In Person

Assalamualaikum.


Sedikit pengenalan....


Mungkin selama nie, ramai pembaca yang surf blog saya hanya mencari bahan atau maklumat berkenaan insurance/takaful atau lebih khusus plan2 PruBSN Takaful...dan satu hari saya terfikir untuk berkongsi serba sedikit perihal diri saya, kisah hidup saya, dan pelbagai pengalaman saya dalam hidup dan dalam business, mungkin boleh dijadikan sebagai satu perkongsian pengalaman yang berguna.


Nama penuh saya adalah Abd Aziz Bin Riadi, dan senang dengan nama panggilan Aziz Riadi. (Sebab nama Arwah Ayah saya Hj Riadi Bin Selamat (Al-Fatihah)) saya rasa agak unik. Dan kombinasi Aziz Riadi membuatkan ianya lebih unik. Tapi kalau kat kampung, nama saya lain...:D. Saya dilahirkan pada 1 Jan 1977 di Bukit Gambir, Muar, Johor...dan tinggal di sana (bersama mak dan ayah saya) semenjak lahir hinggalah lepas grad dari UTM Skudai, saya bekerja di KL dan menyewa di Kg Baru, KL. Anak ke 8 daripada 10 adik beradik. Sekarang menetap di Denai Alam, Shah Alam.


Mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta Noorazilla Nordin, dan dikurniakan sepasang cahaya mata , Muhammad Haziq Haiqal (4 tahun) dan Fasha Nur Dania (1 tahun). Sekarang ni, kami suami isteri buat business insurance, sebab saya dah ada group sendiri (nak kena jaga agent), dan client2 baru saya akan minta isteri saya yang tolong uruskan.


Saya cukup suka kehidupan saya masa kanak2. Kalau saya ingat lagi bagaimana saya membesar, ia amat mempengaruhi diri saya sekarang. Nak tau sebab apa?...sebabnya, saya bukan datang dari keluarga yang senang, Ayah saya dulu bekerja sebagai buruh kelapa sawit (mengambil upah petik kelapa sawit di Estet)..dan membuat sedikit kerja2 kebun sendiri....dan ibu saya masa tu, sebab adik beradik masih ramai yang bersekolah, dan ayah saya ada buat loan dengan bank pertanian (beli tanah 6 ekar utk projek kebun kecil kelapa sawit)....jadi ibu saya mengambil upah menoreh getah di Kebun Felcra Kundang Ulu untuk membantu keluarga.

Ibu saya berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa selepas ayah saya selesai membayar pinjaman bank pertanian..masa tu saya tahun 3 di UTM..i.e 1997. Jadi, semenjak yang saya ingat (umur 5-6 tahun)...saya dah diajar / ikut ibu bapa saya pergi ke kebun (kelapa sawit / getah)...dan saya masih ingat lagi, masa umur 7 tahun, ayah saya ajak saya tarik lembu (sebab masa tu ayah saya dapat lembu pawah dari kerajaan sebanyak 2 ekor (sepasang))...so kena tarik dari tempat lembu tu diturunkan hingga ke rumah saya, dekat 7-8 kilometer berjalan kaki...pengalaman yang menarik, sebab masa tu saya pakai baju warna merah, lembu asyik nak mengejar saya je.
Sampai le terpaksa saya buka baju dan berjalan berlengging (tak pakai baju).


Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sengkang, 1984-1989. Kemudian sekolah menengah di Sek Men Bukit Gambir (3 bulan) dan kemudian di Sekolah Tinggi Muar (1990-1994). Lepas tu, dapat masuk Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, sessi 1995/1996 - 1999/2000, dalam bidang Sarjana Muda Sains Komputer.


Dari start boleh ingat - 1984 (Zaman Kanak-kanak)


Zaman kanak2 nie kalau nak dikenang2, saya rasa dalam umur 5 tahun la. Sebab masa tu dah boleh ingat lee...Korang semua pernah rasa tak macam mana kalau tak de bekalan elektrik?...sebab masa tu, lingkungan tahun 1982-1983, kalau tak silap saya. Masa tu kampung saya tak de letrik lagi.

So, bila start pukul 7 pm tu, dah nak gelap, bapak saya akan panggil anak2 dia yang kecik2 nie....balik umah, untuk mandi....mandi pun air perigi jee....saya anak ke 8, so abg-abg dan kakak-kakak saya biasanya masa tu dah ada tugas masing2...dan saya biasanya bila nak masuk maghrib, tutup tingkap dan menyalakan lampu pelita....untuk diletakkan di bahagian2 penting di dalam rumah. So, macam tu lah rutin seharian. Bila nak tidur, pelita semua dipadamkan tinggal 1 je pelita yang ada penutup kaca (sekarang nie orang pakai lampu tidur letrik)..TV?...aduhai, mmg tak merasa, sampai le umah kami ada kemudahan elektrik setahun lepas tu.

