 5 manfaat utama dalam 1 akaun, dan terdapat beberapa manfaat pilihan/tambahan yang berkaitan dengan manfaat utama.
  1. Kematian (Death / TPD)
  2. Sakit Kritikal (Critical Illness)
  3. Kemalangan (Accidental Death/Disablement)
  4. Medical (Hospital and Surgical)
  5. Saving / Investment
- Fleksible

Keperluan perlindungan kewangan setiap orang berbeza-beza dan berubah-ubah. Kalau plan traditional (Endowment, Whole Life dan Term), client tak boleh ubah sebarang manfaat kalau policy dah keluar. Kalau nak tambah kena amik policy lain. Kalau nak kurang, kena surrender....

Tapi Investment Link, sebarang perubahan manfaat (tambah atau kurang), perubahan jumlah caruman (tambah atau kurang-tertakluk caruman minimum) adalah dibenarkan. Inilah salah satu keistimewaan product Investment Link. Client boleh tentukan apa plan yang dia nak dan macam mana coverage dia nak dari semasa ke semasa walau pun policy telah dikeluarkan.

- Returnable
Oleh kerana sebahagian sumbangan caruman dilaburkan, jadi ada peluang untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih. Namun begitu, ia berkait pula dengan risiko pelaburan mungkin keuntungan lebih rendah pada masa-masa tertentu. Konsep melabur...High Return, High Risk. Pun begitu, client boleh pilih dana-dana berbeza dari segi risiko dan peluang keuntungan pelaburan tersebut. Iaitu

- Dana Ekuiti (paling tinggi risiko berbanding urus dan bond, begitu juga keuntungannya..peluang untuk mendapat keuntungan adalah lebih tinggi berbanding urus dan bond)
- Dana Urus (Risiko dan keuntungan pertengahan)
- Dana Bond (Paling kurang risiko dan paling rendah keuntungan berbanding ekuiti dan urus). Dana ini sesuai kepada client yang kurang ingin mengambil risiko pelaburan.


Setiap Dana ini boleh diambil bergantung kepada risk tolerance client. Jadi, sebagai agent, kita kena terangkan mengenai dana-dana ini kepada prospect atau client kita.

Kesimpulan
Plan Tradional : Focus kepada keperluan perlindungan tertentu.
Investment Link : Pilihan perlindungan yang lebih menyeluruh mengikut keperluan client dari semasa ke semasa.

Terdapat perbezaan dari segi comission agent. Plan traditional menawarkan commission lebih tingi berbanding Plan Investment Link. Namun, dari segi manfaat, Plan Investment Link ini lebih value for money.

Pengalaman saya sebagai agent pula, 98% client saya amik plan investment link...kalau dibandingkan lebih memberi nilai kepada wang client..i.e value for money. Selain lebih mudah untuk mengendalikan account tersebut.

Untuk agent2 saya, sekiranya ada sebarang soalan, atau tak berapa nak faham, boleh terus hubungi saya.

Untuk pembaca2 blog saya, saya berharap, sedikit maklumat ringkas ini membolehkan anda semua faham jenis2 plan insurance/takaful dan dari segi perbezaan ciri2 setiap satu plan tersebut.

-> Kembali ke Training Agency Foundation Training

Kenapa Penting Medical Card yang Guaranteed Renewal dan Non-Cancellable?

Salam,

Saya nak kongsi sedikit, kenapa pentingnya amik medical card yang Guaranteed Renewal dan Non-Cancellable.


Kalau PruBSN Takaful (Takaful Health) dan Prudential Assurance (PruHealth)...ini keratan policy untuk anda...


Klausa ini memang nampak simple dan pendek, tapi dia lebih kepada menjaga interest client...."Sentiasa Mendengar, Sentiasa Memahami"

Saya sebagai agent dok selalu bagitau pasal nie...mungkin ada pembaca yang kurang faham atau tak nak amik port. Cuma kat sini, saya nak tunjukkan...real case...client tak bleh nak renew medical card so, mungkin kalau harga tinggi sikit pun ok lagi asalkan boleh renew...tapi kalau tak boleh renew, masa tu nak amik policy lain?..Sebab tu, kalau yang standalone medical card nie, kena baca bebetul term and cond dia. Walau pun guaranteed renewal, ada tertakluk kepada pembatalan portfolio ke tidak...i.e Non-Cancellable Baca le artikel nie. Mudah-mudah memberi kita iktibar.


