Statistik : 1 Daripada Setiap 7 orang Dewasa Menghidapi Diabetes
Salam semua para pembaca setia blog saya. Agak lama saya tak update blog saya, agak sibuk dengan tugas harian. Tambahan pulak baru pindah office dari Tmn Berkeley ke Prima Klang Avenue. Ok, hari nie saya nak highlight mengenai risiko penyakit kencing manis dan kaitannya secara langsung dengan insurance perubatan (medical card). Mungkin ramai yang amik mudah pekara ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, pengalaman saya buat insurance especially masa nak apply insurance or medical card....kalau client tu dah ada kencing manis....sama ada border, under control atau tak control..sama ada kawalan dengan diet atau ubat, bila nak apply medical card sahaja, sure kena ME and blood test...(utk check kandungan gula dalam darah)...kalau di luar paras normal sahaja, sure H & S (Hospital and Surgical) Declined.
Kalau kita lihat keratan akhbar yang diambil dari Berita Harian, maybe ianya cerita lama, dan sekarang nie saya lihat dah takde awareness program mcm ni kat paper2 utama. Tapi, hakikatnya, adakah risikonya berkurangan? Sudah tentu tidak, dengan cara pemakanan kita yang asyik2 manis setiap hari dan ditambah lagi dengan sikap kita yang kurang bersenam utk keluarkan peluh...risiko penyakit ini semakin meruncing. Dan kalau kita baca pada keratan akhbar ini, pelbagai penyakit lain akan timbul akibat penyakit diabetes ni.
Dan satu lagi, saya pernah hadiri training mengenai process underwriting policy Prudential dan PruBSN Takaful, yang beri taklimat adalah seorang Doktor. So, beliau ada menyatakan, sesetengah orang berpendapat, penyakit kencing manis nie lebih bahaya daripada cancer...sebab tiada ubat. Setidak2nya, cancer ada yang recover dan pulih seperti biasa. Cuma kalau dah kena sakit kencing manis nie (Diabetis Mellitus) akan terus menerus bergantung kepada ubat dan tiada ubat yang boleh pulihkan seperti biasa (ini menurut beliau)....Then, harapan untuk mencari medical card akan berkubur. So, standby le duit utk cover pelbagai penyakit yang mungkin timbul pada masa akan datang.
Ramai jugak yang jumpa saya atau masa kami buat booth, ada prospect yang datang ke meja kami dan bertanyakan macam2 pasal medical card, then masa nak sign up, part kena jawab questionaire sekali ada history kencing manis....begitu la saban waktu kalau ada orang yang nak cari medical card dah sakit. Kami tak boleh nak buat apa2. Paling tidak pun cuma cuba apply sahaja. Tapi resultnya bergantung kepada underwriter yang buat assessment. Tapi kalau ikutkan pengalaman saya, mmg tak dapat laa...
Jadi, saya menyeru pembaca2 sekalian, sebelum ada apa2 penyakit, amik le medical card...paling basic pun tak pe. Sebabnya, kalau dah sakit, sanggup bayar lebih utk dapatkan coverage. Tapi company pulak declined...
- DUIT
- KESIHATAN
Ada duit tapi tak sihat pun tak boleh. Sihat tapi tak de duit pun tak boleh. So, kena fikirkan budget masing2. Kena allocate sebahagian utk perlindungan Insurance. Kalau kita tak allocate, sure habis jugak.
Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang nasihat kewangan atau insurance, bolehlah hubungi saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi)...tiada sebarang paksaan, penerangan percuma, terutamanya medical insurance.