Esoknya subuh2 lagi, bapak dan mak saya dah kejut dari tidur, sama ada kena ikut diorang pergi kebun menoreh getah atau pun petik kelapa sawit atau pun pegi ke sawah. Memang bebetul orang kampung....:D. Tapi saya rasa bertuah sangat, sebab saya rasa proses perubahan daripada tak de letrik sampai le kawasan kampung kami dibekalkan dengan kemudahan elektrik.

Umur 6 tahun, saya start sekolah tadika KEMAS kat kampung, masa tu dah start belajar ABC dan membaca. Terima kasih kepada emak dan bapak saya kerana pengorbanan yang tidak terbalas oleh saya sampai bila2.

1984-1989 (Zaman sekolah rendah)


Ini la sekolah rendah saya. Sek. Keb. Sengkang, Bkt Gambir. Sekolah nie depan rumah saya jee...

Saya start masuk sekolah darjah 1 pada tahun 1984. Masa tu, tak tahu apa pun, sekolah tadika pada umur 5 tahun, cuma tahu ABC dan eja perkataan simple2 je. Masa tu tak tau langsung kenapa kita pergi belajar kat sekolah dan apa yang nak dipelajari...yang saya tahu, cikgu suruh hafal ABC sampai Z dan hafal sifir 1 sampai 5. Macam mana nak hafal?..cikgu suruh tengok kat buku tulis, bahagian belakang tu ada sifir...jadi sebelum tidur, nak bg lelap mata baca le sifir tu. So, sebab TV pun tak de, tak de hiburan, pukul 9 nak kena tidur, tapi tak mengantuk lagi, apa lagi, baca sifir je laaa.....

Ada beberapa perkara yang tak boleh saya nak lupa sampai sekarang..
Pertama - Saya pandai naik basikal pada umur 11 tahun. Darjah 5. Masa tu mmg malu le, kengkawan lain umur 8-9 tahun dah pandai naik basikal. Bukan tak nak belajar, nak belajar naik basikal pun tak de basikal. Yang ada basikal, basikal orang besar, yang ada palang....punya le susah nak belajar and nak kena ada orang ajar. Tapi masa umur 11 tahun tu, ada sorang jiran (kawan saya)...dia ada basikal kecik (mcm yang budak2 bawak sekarang nie)....then saya belajar naik basikak tu (ada roda kecik kat tepi)....lama jugak nak pandai. Sampai le saya boleh bawak tanpa roda kecik kat tepi tu.

Tapi masa tu, tak de basikal pulak...tengok member2 lain semua ada basikal. Dan perangai saya, saya tak minta pada mak bapak saya sebab saya tahu, kalau minta pun susah nak dapat. Sebabnya, diorang susah nak dapatkan duit. Sehari kerja nak dapatkan RM 10 pun menitis peluh. Saya ingat lagi, masa saya isi form kat sekolah, berapa gaji bapak saya?....RM 300 sebulan, saya tak tau nak nilai RM 300 tu banyak mana kan...so, saya tulis je la...tapi sekarang nie...baru saya tau macam mana bapak saya struggle nak dapatkan duit. Sebab tu pernah sekali saya minta duit nak sampul buku teks, bapak saya amik masa dekat 2 minggu baru dia belikan...sebab tu, nak beli basikal?...saya tak yakin boleh dapat...

So, masa tu kepala hotak saya nie perpusing cari idea mana nak dapatkan basikal nie. Sebab kengkawan saya, kalau hari raya puasa, raya ke-3 dan ke-4 diorang round2 pegi umah cikgu, dan kengkawan naik basikal..saya tak de basikal..so, tak dapat le nak join, tapi dalam hati nie...Allah saja yang tau macam mana nak join diorang.

So, dalam cari2 idea tu, round2 le kat stor kat belakang rumah, ada le satu basikal buruk, memang ada basic jeee...frame, roda (tayar dengan tiub tak de)....break semua tak de. So, bila ada masalah, kita akan start berfikir macam mana nak selesaikan masalah.....sumber terhad nie...so, slow talk dengan bapak saya, saya nak repair basikal buruk nie....duit tak de, so, bagitau bapak saya, saya nak tolong dia kutip biji kelapa sawit yang luruh, dan dia setuju satu hari dia bg upah RM 0.50. Saya tak banyak soal...saya tak calculate lagi berapa saya perlukan untuk kos repair basikal buruk tu. Then setelah beberapa bulan...dah dekat nak raya, saya pun cakap laaa...berapa upah saya, saya nak start repair basikal....kemudian, dia pun bawak saya pegi kedai basikal, beli barang2 yang nak repair tu, very basic, asal boleh jalan. Tayar 1 je, sebab 1 lagi ada yang lama punya, tiub baru 2, lepas tu break set utk break belakang sahaja...saya tak kisah, masa tu asalkan saya boleh bawak basikal ikut kengkawan. Sebenarnya setiap malam sepanjang saya amik upah kutip kelapa sawit tu, saya berangan sebelum tidur, saya imagine basikal yang akan saya dapat (basikal buruk tu sepelas di repair)....and sampai le masa yang ditunggu2..memang apa yang saya imaginekan, saya dapat....basikal buruk yang telah direpair (basic)...dan boleh kayuh...so, raya tahun tu antara raya yang paling seronok sebab boleh beraya dengan kengkawan naik basikal...tapi tak lama, basikal tu, repair seminggu sebelum raya, pada petang raya ke-3 (crank hub)...sangkut, sebab ball bearing pecah...maklum lee basikal buruk...dah karat dah pun, emm....sedih le jugak, tapi nak buat macam mana, mmg lepas tu jalan kaki semula (tak dapat nak join kengkawan lagi dahh)...basikal dah tersadai, tapi merasa le beraya naik basikal tu.
Ini le basikal saya masa saya belajar kat UTM. Kumpul duit sikit2 hasil dari jual basikal dan amik upah repair basikal...akhirnya...basikal idaman...:D....ini dah dekat RM 1800++....