Kalau dalam keadaan di atas nie, masa tu baru nak cari plan lain utk gantikan. Kalau masih sihat ok lah, kalau dah sakit, atau dah banyak kali claim. Bukan sesenang company lain nak terima. Tambahan pulak, bukan murah premium masa tu.

Macam medical card Prudential/PruBSN yang dimasukkan sekali dalam link policy (investment link atau takafulink)...memang caj medical card akan naik jugak, tapi disebabkan ada elemen simpanan tu, boleh le cover sikit duit cash value tu untuk bayar premium masa kita dah retire nanti. Medical card masih diperlukan...tapi sebab dah pencen, income kurang. Boleh pakai cash value untuk cover sikit.

Tapi, ada jugak diantara orang yang saya jumpa dia cakap.." Alahhh..umur 60 tahun, lama lagi..(umur dia masa tu 27 tahun)....too far for me..."...chewaaahh, dia tak ingat ke, kalau sekarang tak fikir, bila nak fikir?...kalau sekarang tak plan, and tak laksanakan plan, bila nak buat?..dah umur 65, and dapat tau medical card tak boleh renew, baru nak cari option lain....masa tu dah terlambat.

Sekian.

-> Kembali ke Artikel Insurance / Takaful

Jadi agent insurance/takaful full time?...boleh hidup kaaa???

Salam Semua,

Apa yang anda fikir bila you dengar orang buat insurance full time? Boleh survived ke?...ok ke?..Saya tahu, ramai yang fikir based track record orang yang buat insurance...yang berjaya, memang nampak berbeza lifestyle sebelum mereka jadi agent. Tapi bagaimana sebenarnya agent insurance buat full time ni boleh survived.

Sebelum saya sembang lebih lanjut, anda baca artikel ni dulu.

http://www.prubsninfo.com/2009/09/potensi-pendapatan-dalam-business.html

Ok, kenapa memang berbaloi kita buat full time? Sebelum tu, tak dinafikan memula nak decide buat full time tu, macam-macam yang kita terfikir. Tapi apa sebenarnya yang you patut fikir bila you buat full time?

Berbaloi ke tidak?

Kalau saya, saya akan cakap memang berbaloi-baloi...sebabnya sepanjang saya buat insurance nie income saya tak pernah drop dan terus drop..sebaliknya meningkat dan terus meningkat. Itu dari segi income, saya tak nak bincang sangat dari segi income, sebab link artikel kat atas tu dah cukup untuk beritahu anda bagaimana income insurance ini grow.

Saya nak cerita pasal berbaloi dari segi masa. Sebabnya, bila kita buat full time, memang kita tak buat kerja lain, focus kepada insurance sahaja. Jadi, kita boleh berikan yang terbaik dari segi sales and service kepada client. So, apa pentingnya?..TRUST...insurance is about TRUST...so, bila client dah percaya, senang kita nak kembangkan business kita sebabnya client yang akan kembangkan untuk kita. Jadi, itu yang penting sebenarnya bila buat full time. Dah berapa banyak cerita orang yang tak puas hati sebab agent part time yang tak boleh nak commit dengan servicing. So, satu je solutionnya, join FULL TIME. Kena yakin, bahawa rezeki Allah yang berikan. Jangan sampai takut kalau buat full time tak de rezeki. Selagi kita buat kerja kita, selagi tu Insyallah akan ada rezeki untuk kita.

Kena YAKIN 100%...jangan ragu2.

Kalau tak percaya dengan apa yang saya cerita nie, boleh datang sendiri jumpa kami, and kenal kami dengan lebih dekat, sebab ada orang SEEING is BELIEVING...tapi ada juga orang yang percaya terus dan tak berlengah, terus join and terus join acitivity...and terus dapat hasil....

Nak tanya lebih2..boleh call saya at anytime : 019-323 2121 (Aziz Riadi)

-> Kembali ke Artikel Business Insurance / Takaful

Kenapa kita perlu pilih agency yang mantap?

Salam semua pembaca,

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman saya yang sedikit ini dalam membentuk sebuah organisasi / agency insurance, dengan mengambil agency Al Isra' Associates Sdn Bhd sebagai satu contoh (sebab saya banyak terlibat dalam pembangunan agency satu masa dulu bersama2 dengan Director2 agency dan rakan yang lain).

Selain faktor syarikat dan products insurance yang kita nak jual amat penting dalam pemilihan sebelum kita join insurance business...Agency yang kita join pun memainkan peranan penting. Antara sebabnya...

1- Dari segi Sistem dan Struktur..

Bahagian ini amat luas untuk dibincangkan, tapi saya cerita secara umum sahaja. Secara analogi, cuba kita lihat pada sebuah bangunan tinggi. Struktur bangunan (tiang concrete, beam dan sebagainya..) itu perlu kukuh untuk pastikan bangunan yang dibina akan kukuh dan tahan lama. Samalah juga dalam membentuk sesebuah agency nie. Struktur kena kukuh. Saya akan bincangkan lebih lanjut, apa yang dimaksudkan dengan "struktur yang kukuh" selepas ini.


Manakala "sistem" pula kita boleh bayangkan sebuah enjin kereta. Enjin tersebut terdiri daripada beberapa komponen. Dan setiap komponen tersebut dicantumkan menjadi satu sistem yang boleh berfungsi. Bahasa mudah setiap bahagian menjadi sebahagian yang lain. Jadi, kalau sebahagian daripada sistem tersebut mengalami masalah, keseluruhan sistem akan menerima kesannya.


Cuba lihat gambar di atas. Apa yang saya maksudkan adalah system enjin atau gear di atas. Kalau ada satu pulley yang sangkut, atau jammed, menyebabkan seluruh system terganggu. Begitulah pentingnya sesuatu sistem tersebut.

Jadi, sistem dan struktur yang dibina tidak ada sesiapa yang boleh langgar termasuklah diri kita sendiri (kalau kita sebagai leader sekali pun, kita kena follow apa yang telah ditetapkan oleh sistem yang dibuat).

Apa sistem dan struktur yang perlu ada dalam sesebuah agency yang anda nak join?

- Structured day e.g Morning meeting start pukul berapa dan berapa kali kekerapannya? Lepas tu apa agent perlu buat supaya tidak membuang masa kepada perkara2 yang tak productive.

- Morning Meeting tersebut, bagaimana dikendalikan dan apa yang ditekankan bagi membolehkan agent sentiasa bertenaga dan bersemangat untuk menjalankan activity harian?

- Agency meeting, apa yang ditekankan didalamnya?

- Training, bagaimana ia dijalankan dan apa kandungan yang diajar untuk pastikan setiap agent baru yang join akan perform dan seterusnya buat full time?

- Review (daily, weekly, monthly, quarterly, half yearly, yearly)....adakah dilaksanakan mengikut jadual dan program yang telah dirancang dan ditetapkan?

- Client Based Management, bagaimana dilaksanakan, berapa kekerapan dan apa yang agent boleh dapat daripada program ini.

- Business Opportunity Presentation, bagaimana program ini di laksanakan dan apa pengisian program yang boleh menarik supaya ramai agent yang attend presentation, join kelas, contracted, full time dah akhirnya berjaya mencapai impian mereka?

Jadi ini antara perkara2 yang anda perlu amik tahu dalam memilih agency. Ada banyak lagi dan kalau nak tau lebih lanjut, boleh datang sendiri jumpa saya dan saya akan terangkan semuanya.


2- Energy

Kenapa energey tu penting?...Kami di agency Al Isra' Associates Sdn Bhd selalu ulang kenyataan ini "I reach out first with LOVE and TRUST and be an energy giver" (source ABC Program). Apa significant energy dalam bidang insurance ini?

Terus terang saya bagitau kepada anda, yang mungkin baru2 nak join dan tengah survey2 mana satu agency yang nak disertai...Business Insurance is REJECTION BUSINESS. Jadi, kita kena bersedia dengan kenyataan ini. Akan tetapi, kalau orang reject sekali pun, kalau kita punya energy level sangat tinggi, kita akan terus bergerak dan tidak akan mengaku kalah. Tapi, kalau energy tak de?..baru kena reject sekali terus give up dan kata, "insurance business tak sesuai dengan jiwa saya." Satu kesilapan besar..kalau kita quit insurance disebabkan kena reject dengan prospect. Saya dah buat insurance sebagai agent hampir 7 tahun lebih, bayangkan berapa orang yang reject saya?..tapi yang manis pulak, setiap rejection tu saya improved diri saya...semakin lama, semakin kurang orang reject dan Alhamdulillah sekarang nie, walau pun masih ada yang reject, tapi ramai pulak yang cari saya untuk amik policy, amik medical card, simpanan untuk retirement, jadi kerja semakin senang. Tapi semua tu memerlukan energy yang tinggi.