Yang ini basikal sekarang. Kalau dulu nak dapat basikal pun susah, sekarang nie, Alhamdulillah dapat apa yang saya nak masa kecik2 saya tak dapat dulu....Harga?..2 kali ganda dari yang atas...




Kedua - Yang nie saya ingat masa nak pegi rombongan ke Genting Highland, tahun 1989. Masa tu tambang RM 10 je, duit belanja RM 10....duit tak cukup...so, macam biasa, saya takkan minta duit sesaja daripada mak bapak kecuali kena keluar peluh terlebih dahulu....so, start dari cikgu umumkan nak ke Genting Highland tu, saya dah start kumpul duit....dulu saya pegi sekolah bapak saya bagi duit 20 sen je...tapi, nak pegi rombongan punya pasal...tak makan kat sekolah. Masa tu air bawak bekal, mee goreng 20 sen je dalam pinggan kecik. So, kumpul punya kumpul tak cukup....kepala ligat berpusing nie, cari idea nak dapatkan duit.

Teringat kat keliling umah ada pokok koko....tak banyak dalam 4-5 pokok je, jadi lepas balik sekolah, reround, nampak je yang kuning, petik..lepas tu perap 2-3 hari...lepas tu jemur......kena jemur dekat seminggu (hari2 kena jemur) petang sebelum maghrib masukkan dalam bekas balik...kalau nak hujan pulak, cecepat kena teduhkan, sebab nanti kalau kena air, biji koko tu berkulat, bila berkulat Cina Koko yang round2 kampung beli koko tak nak amik...so, setiap kali balik sekolah kebangsaan (pagi), sebelum sekolah agama (petang), jemur, then pesan dengan mak saya, kalau nak hujan dan saya tak balik sekolah agama lagi, tolong teduhkan. Kalau saya dah balik sekolah agama, saya yang buat sendiri. Kumpul punya kumpul, dapat le setengah beg plastik gula...tak cukup lagi, cari lagi yang koko masak, buat lagi proses yang sama...dan pada masa yang sama, sebab takut tak cukup..masa berjalan nie.......reround keliling kampung, mana2 ada tempat2 orang buang botol kaca, yang tak pecah, kumpulkan....sebab ada Cina Botol reround kampung boleh tolak kat dia...kalau ada aluminium pun sama jugak, kumpul jugak...so, kumpul2 dah jual koko semua, dapat le RM 15...ffuuhhhhhhh....dah macam ni punya keja dapat RM 15 jeee....then dah dekat nak pegi....bagitau mak saya, tak cukup duit lagi nie....then mak saya top-up RM 5. Cukup le utk bayar tambang dan belanja sikit2.

Masa nak pegi, malam tu mak saya masakkan gulai ayam dan ketupat, pakai mangkuk tingkat...memula rasa macam malas nak bawak sebab leceh le nak bawak masuk bas. Tapi fikirkan, duit ada RM 10 je nie...kalau ada makanan, dah boleh jimat, boleh beli benda lain....so, makan le bekalan yang mak bagi. RM 10 tu, masa sampai genting, memang tak beli apa2 pun. Datang sana tengok2...dan saya ingat duit tu saya buat beli burger A & W dan beli air tin.

Alhamdulillah....semenjak join Prudential...setiap tahun dapat pergi trip Over Sea (Prudential Star Club) ditaja sepenuhnya oleh Prudential....

Banyak lagi cerita yang saya nak kongsi, tapi ini yang saya tak boleh nak lupa laaa...