Selain itu, agency yang kukuh, energy level setiap agent sangat tinggi, dan energy ini boleh disalurkan kepada agent baru, dan ini salah satu sebab kenapa agent2 baru yang join kami, boleh sustained dan boleh perform.

3- Team Support

Dalam business insurance, tak de sorang pun boleh buat sendiri2. Kena bekerja dalam kumpulan. Kalau boleh buat sendiri2 pun, resultnya takkan lebih baik dari buat secara berkumpulan. Jadi, support dari team tu kena ada, dan macam mana nak dapat support, ia berkait rapat dengan perkara no 2 di atas. Bila energy level tinggi, setiap program, activity atau event, akan dapat sokongan dari team member...dan perkara tersebut akan menambahkan tahap energy dan seterusnya hasil kerja yang diperolehi amat memuaskan.

Untuk memastikan sistem dan struktur berjalan lancar, perlu ada sokongan dari setiap individu dalam agency. Sebab tu, kalau dalam agency pun masih ada dengki mendengki, pentingkan diri sendiri, negative thought sentiasa bersarang dalam kepala, menyebabkan sistem tak berjalan, akhirnya yang paling teruk struktur yang dibina runtuh sedikit demi sedikit.

Jadi, buat insurance dengan hati yang ikhlas..clean heart, bukan dengan perasaan hasad dan sebagainya.

4- Activity

Buat insurance semudah ABC...tak percaya?....Activity Bring Cases. Dalam agency perlu ada banyak activity untuk agent. Selain agent buat activity sendiri, agency kami sentiasa ada activity berkumpulan terutamanya booth, blitz, aktiviti menabur flyers, phone calls, role play dan sebagainya...

So, activity yang banyak membolehkan agent2 baru cepat belajar. Dan bila cepat belajar, mereka cepat dapat client, cepat dapat income, and cepat datang full time. Bila dah datang full time, akan lebih laju buat sales dan activiti. Dan yang paling best, bila senior agent dah matured, sistem yang ada akan berjalan secara automatik.

Ada beberapa faktor lain lagi...kalau nak tau call saya, 019-323 2121 (Aziz Riadi)..kita jumpa and sembang panjang.

Jadi, fikirkan sendiri. Sebelum anda buat keputusan untuk join agency, sebabnya kalau di Prudential, kalau dah join sesebuah agency, pihak syarikat takkan benarkan untuk pindah ke agency lain. Kalau nak pindah jugak, kena resigned....tunggu 18 bulan, baru re-join. So, fikirkan masak2. Tapi, kalau agency perform sekali pun, diri kita yang problem, malas, tak nak belajar....join mana2 agency pun takkan boleh buat insurance nie. Pokok pangkalnya...kena RAJIN. Ada orang cakap, kita tak perlu work hard, kita work smart..saya setuju. Tapi sebelum work smart, you kena work hard dulu sebabnya...kalau dah smart sangat, until you too smart...sampai activity pun tak nak join, nak gerak sesorang....so, akhirnya DIE SLOWLY BUST SURELY DIE.....

Sekian

-> Kembali ke Artikel Business Insurance / Takaful

Kenapa Saya Pilih Prudential?

Salam,

Saya diperkenalkan oleh pakcik saya, now dia juga dah jadi leader di Prudential, dengan plan prulink pada tahun 2003. Asalnya saya minat dengan prulink nie adalah dengan medical cardnya. Sebab apa?..sebab dulu sebelum saya join Prudential as a fulltime agent, saya bekerja di HeiTech Padu Bhd dan TM Berhad. Sebabnya adalah...saya tak nak fikir pasal medical benefit. Sebab kedua-dua company yang saya join nie memang ada benefit medical untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi saya pun kerja lah di situ sehingga saya terjumpa Pakcik saya yang introduced pasal medical card sekali dengan simpanan. Saya terus terfikir, kalau medical card ada sendiri punya, lebih baik kita kerja kat company yang tak de medical benefit tapi boleh bagi gaji tinggi. So, medical, kita amik le plan insurance personal.

Kemudian, saya pun mula le belajar jadi agent, buat presentation, sales cycle dan sebagainya. Dan semakin hari semakin saya memahami budaya/culture di Prudential.....and saya cukup suka dengan diorang punya vision dan lagu We Are Number 1...