1990-1994 (Zaman sekolah menengah)

UPSR saya dapat 4A 1 B, English dapat B...hancusss...mmg tak pandai..saya suka bahasa melayu (buat karangan dengan matematik)....english nie, memang tak berapa reti..tapi boleh jawab le sesikit. Saya masuk tingkatan 1, di Sekolah Menengah Bukit Gambir, tapi tak lama sebab lepas tu saya dapat masuk asrama, Sekolah Tinggi Muar...citer2 nak masuk MRSM, tapi tak dapat......tak de rezeki..masuk sekolah tinggi, tingkatan 1 duduk dengan kakak saya kat kuarters polis Jalan Ibrahim Muar, lepas tu tingkatan 2, saya masuk asrama pusat di Jalan Jonid Muar.

Pengalaman duduk di asrama nie, macam biasa laa...bila dikenang2...mmg seronok, walau pun ada masa2 tu tak seronok..tapi, secara keseluruhan, pengalaman yang best duduk asrama nie.

Asrama saya kat Jalan Jonid, sekolah kat Sek Tinggi Muar, Jalan Petri, Muar....jalan kaki dekat 1/2 jam...sebab masa tu tak de basikal, kengkawan yang ada basikal naik basikal leee, ada bas lalu situ, tapi duit pulak tak berapa nak ada....Yuran Asrama RM 33 sebulan, bapak saya bagi duit RM 50 sebulan...dapat le biasiswa kecil perseketuan setahun RM 360. Itu pun masa saya tingkatan 3 baru dapat. Masa tingkat 2 tak dapat, masa tu mmg struggle le..tapi sebab dah biasa hidup susah kat kampung, setakat susah masa tu, dah jadi mcm tak berapa susah dah....

Macam biasa, bila ada masalah....kepala saya nie ligat cari jalan penyelesaian...masa tu, masa sekolah menengah nie kat sekolah tinggi, masalah biasa adalah RAMBUT...rambut panjang je mmg kena rotan. Jadi, bebudak asrama, ada jugak yang susah macam saya....so, nak jimat, "kou gunting rambut aku, aku gunting rambut kou"...bermula dari situ laa...saya belajar gunting rambut kawan saya. Mana saya belajar...saya belajar secara tak formal...kalau kat kampung tu, ada sepupu saya pandai gunting rambut kengkawan dia termasuklah abg saya, jadi, masa dia gunting tu, saya tengok macam cara dia selak rambut, dia ratakan bahagian tepi, bahagian belakang dan atas...then saya cuba practik kat asrama...memang orang pertama tu, jadi bahan ujikaji saya le...kawan saya pun tak kisah, dia percaya kat saya, saya pun start le gunting, sikit demi sedikit....sekali hasil dia....ok...i.e nampak kemas....lepas tu, bersusun budak asrama nak bergunting dengan saya...masa tu tingkatan 2...(tingkatan 1, 2,3 sekolah belah petang, so kawan2 saya masa tu, mmg jadikan saya sebagai tukang gunting diorang)...Kalau nak gunting kat kedai mahal...so, nak jimat, minta saya guntingkan...(gunting yang saya gunakan, adalah gunting rambut (tapi mak saya gunakan utk gunting kain).....ada yang spare tu yang saya pakai terus)...

Jadi, bila dah dah selalu gunting rambut orang nie, dah jadi expert dahh....sampai le senior2 lain nampak saya gunting rambut orang, diorang pun suruh saya guntingkan rambut diorang...dah ada demand...
Bila masuk je tingkatan 3, bila pagi, kita jadi student paling senior, masa tu amik SRP...then, budak2 tingkatan 1 dan 2 minta tolong gunting rambut...saya dah start caj RM 0.50.....hehehe, tak mahal pun, bukan apa...sebab dah guna masa saya kan...kalau member2 sebaya dengan senior saya tak caj laa....junior je saya caj....diskriminasi betul....nak buat macam mana, nak survive beb. Kita ada kepakaran, tak salah kalau kita caj kan?...sebab kan saya bgtau dari awal, saya nie asal orang susah, tapi sekurang2nya saya tak menyusahkan orang....:D. Naik tingkatan 4 lagi ramai prospect saya sebab junior tingkatan 1 sampai 3...sampaikan ada sekali tu, warden (dulu x student asrama, dia jadi cikgu kat sekolah tu, then dia jadi warden, dia pun pun minta saya guntingkan rambut dia...dia bg RM 2).....saya masa tu, amik je laaa...sekurang2nya boleh cover belanja sekolah saya....sampaikan satu masa tu, saya gunting 10 orang straight, sampai bengkak jari dibuatnyaa...tapi sebab 10 x 0.50 dah RM 5.00. Boleh le cover kos belanja sekolah seminggu. Then setiap minggu mmg antara 10 hingga 15 orang yang saya gunting. Kekadang sampaikan ada yang booking dari hari Jumaat dah bgtau saya, esok (sabtu gunting rambut dia)...tapi biasa laaa....yang booking saya dulukan...lepas tu bila diorang nampak saya gunting rambut....bersusun amik nombor, "lepas nie aku ya....lepas dia aku yeee...lepas dia aku yaa...", saya angguk jeee....:D...
Tapi, saya buat kerja nie tak ganggu masa prep. Kalau tak nanti warden asrama marah wooo.....

Bila masuk tingkatan 5, biasa le...bapak bagi sama jugak RM 50 sebulan, kos meningkat....gunting rambut on lagi...kemudian...saya dapat idea....dengan kawan saya....sebab kat asrama nie, biasa leee...ada hari2nya...kekadang makanan dia...aduhai...mmg tak boleh nak masuk langsung. Yang sedap 2-3 hari je...selebihnya....aduhai....sabar je laa....dah duduk asrama, nak buat macam mana....

Dan macam biasa..bila ada masalah, ada demand, bila ada demand akan ada market....hehehe, makanan tak sedap, saya jual benda yang simple tapi budak suka...."Telur Goreng".....macam mana saya goreng kat asrama tu....itu saya punya skill laa...kepala hotak kena ligat....and bukan setakat goreng je, goreng dengan kicap, so, masa tu telur baru 15 sen. Jual 50 sen....jadi geng2 yang ada duit nie, beli....kekadang sampai 2 biji....hehehehe. So, saya beli 10 biji...RM 1.50, jual sebiji RM 0.50...memula test market je, tapi sekali ramai yang minat, siap buat pre-order lagi....then berapa untung tu?....Profit dalam RM 3.00 utk sepuluh biji. Bila order bertambah, sampai le satu masa tu, sehari boleh goreng sampai 30 biji....sampai le habih persekolahann.....
Macam tu le saya nak survive kat sekolah asrama saya....tapi, saya tak pernah cerita kat mak bapak saya, macam mana saya dapatkan duit....gunting rambut dan goreng telur...bila balik umah, sebulan sekali, bapak bagi duit RM 50...Prinsip saya, cukup ke tak cukup...cukup..pepandai le nak hidup....nak demand lelebih kat parent? tak terlintas langsung...itu sahaja.....yuran sekolah biasanya pakai duit biasiswa.

1995-2000 (Zaman Universiti)


1995, lepas SPM, saya dapat tawaran dalam bidang Integrasi Sains Komputer, UTM skudai....lepas SPM, cuti panjang.....tapi masa tu dah agak2...rasa2 boleh masuk U nie...tapi, masa tu sembang2 dengan akak (dia pernah belajar kat UPM masa tu).....dia kata, nak masuk U memang ada biasiswa atau loan, tapi tahun pertama kena pakai duit sendiri...Alamak???.....pakai duit sendiri....discuss dengan bapak saya, dia kata dia dah standby duit...saya lega sikit..tapi macam biasa leee...dari kecik memang tak sampai hati nak susahkan parent....so, amik upah menoreh getah kat Felcra Kundang Ulu. Memula ingat nak kerja kat bandar, or kerja kilang, bapak saya tak bagi sebab kalau kerja kat kampung, pegi menoreh getah, petang boleh tolong dia kerja kebun sendiri...masa tu ada kebun kelapa sawit (sendiri dan pajak punya)....so, be a good follower....ikut le kata2 dia.


Tempoh tu mmg best, pagi pukul 5.30 am dah bangun, dah gerak ke kebun naik lori....Felcra punya, mata mengantuk tok sah citer...sampai kat tempat stor felcra dalam pukul 6.00 am..solat subuh kat surau, then tukar pakaian, lepas tu amik tong naik tractor pulak masuk kebun...(masa tu saya dengan mak saya...kira sekali dengan dia laaa)....Rutin biasa, start menoreh pukul 6.30 am habih menoreh pukul 12.00 tgh, 12.30 pm naik lori sampai umah pukul 1.00 -1.30 pm. Sampai umah, mandi, makan tengahari...(masa nie....memang saya respect mak saya, sampai2 umah je, terus mandi2, terus masak pulak untuk keluarga...Subhanallah.....penat beb, saya sendiri yang lelaki pun penat)...lepas makan tengahari....rehat sampai pukul 3.pm then sambung pulak tolong bapak saya pegi kebun, menebas ke, meracun, kekadang tolong tolak buah kelapa sawit, sampai le pukul 6 ptg. Balik umah, solat asar...lepas tu...main bolaaa.....fuuhhh mmg fit masa tu badan. Best betul....keluar peluh saja. Padang sekolah depan rumah je, so, maghrib stop, malam pukul 9 dan lelap.

Belum citer kat UTM lagi nie....tapi ini la dia persediaan saya nak masuk UTM....cari duit dulu, then masa yang ditunggu2 pun tiba, saya register kat UTM skudai, duit yuran semua saya pakai duit saya (upah menoreh)....and bapak saya ada bagi duit sikit, saya simpan buat backup dalam bank.
Bermula le belajar kat UTM. Amik Computer Science, tapi pegang komputer sekali pun tak pernah seumur hidup. Tapi sebab masa register tu, saya tanya member2 yang satu batch dengan saya, diorang pun sama jugak tak pernah usik langsung komputer...lega saya, so, ada geng....tapi hati berdebar2 tuuu....