Dalam masa yang sama, saya pun cari info pasal Prudential worldwide. Satu syarikat yang kukuh. Anda boleh cari sendiri info nie di internet.

Tapi apa yang saya lebih teruja adalah semangat agent2 Prudential, mereka begitu bertenaga...dan yang paling penting pada saya masa tu adalah PRODUCT yang saya jual boleh suite dengan apa yang client mahukan . Iaitu Investment Link. Dan yang buat saya confident, client ke-2 saya (masa tu mula2 saya jadi agent ni)...kena demam denggi and saya pertama kali buat claim and dapat dalam masa yang dijanjikan....start daripada situlah saya nampak bahawa Plan dari Prudential memang memenuhi kehendak prospect / client.

Selepas itu, dari setahun ke setahun saya di Prudential, saya berpeluang berkenal2an dengan senior2 manager dan ada yang dah buat insurance di prudential 20 tahun dan lebih...dan saya ambil kesempatan tersebut untuk minta pendapat sepanjang diaorang bersama dengan Prudential. Alhamdulillah, semua respond positif....menambahkan keyakinan saya untuk stay lama dalam business.
Lepas tu pulak, pada saya laa...dari segi computer system support, and product innovation. Baru je launch product innovation, terus software untuk buat quotation dah ada. Cepat betul dari segi products enhancement....itu yang saya suka tu. Nak meniaga tak bleh nak lembab2...:D

Ok, and bermula dengan claim2 yang kecik, sampai le claim yang besar, boleh tengok sini : http://www.prubsninfo.com/2008/10/testimonial.html (ini sebahagian dari claim2 yang saya dah buat), membuatkan saya bertambah yakin, seronok dan menjadi penyebab untuk saya berkongsi dengan orang lain, kenapa mereka perlukan medical card.

Akhir sekali, dari segi commission dan trip ke over sea, setakat nie, saya tak pernah mengalami sebarang masalah, commission tak masuk, atau tersilap dan sebagainya. Masuk tahun baru je, terus dah tau commission masuk bila...and 2 minggu sekali....

Pasal trip pulak, memang best la....terasa betul Prudential layan mcm VIP....tu yang best tu. Pertama sekali saya dapat pergi trip Prudential Star Club ke Switzerland, memang kalau ikutkan apa yang Pru berikan tu, kalau pakai duit sendiri, memang takkan pegi punya. Memang special. Dan setiap star club, berlainan pengalaman.

Pasal income you all boleh baca post saya yang ini


-> Kembali ke Artikel Business Insurance / Takaful

IBADAH dan KERJA dalam kaca mata Islam

Oleh Ustaz dr Shihabuddin (Al Isra' Associates Sdn Bhd, Agency Meeting 4 Sept 2009 /14 Ramadhan 1430H)
_________________________________________________________________



Pembuka tazkirah dengan ayat Al Qur'an surah Adz-Dzaariyaat: ayat 56.

Allah menciptakan manusia ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Itu yang kita kena faham. Hanya untuk beribadah...bukan untuk perkara lain.


Jadi, dalam sehari semalam, Allah memberikan kita masa selama 24 jam. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lebih dan tiada sesiapa pun yang dapat kurang. Dan seperti yang Allah janjikan, kita akan dipertanggungjawabkan ke manakah umur kita, usia kita digunakan atau di penuhkan sepanjang hidup kita di dunia. Jadi, diringkaskan di sini, hidup kita perlu dipecahkan kepada 4 bahagian.

1/4 : Masa yang mesti diluangkan untuk beribadah secara terus (direct) antara hamba dan penciptaNya.

- Ibadah yang dimaksudkan adalah seperti Solat, membaca Al Qur'an, Zikir dan sebagainya...

- Jadi, kita renungkan, kalau sehari semalam selama 24 jam, berapa jam yang kita gunakan masa / umur yang Allah kurniakan untuk beribadah kepadaNya?...1/4 daripada 24 jam = 6 jam?..adakah kita sudah luangkan masa kita sebanyak 6 jam sehari beribadah secara terus (direct) kepada pencipta kita? Kita sama-sama renungkan.

- Tambahan pula bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan untuk kita melipatgandakan ibadah kita kerana pada bulan ini juga Allah melipatkan gandakan pahala dan ganjaran kepada orang yang beribadah

- Berkenaan dengan solat, kita harus tahu konsepnya...Kenapa Allah suruh kita mendirikan solat dan bukan mengerjakan solat? Terdapat perbezaan antara mendirikan solat dan mengerjakan solat. Apakah perbezaannya?