Then, tahun pertama belajar, macam biasa.....kemudian belajar le sesikit pasal komputer nie...macam mana nak menaip dan sebagainya...lepas tu, tahun ke-2 dalam loan JPA....dapat spill over sikit, sebab tahun 1 punya pakai duit sendiri..so, saya beli PC pakai duit tu, Cyrix 686...100MHz...hehehehe, masa tu, antara yang termurah dan boleh le pakai utk buat assignment...then bila dah ada sendiri..apa lagi...explore2 lee..sampai le dari tak tau nak guna sampai le boleh repaire dan boleh pasang sendiri software dan hardware....
Bila dah terror sikit (benda nie belajar sendiri, yang dalam kelas belajar teori jee...and advance....)....ada le geng2 minta repair kan komputer, junior nak beli komputer...so, meniaga le sesikit....Macam biasa, saya bukan orang senang....kena cari income lain...

Masa tahun 1, semua student UTM tidak dibenarkan bawak motor. So, kawan saya beli basikal, saya pun follow dia..lepas tu....biasa laaa...bila ada masalah, ada demand, bila ada demand, ada le market...saya terfikir, kalau saya perlukan basikal, dah tentu student lain pun perlukan basikal...dalam tengah fikir2 macam tu ada peluang dapat tapak gerai konvo, lepas tu deal dengan Tokey kedai basikal, dia setuju supply basikal, saya tolong jual, dia bagi komisen. Kami pertama jual, risau jugak, ada ke tak yang beli...tapi saya sendiri pun terperanjat 4 hari punya meniaga Khamis (separuh hari)...Jumaat, Sabtu dan Ahad dapat RM 1,200...bahagi 2 dengan kawan saya...dapat le RM 600 seorang. Not bad....lepas tu dah terkenal le Ajis Basikal...ramai le student junior yang beli basikal, saya tolong supply and kalau ada basikal yang rosal pulak, Tokey kedai tu, appoint saya repair....dapat le upah sikit2....
Ini le suasana kat gerai basikal saya di Majlis Konvo UTM....sibuk ke hulu ke hilir layan customer. Masa tu berat badan 55kg jee....active berbasikal...

Client tengah pilih nak beli basikal yang mana satu. Kena tau ciri2 basikal secara teknikal sesikit, so, baru le orang caya kita nie tau pasal basikal...

Ingat tak tadi kat atas saya cerita yang saya teringin nak beli basikal, tapi tak mampu...masa ni saya kumpul duit....sampai le basikal saya cecah dekat RM 1,800. Masuk tu saya start active masuk lumba basikal mountain bike sama ada kat UTM atau sekitar Johor Bahru....

Nota : Walau pun saya sibuk dengan cari duit kat UTM, belajar saya tak abaikan...nak kata score sangat tu tak lee...saya maintain 3.0 CGPA ke atas setiap semester....jangan ingat saya tak study pulak...:D. Pepandai le arrange masa.

Saya begitu agressive cari duit sampingan masa tahun 4 di UTM (masa tu practical)...so elaun practical RM 300. Lepas tu saya jadi part time tutor kat kolej swasta kat Tampoi. Habih practical pukul 4.30 pm, kelas start pukul 5.00 pm - 7.00 pm...apa lagi...naik motor...1/2 jam je dari skudai ke Tampoi....lepas tu, pukul 7.30 pm sampai pukul 12 pm saya amik upah jual burger satu malam RM 10.00.

So total Practical RM 300, mengajar RM 480 (satu jam RM 20, seminggu 6 jam...sebulan 4 minggu), jual burger RM 10 sehari, 30 hari RM 300 (non stop, tak de cuti)....total RM 1080. So, saya dapat income tu selama 6 bulan. Selama 6 bulan tu la jugak saya balik kampung saya tak minta duit parent, sebaliknya saya siap hulur lagi kat mak saya, mak saya pelik, mana dapat duit nie..saya cakap saya kerja part time...lepas tu, tahun 5 saya focus untuk final year project, saya jual basikal dan repair komputer je....lepas tu grad....Alhamdulillah....

2000- 2003 (Zaman kerja makan gaji)

Alhamdulillah, tak grad lagi saya dah dapat kerja kat HeiTech Padu, System Engineer....gaji?..hehehe...standard fresh grad RM 1,800 sebulan...and nett lepas tolak epf dan socso RM 1,860...Saya menyewa kat Kg Baru, pegi kerja naik motor ex5.


Ini la motor kapcai saya, Honda EX5, memang reliable. Sampai skrg saya masih dalam keadaan baik.

Member2 ramai yang beli kereta baru masa memula grad, geram je tengok....tapi ukur baju badan sendiri...saya tak mampu, saya beli le kereta 2nd hand. Honda civic EX 1989....boleh le pakai. Tapi Kereta simpan kat umah, jalan hujung minggu atau balik kampung sahaja.

1st Car saya...Honda Civic 1.5(A) tahun 1989. Ini je yang mampu masa tu. Tapi not bad....sebab walau pun dah 11 tahun masa saya beli tu, bawak masih steady....saya pakai 5 tahun (sampai habih bayar)...lepas tu jual....beli kereta lain...masih dapat RM 14K....

Lepas setahun kerja saya terus beli umah apartment kat Bukit Subang. Nak cerita sikit, agak sedih masa tu, saya nak apply loan kat Maybank Ampang Park, loan executive tu kata " Minta maaf Encik, saya bukan nak halau encik, tapi kalau ikutkan gaji encik nie, Encik tak mampu...."..aduhai...pada hal saya nak buat load RM 70,000 je, monthly dalam RM 550....sebab dia tengok saya dah ada loan kereta...dan gaji nett RM1,860...Tak pe laa...saya redha...berat hati, saya pegi bank lain. cari kat Internet, Bank Islam, boleh bg full loan, so, saya terus buat loan, bank islam. Interest tinggi 8% p.a....saya tak kisah asalkan loan lepas...then, saya dapat le beli umah...4 tahun lepas tu baru siap. Saya beli tahun 2001, umah siap 2005.

Ini surat kenaikan gaji, tahun ke-3 saya di HeiTech Padu...biasa le fresh grad...tak de experience...then lepas tu walau pun dah ada experienced sikit, increment pun naik sikit...hehehehe.....nak buat macam mana. Dah kerja makan gaji...apa2 pun saya bersyukur. Sebab ramai lagi yang tak dapat kerja masa tu. Sebelum naik gaji nie, gaji saya RM 1,860. Boleh check sendiri. Tu yang kena halau dengan bank tu...kurang asam betul...:D

Kerja kat HeiTech Padu padal awal2nya office hour je, so, banyak masa free. Asyik duduk umah je malam, so, bosan, duit pun tak masuk....cari le kerja part time...join investment Komoditi....sekali scam....rabak duit saya RM 10,000. Menyesal saya, terus saya tobat tak nak masuk lagi dah investment scheme cepat kaya nie....

Lepas tu, dapat offer ker Telekom, gaji naik sikit RM 2,300 sebulan, tapi, kerja pulak tak berapa best....hehehhee.....ada le sebabnya kurang best tu. Then masa tu la Pakcik saya datang umah saya (dia tumpang sebab dia belajar buat Insurance Prudential kat Taman Sea)....start dari situ le saya kenal business Insurance nie....apa yang buat saya tertarik?....bila saya tanya..."Kalau kita dapat client bulan nie 10 orang, dapat commission 25%...., bulan depan, dapat new client lagi, commission bulan lepas masuk lagi tak?..dia kata masuk...saya terus tanya dia...jadi benda nie INCREMENT la ya?..dia angguk.....dia cakap, selama 6 tahun....Amboiiii....saya terkejut, saya terus list down prospect saya, ada dalam 30 orang, terus saya minta dia bawak saya pegi belajar sekali...tengok sini utk dapatkan gambaran apa yang saya cerita...figure ini adalah pengalaman saya sendiri.

Saya start belajar jadi Agent pada April 2003...then amik exam, bulan 10 2003 saya contracted....Alhamduulillah, saya nampak business nie boleh berkembang, 1/1/2004 (Birthday saya)....saya decide utk resign dari Telekom, terus buat Prudential Full time....sampai le sekarang..

2004- sekarang (Zaman buat business...)


Ada yang kenal saya, setelah saya jadi Unit Manager Prudential, ada yang kenal masa saya jadi agent lagi, ada yang kenal saya sebelum saya jadi agent, ada yang kenal saya sebelum tu lagi........
Business insurance nie macam yang selalu saya ceritakan....tak susah, tapi memerlukan komitmen yang tinggi. Saya bersyukur sebab perjalanan hidup saya dari kecik yang susah, memudahkan saya buat business insurance nie. Sebabnya...kalau setakat kena reject sebab orang tak nak amik insurance dengan saya, saya tak berapa kisah sangat....sebab saya pernah hidup lagi sudah dari kena reject dengan orang. Ada kawan yang tak nak berkawan saya, disebabkan saya buat insurance...tapi saya bersyukur, saya dapat ramaiiiiii kawan bila saya join insurance nie...

Kepada yang kenal saya dalam keadaan saya dah sampai ke tahap ini..jangan lihat apa yang saya ada sekarang nie...saya bermula dari bawah. Cuma, macam saya ceritakan dari awal, disebabkan saya dah biasa susah, jadi susah buat insurance nie dah tak jadi susah dah....saya rasa tak de le susah sangat....cuma kena komitmen yang sangat tinggi. Tapi nak berjaya, mmg kena macam tu.
Saya ada core values saya sendiri...