Mengerjakan solat : Asal solat i.e asal buat je.

Mendirikan solat : Terdapat 6 perkara yang kita kena penuhi

  1. Jangan tinggalkan solat. Tidak boleh tinggal walau pun sekali. Kekuatan umat Islam bergantung kepada kekuatan dalamannya..dan ia boleh dinilai dari segi solat nya. Seperi mana ada yang menyatakan bahawa orang Yahudi tidak akan gentar kepada umat Islam selagi mana solat subuh di masjid tidak sama banyaknya seperti solat jumaat.
  2. Jangan lambatkan solat. Maksudnya kena jaga waktu solat. Waktu solat terbahagi kepada beberapa bahagian, Awal, Tengah, Akhir. Jadi kena fahamkan apa fadhilat2 solat di awal waktu. Adakah apabila diserukan azan kepada kita, kita terus bangkit dan mengambil wuduk dan bersedia untuk bersolat? Atau sebaliknya kita hanya berkata di dalam hati..nanti dulu?
  3. Jangan buat di rumah. Maksudnya, kena buat di masjid atau surah secara berjemaah. Ini saya nak kaitkan juga dengan no. 1 di atas.
  4. Jangan berseorangan. Kena solat berjemaah.
  5. Kerjakan dengan khusyuk. Khusyuk bacaannya, pergerakannya, hatinya dan fikirannya.
  6. Tambahkan yang sunat.

1/4 : Masa digunakan untuk menuntut ilmu.

- Untuk pengetahuan pembaca semua, 2/3 daripada kandungan Al Qur'an Allah turunkan adalah mengenai ilmu. Allah menyuruh manusia berfikir, orang iman berfikir...mengenai kejadian yang Allah ciptakan...seperti mengambil iktibar daripada binatang-binatang, kejadian alam dan sebagainya. Ini kerana pada binatang-binatang tersebut tersembunyi rahsia yang kita sebagai manusia perlu kaji. Terdapat tanda-tanda kebasaran Allah di situ dan ia akan menjadikan kita lebih bertakwa. Kalau kita tidak boleh mengambil iktibar daripada binatang, maknanya kita lebih teruk dari binatang.

- Di dalam Al Qur'an, Allah menyuruh manusia berfikir mengenai kejadian haiwan yang bernama unta. Apa istimewanya unta ini?...kita lihat dia bagaimana boleh hidup tanpa air di padang pasir dalam satu tempoh yang lama? dan pelbagai lagi perkara2 yang kita boleh pelajari

- Juga Allah ada sebutkan mengenai lebah dalam surah An Nahl. Apa yang dibuat oleh lebah?..mencari madu bukan?..dan apabila dia keluar mencari madu, dia hanya memilih makanan (bunga2) yang baik-baik dan terpilih. Itu sebabnya madu yang kita minum/makan mempunyai khasiat.

- Kemudian ilmu yang diperolehi tersebut perlu diamal dan disampaikan kepada orang lain. Agar ia juga memberi manfaat kepada orang lain. Bertepatan dengan Hadis Rasulullah S.A.W "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain ” (HR. Bukhari).”

1/4 : Bekerja dan berusaha untuk kehidupan dunia.

- Allah tidak menghalang kita daripada mencari harta dunia. Namun kita perlu kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

- Bertepatan kata-kata khalifah umar bin Abdul Aziz ini sebagai panduan hidup kita iaitu: "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

1/4 : Tidur dan beristirehat

- Firman Allah S.W.T, “Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (Al-Qasas: 72-73)

Wassalam

Nota : Saya menyampaikan semula tazkirah ini mengikut gaya bahasa saya dan apa yang saya fahami. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, ia adalah disebabkan oleh kelemahan saya sendiri dan saya memohon ribuan kemaafan. Cuma, niat saya adalah. untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu-ilmu berguna yang saya dapat, agar ia juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tazkirah

Kita kejar Akhirat, makan dunia akan mengejar kita. Jadi, saya sertakan beberapa ilmu dan pengalaman pembangunan rohani yang saya hadiri sama ada tazkirah di masjid, surau dan mana-mana majlis ilmu. Semoga apa yang saya sampaikan ini memberi manfaat kepada saya sendiri dan orang lain. Aminn....
__________________________________________________________________