- Be a good follower
Jadilah pengikut yang baik dan apa yang baik tu ikut jee....jangan bantah2. Mungkin orang yang kita ikut tu tak terangkan kenapa kita patut buat macam tu, so, just follow. Tapi ikut yang baik sahaja...yang tak baik, jangan ikut pulak.


- Never Give up
Jangan sekali-kali berputus asa. Saya pun pernah gagal, pernah kena tipu dan sebagainya...tapi, kalau kita punya matlamat jelas, IMPIAN kita jelas....tiada halangan yang terlalu besar untuk kita cakap apa yang kita impikan.


- Always communicate
Dalam kehidupan, ada pasang dan surut. Ada masa perform, ada masa down....dan bila down, kita kena berkomunikasi....yang paling penting adalah bagaimana kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri....Minta pertolongan Allah, sebab Dia adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Kongsikan apa yang menjadi masalah kepada kita kepada orang yang kita boleh percayai dan yang boleh berikan positive feedback..Insyallah, apabila kita dah positve akan timbul idea untuk selesaikan masalah tersebut. Disebalik kesusahan, ada kesenangan...itu janji Allah....

- Never Stop Learning
Yang ini kekadang ramai orang terlupa, bila dia dah otai...tak perlu belajar...silap..tak semua orang tau semua perkara....sure ada perkara yang kita tak tau, jadi apa perlu dibuat...belajar, belajar, belajar dan terus belajar....kemudian amalkan..kemudian kongsikan kepada orang lain...begitulah seterusnya....

Ini le yang saya pegang dalam saya buat business....
Saya bermula buat sales dengan naik motor sahaja. Satu KL saya round naik Motor...Hujan?..duduk bawah jambatan bila hujan?...jatuh motor?..motor bocor?..motor breakdown?..semua saya rasa...Malu sbb naik motor?...jauh dalam sudut hati tu memang ada pada awalnya..sebab kita citer pasal financial planning, pasal wealth planning dan sebagainya...tapi saya naik motor...jumpa pulak prospect yang high profile...tapi dalam hati saya jugak terdetik...saya baru start buat business.....dan saya bukan mencuri, saya cari rezeki halal, saya bukan minta sedekah, saya bagi service perlindungan kewangan especially medical plan....dan saya ingat moto saya "Never Give Up"....always communicate...saya call kawan2 Prudential saya yang perform untuk dapatkan energy, dan kalau ada kengkawan lain call saya nakkan energy, saya akan bagi energy, walau pun kadang2 saya sendiri tengah down. Tapi apa2 pun Never Give Up....

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T, sebab dapat attend kursus ABC (Awareness Before Change)...daripada Kolonel Izzaidin...amat berkesan kepada saya...
Saya teruskan usaha, buat apa yang sepatutnya saya kena buat, bukan buat apa yang saya suka nak buat...dan turning point saya dalam business nie, bila saya dapat beat income saya di Telekom dan saya dapat capai trip pertama saya bersama Prudential ke Switzerland tahun 2005. Masa tu baru kahwin, memang amat bermakna...seronok tak terhingga, tak pernah pergi Over Sea....

Alhamdulillah, sekarang nie saya dah dapat beberapa perkara yang saya inginkan...tapi agak terkilan sebab di saat ini saya tak sempat (all out utk entertaint bapak saya....sebab beliau kembali ke Rahmatullah pada 21/07/2007)..Al Fatihah untuk Allahyarham Haji Riadi Bin Selamat. Tapi saya redha atas apa yang berlaku. Tetapi saya masih ada ibu saya, walau pun beliau sekarang tidak berapa sihat. Alhamdulillah, hasil dari business saya, saya dapat develop income dan bantu keluarga....

Saya akan cerita lebih lanjut perihal perjalanan saya dalam business insurance di sini....

Kalau dulu, saya teringinkan sangat basikal....sekarang nie sedar tak sedar, basikal je dah cecah RM 4,000++.
Alhamdulillah, saya dapat beli rumah untuk keluarga saya, dan kenderaan untuk kami bergerak.....

Tempat kami sekeluarga tinggal. Denai Alam, Shah Alam.

Yang lelain?...Alhamdulillah, semua duit hasil dari business Prudential....
NOTA PENTING : Jangan lihat apa yang ada pada saya sekarang, kerana itu semua bukan hak saya, semua hal Allah S.W.T...saya cuma mengusahakannya sahaja, itu pun dengan izin-Nya dan rahmat-Nya yang maha luas. Apa yang saya ingin anda pelajari adalah....bagaimana PROSES untuk saya dapatkan semua benda nie.....boleh baca sambungan nya di sini : "Bagaimana saya bermula"


Kembali ke Senarai Artikel Utama